KAWAN-KAWAN CIK AIN

Thursday, January 16, 2014

..:: Teknik-Teknik Lakonan Oleh Tokoh ::..

1.0              




            1.0     PENGENALAN
Lakonan adalah satu bidang di mana seseorang yang dipanggil pelakon untuk melakonkan aksi atau watak yang dibawanya sebagai satu perkara untuk memberi penonton atau audien faham apa yang dilakonkannya itu. Lakonannya juga boleh menjadi ‘orang tengah’ antara alam realiti dengan alam yang dilakonkannya.
            Menurut Bella Merlin (2010), lakonan adalah satu proses tindakan yang telah berkembang secara mendadak sejak empat ratus tahun yang lalu tetapi belum dilihat secara khusus oleh orang lain yang berbentuk evolusi. Manakala, menurut John Harrop (1992), lakonan bertindak seolah-olah ironinya mudah daan mempunyai teknik yang labih baik dan mudah untuk difahami.
            Lakonan juga merupakan satu aktiviti di mana memainkan watak-watak tertentu daripada skrip oleh manusia. Ada beberapa lakonan yang boleh dijelaskan, iaitu lakonan berkait di mana ia disaksikan oleh murid setelah menerima kata kunci da melihat tunjuk cara yang dibuat oleh guru. Kemudian, lakonan berskrip, iaitu lakonan sesuatu peristiwa atau kisah berpandukan skrip yang disediakan oleh pengarah. Selain itu, lakonan bisu adalah aktiviti berlakon yang hanya memerlukan pergerakan anggota badan sahaja tanpa menggunakan suara. Lakonan patung pula merupakan lakonan boneka iaitu, menggunakan boneka sebagai pelakonnya. Akhir sekali, lakonan spontan, iaitu pelakon melakonkan sesuatu peristiwa atau kisah secara spontan atau tanpa persediaan setelah mendapat rangsangan atau arahan daripada pengarah.


2.0              FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LAKONAN
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi audien dalam lakonan seperti perjalanan imaginatif dan ia akan mula tersentuh di mana ruang yang kita berada terhadap penonton. Situasi seseorang pelakon yang mempunyai perasaan sedih akan membabitkan penonton itu sekali agar apa yang dilakonkan berjaya.
2.1       Faktor Ruang
Ruang adalah segalanya. Apabila seseorang pelakon pandai bermain dengan ruang, maka dia tiada masalah dengan lakonan yang dilakonkannya itu. Pelakonnya juga tidak terganggu dengan permainan skrip semasa bermain dengan ruang.
            Misalnya, seorang pelakon membuat lakonan monolog. Dia hanya bermain dengan ruang yang kecil sahaja untuk menceritakan hal dia terhadap audien. Jika para pelakon membuat pementasan menganai lakonan realisme, dia perlu mencari lebih banyak ruang apabila ramai pelakon di atas pentas semasa lakonan dilakukan.
2.2       Faktor Ekonomi
Pada tahun 1887, di Perancis, terdapat seseorang yang bernama Andre Antoine , seorang kerani syarikat gas telah melakukan satu inovatif dengan menubuhkan Teater Percuma kerana beliau hanya mempunyai sedikit wang dan hanya melakukan sedikit latihan dengan menggunakan perabotnya sendiri terhadap sekumpulan amatur yang berbakat.
Dalam sekatan ekonomi yang dialami oleh Antoine, dapatlah digabungkan dengan penglihatan yang digalakkan oleh jenis-jenis seni yang mempunyai tindakan intim terhadap perkara yang kita gunakan untuk menontonnya di kaca televisyen pada hari ini.
2.3       Faktor Sains
Pada tahun 1923, pelakon yang bernama Richard Boleslavsky telah menggunakan sistem Stanislavsky dalam lakonannya. Beliau telah menyatakan bahawa seorang actor itu perlu mempunyai jiwa kemanusiaan di atas pentas dengan mempunyai aspek-aspek seperti fizikal, mental dan emosi. Pada masa yang sama, ia berkaitan dengan teori Sigmund Freud, Teori Psikoanalitik yang telah meresap ke seluruh Amerika.
            Sejak lakonan dan psikoanalisis digabungkan bersama, mereka mengkaji seseorang manusia itu mempunyai mekanisme dalaman seperti Sains dan Seni tidak berkaitan langsung. Lakonan dalam teater telah membuatkan masyarakat sehingga ke pengaruh politik ke atas proses tindakan tersebut.
2.4       Faktor Politik
Teater politik adalah sesuatu perbuatan yang dilakonkan oleh pelakon telah mengambil beberapa abad yang lalu untuk membentuk teater tersebut. lakonan mengenai politik boleh dilakonkan dalam bentuk realisme. Namun, ia juga berbentuk sensitiviti terhadap audien kerana ada ketika lakonan dalam bentuk politik dapat memberi impak sama ada positif atau negatif.
            Lakonan yang dimainkan oleh para pelakon yang terpaksa menjiwai watak orang-orang yang berpengaruh agar watak tersebut berjaya dilakonkan oleh aktor tersebut.
2.5       Faktor Pengarah
Sebagai seorang pelakon, mestilah mempunyai seorang pengarah yang perlu mengarah setiap lakonan dan mengkritik setiap apa yang dilakonkan oleh setiap pelakon. Jika lakonan tersebut adalah menepati apa yang pengarah mahukan, maka tiada masalah yang berlaku antara pelakon dan pengarah. Jika mempunyai konflik antara pelakon dan pengarah, maka sukar untuk lakonan tersebut dilaksanakan seterusnya susah untuk dijayakan kerana tiada peserfahaman antara kedua-dua belah pihak.
2.6       Faktor Latihan dan Persembahan
Menurut Bella Merlin (2010), jika seseorang pelakon mempunyai tempoh latihan berbulan-bulan, maka strategi seseorang pelakon itu berbeza berbanding latihan yang hanya memakan masa selama beberapa minggu sahaja. Ia bermaksud, latihan yang lama dapat mempengaruhi seseorang pelakon untuk bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal agar semasa pementasan ia tidak mengganggu pelakon tersebut seperti lupakan skrip atau gagap di hadapan audien.
2.7       Faktor Profesion
Profesion sebagai pelakon juga boleh menjadi faktor kerana ia merupakan satu kerjaya oleh pelakon tersebut untuk menyara kehidupan pelakon tersebut. kebanyakan penulis skrip menyara kehidupannya dengan menulis skrip dan memberi peluang kepada pelakon untuk melakonkan skrip yang ditulis.
            Profesion sebagai pelakon juga perlu mempunyai pendidikan lain agar pelakon tersebut tidak terlalu mengharap kerjaya sebagai lakonan adalah semata-mata untuk mereka menyara hidup tanpa ada pekerjaan yang lain.
3.0              ERA KLASIK
Terdapat beberapa teknik yang dilakukan semasa era klasik yang lalu untuk membentuk satu lakonan yang mantap. Setiap pelakon yang inginkan lakonan yang mantap perlu membuat beberapa latihan sebelum latihan lakonan dilakukan agar postur badannya tidak terganggu semasa pementasan nanti.
3.1              Plot dan Karakter Aristotle
Kita tidak boleh lihat zaman moden tanpa melalui zaman klasik semasa di Greece. Semasa mendapat skrip, seorang pengarah perlu menerangkan mengenai karakter dan plot drama tersebut. Manakala, seorang pelakon juga perlu faham apa yang diterangkan oleh pengarah. Plot merupakan jalan cerita yang mempunyai pendahuluan, klimaks dan penutup agar jalan cerita tersebut nampak menarik dan tersusun.
3.2       Kuasa Pidato
Setiap lakonan yang dilakukan perlu mempunyai kuasa pidato. Ia bermaksud, setiap apa yang dilakonkan oleh pelakon dapat mengeluarkan dialog yang jelas dan difahami oleh audien. Jika pelakon tidak pandai menggunakan kuasa pidato, maka sukar untuknya melakonkan watak yang diberi dan hanya menunggu ‘key’ daripada pengarah atau pelakon yang lain.
3.3       Imaginasi
Setiap lakonan mesti ada imaginasi yang tersendiri. Imaginasi perlu ada kerana setiap pelakon perlu berimaginasi apa yang mereka lakukan untuk mendapatkan watak mereka lebih jelas. Selain itu, para pelakon juga perlu berimaginasi agar apa yang dilakukan itu adalah benar-benar mengikut kehendak pengarah agar apa yang dilakonkan itu tidak terbatas dan boleh keluar dari imaginasi tersebut.
3.4       Pernafasan
Pernafasan juga memainkan peranan yang penting dan dapat memberi kesan dalam lakonan seseorang itu. Jika seorang pelakon tidak menjaga pernafasannya, maka apa yang dilakonkan tidak mencapai apa yang diinginkan. Aspek ini penting, agar setiap pernafasan pelakon tidak kelihatan semput dan mempunyai tenaga semasa berada di hadapan audien.
            Sebelum latihan lakonan, ada satu senaman badan yang dapat memanaskan badan agar postur tubuh pelakon tidak terganggu semasa pementasan. Cara pernafasan juga ada diajar oleh pengarah untuk mendapatkan postur tubuh dan pernafasan yang terbaik agar setiap pelakon tidak berasa penat dan lesu semasa pementasan.
3.5       Suara dan Isyarat Fizikal
Imaginasi dan pernafasan berkait rapat dengan suara. Jika seseorang pelakon gagal mengeluarkan suara yang agak jelas dan terang, maka apa yang dipentaskan itu membuatkan audien berasa bosan dan tidak mendengar apa yang dikatakan. Suara yang jelas tetapi kurang didengari oleh penonton juga memberi kesan terhadap persembahan yang dimainkan kerana dialognya itu terlalu laju dan tidak didengari oleh audien.
            Jadi, latihan vokal sentiasa perlu ada sebelum bermulanya latihan lakonan atau pementasan. Hal ini, perlu dijadikan kebiasaan terhadap pelakon agar lakonannya nampak bertenaga, suara yang jelas dan mudah difahami oleh audien.
4.0              LATIHAN LAKONAN
Kebanyakan daripada kita menonton rancangan realiti di televisyen di mana seorang ibu menjadi pelakon yang terkenal, penghantar surat mampu menjadi pelakon juga dan ada yang sudah mencecah umur warga emas masih boleh menjadi pelakon yang terkenal. Persoalannya, adakah semua orang boleh menjadi pelakon? Jika kemahiran yang perlu ada pada para pelakon adalah cara berjalan, cara bercakap dan wajah yang menarik, maka jawapannya adalah ya. Jadi kenapa perlukan latihan? Sebenarnya, kemahiran lakonan yang perlu dipelajari untuk menghasilkan cara berjalan, cara bercakap dan cara memberikan riaksi adalah apa yang paling penting.
Tiada formula yang khusus mengatakan bila dan bagaimana untuk membuat latihan. Sesetengah kanak-kanak telah mula mengambil kelas lakonan seawal usia mereka untuk memastikan mereka menjadi pelakon kanak-kanak seperti kisah Harry Potter. Kebiasaannya di United Kingdom, pelajar lakonan memasuki kelas sekolah atau universiti lakonan seawal usia 18 sehingga 22 tahun. Walaubagaimanapun, di Amerika Syarikat terdapat sedikit kelainan kerana mereka lebih memilih untuk belajar berlakon melalui guru persendirian atau pelatih lakonan persendirian.
4.1.1    Kelemahan dan Perlunya Mengambil Risiko
Salah satu daripada kesukaran yang kita bakal tempuhi sebagai seorang pelakon bagaimana untuk menjadi begitu tenang di dalam kelas atau ketika menjalankan latihan atau  melakukan persembahan supaya kita boleh memberikan respon secara terbuka dan mengambil berat tentang tugas yang diberikan.
Halangan yang  paling utama adalah melepaskan ketakutan. Takut jika menjadi kurang cukup baik dalam persembahan. Takut jika melakukan kesalahan dalam persembahan yang mana kebiasaannya takut jika tidak menjadi yang terbaik seperti yang dilakukan dalam latihan dan tidak mencapai apa yang pengarah inginkan. Selain itu, yang paling kita takut adalah jika terlupa skrip di atas pentas dan menjadi kaku yang mana semua itu tidak pernah dipelajari di dalam kelas ataupun ketika latihan dijalankan.
Salah satu taktik yang perlu kita lakukan untuk mengatasi ketakutan adalah apa yang pernah dikatakan oleh Lee Strasberg sebagai ‘anticipation’ iaitu jangkaan; apabila kita cuba memasuki ke dalam karakter, kita menjangkakan di mana peristiwa yang dramatik akan berlaku dan cuba memahami hasil yang bakal terjadi, bukannya proses yang sedang berlaku dengan rakan-lakon yang lain. Namun, apa yang kita akhiri itu adalah selamat gayanya seperti yang telah disediakan di dalam skrip, seperti yang telah dilatih dan ianya akan berjaya.
Seorang jurulatih pelakon Amerika Syarikat, Eric Morric ada mengemukakan salah satu ubat untuk  mengatasi ketakutan adalah mendapatkan dos yang sihat iaitu ‘irreverence’ yang bermaksud sikap kurang sopan. Sudah tentu kita mesti sentiasa bekerjasama dalam pasukan produksi dan saling menghormati rakan-lakon serta mempercayai skrip yang telah diberikan tetapi kita perlu menjadi seorang yang lebih bijak dan sedikit berperangai kurang sopan. Banyak situasi yang sering kita lihat dan dibentangkan dalam drama yang kemuncaknya dapat melihatkankan bahawa manusia yang lemah. Kita terlalu sopan atau lebih dikenali sebaga beradab, kita tidak boleh membebaskan diri kita kepada takat yang kita perlu pergi. Oleh itu, kita perlu bersikap terbuka dan terdedah kepada setiapperkara yang tidak dapat dijangka.

Ini adalah dimana latihan pelakon yang terbaik bermula. Ia mengajar kita supaya tidak terlalu membimbangkan sama ada kita akan melakukan perkara yang betul dan bukan sentiasa berada di zon yang selesa dengan kelemahan yang kita ada. Ia juga mengajar kita supaya berani mengambil risiko dan cuba membiasakan diri bermain dalam situasi yang bahaya. Bukan bermaksud kita menghina rakan-lakon yang lain dengan bersikap kurang sopan iaitu tidak mengikut apa yang telah dilakukan semasa latihan ataupun tidak serius dengan pementasan yang sedang berlangsung, tetapi ia mengajar kita supaya lebih bersedia jika terdapat sebarang kejutan yang akan berlaku kelak.

5.0              PENUTUP
Melalui faktor-faktor yang mempegaruhi lakonan, seterusnya era klasik yang telah dikemukakan dan latihan  lakonan yang telah diberikan, lakonan memerlukan teknik yang betul dan tepat untuk dipentaskan. Bukan bermakna pelakon yang tidak tidak mempelajari teknik-teknik ini akan membuatkan berlaku kecacatan terhadap pementasan tersebut, tetapi lakonan adalah seni yang seharusnya dijaga keindahannya.
Latihan yang khusus perlu diberikan bermula dari bagaimana menggunakan pernafasan yang betul, melontarkan suara yang mantap, menghasilkan bentuk tubuh yang berkesan,serta melahirkan ekspresi yang tepat dan akhirnya akan membuahkan hasil kepada persembahan yang bakal diadakan.


Namun, terkadang akan berlaku juga kepincangan semasa melalukan persembahan. Contohnya, gementar dengan bilangan penonton yang ramai, atau reaksi yang diberikan oleh penonton tidak dapat dijangkakan kerana semasa latihan tidak mempunyai penonton ataupun kepincangan yang sering berlaku apabila gementar adalah terlupa skrip yang telah lama dihafal, maka kita perlu menarik fanas kembali. Ingat matlamat utama yang perlu disampaikan kepada penonton dalam babak itu, dan mula menyusun ayat kembali. Apa yang ingin dilihat adalah hasilnya, proses yang telah sekian lama dijalankan tidak menjadi buah mulut orang ramai kelak.
Stanislavsky merupakan pelakon yang kemudiannya menghabiskan seumur hidupnya dengan menganalisis, mempraktikkan dan menulis tentang selok-belok pakonan yang mana kebanyakan penulisannya telah diguna pakai diseluruh pelusuk dunia. Kita tidak akan majujika kita membahagikan kepada dua apa yang dikatakan oleh Stanislavsky iaitu tindakan dan emosi. Kita tidak pernah boleh memisahkan kedua-dua komponen ini kerana ia saling berkait rapat dengan diri kita. Walaubagaimanapun, Stanislavsky merupakan seorang pengkaji lakonan, di mana beliau akan cuba mengaktifkan dan meneroka kedua-dua komponen ini sepanjang hidupnya menerusi ‘persoalan-persoalan kajian’ beliau.


No comments:

Post a Comment

Add by adverlets