KAWAN-KAWAN CIK AIN

Thursday, July 17, 2014

::.. Style Cik Jaga Rambut ::..

ASSALAMUALAIKUM WBT
Ha... hari ni cik nak story sikit pasal penjagaan rambut & kulit kepala... Okay, selain daripada penjagaan muka, kita pun mestilah kena jaga benda2 yang lain contohnya penjagaan rambut... Untuk rambut cik takkan la nak upload pic tak bertudung dalam ni kan ??? tak boleh... haram sama sekali... Bercakap pasal penjagaan rambut ni, cik nak terus teranglah... cik bukan pro sangat pasal rambut... hahaha... dan cik tak bape nak fikir sangat rambut ni seperti cik fikir muka cik nak bagi sedap mata memandang... hehe ~

Okay la... bagi cik, penjagaan rambut ni mudah je... asal cik pakai syampu tu cik rasa ia sesuai dengan kulit kepala & rambut itu dah memadai... lagi pula cik tak pakai conditioner & serum rambut... cik cuma pakai syampu aje kawan2... seriously tau !!! mungkin sebab cik seorang yang bertudung... dan tabiat buruk cik ni suka tarik rambut gatal... hahaha... kalau kita cabut kompem kepala kita gatal tau... 

Syampu yang cik guna sekarang ni kawan2... syampu brand LOREAL yang warna purple tu... jap2 nak tunjuk...

Syampu sekarang guna
Okay kawan2... kat atas ni la syampu yang cik guna sekarang... harga pasaran RM11.90... boleh tahanlah sebab ni jenama yang perghhhhh !!! bagi cik pengguna syampu ni cik rasa wow !!!! rambut kita jadi wangi... rasa ringan je kepala ni... dan yang penting... dia akan mengeluarkan bau yang wangi kat kepala semasa bertudung... syampu ni jugak buat cik rasa rambut cik lembut... lagi 1, pakai loreal ni kan rasa rambut ni lembab je tau... tak rasa kering... nak tido pun tenang je sebab wangi je rambut...

Penjagaan untuk rambut rosak
Cik pernah guna syampu kat atas ni tapi tak boleh masuk sebab apa ??? sebab bila pakai rambut cik berminyak... tak tau la sebab apa... mungkin sebab tak sesuai... hihi...

Syampu ni tak tau fungsi apa tapi wangi
Cik pernah menggunakan rejoice juga tapi rasa macam tak puas hati tau... sebab apa ??? sebab bila pakai rambut cik jadi menggerbang macam Hantu Kak Limah tu... hahahaha... dah la rambut cik ni tebal... pakai rejoice ni buat lagi tebal rambut... so, bila rambut ni kering jedi menggerbanglah dia... hahaha... tapi bau dia sedap... manis je... 

Ni lagi satu produk yang dah tak pandang langsung
Okay kawan2... bukan cik angkuh... tapi bila pergi kedai cik memang tak pandang pun pantene ni... hahaha... cik juga pernah pakai syampu ni tapi sekejap aje sebab... bila pakai rambut cik jadi keras... ouh my ~~~ kenapa sampai jadi camni ??? so stop cari yang lain... hehe

Tipulah remaja tak pernah pakai ni
Masa zaman kegemilangan dulu, cik pakai brand ni... brand ni memang lamalah cik pakai... cik pakai yang warna hijau tapi seriously kan bau dia takdelah sekuat rejoice & loreal... pakai tudung pun boleh bau lagi... hahahaha... sorry pada pengguna tegar sunsilk.... cik pakai ni masa zaman muda2 dulu... sekarang muda jugak... kenapa cik bernhenti pakai ni ??? sebab susah nak cari sunsilk yang cam kat atas ni dekat tempat cik... kat tempat lain pernah jumpa... tapi kan takkan lah sebab tempat lain ada jenis ni cik kena turun pergi tempat tu tiap kali habis syampu ??? macam tak berbaloi aje... hahaha... 

Sekarang ni syampu yang cik pakai adalah Loreal... kalau rasa takde bajet... cik akan beli rejoice... dua syampu ni lah bagi cik memang okay dengan cik yang senang berpeluh apabila ada aktiviti lasak... cuma rejoice tu la kan... menggerbangkan rambut cik yang cun melecun ni... hahaha... asalkan kurang rambut gugur... bukan takde langsung rambut gugur tapi kurang... 

Ada kawan tanya camne cik boleh luruskan rambut cik yang dulunya kerinting macam maggi ??? tapi takdelah lurus mana pun... ikal mayang je pun... ha.... cik pernah diejek oleh kawan yang rambut cik ni tak lawa macam maggi tau... kesian cik... apa yang cik lakukan adalah selepas mandi sikat rambut... tapikan orang cakap tak elok sikat rambut masa rambut basah... cik dalam hati cakaplah "aku peduli apa ??? bukan rambut kau" hahahaha.... memang betul... lepas mandi cik akan sikat rambut... boleh dijadikan rutin... memang cik keraplah sikat... tengah borak2 dengan kawan pun sikat rambut walau rambut cik masih lembab...

Lepas tu, bila cik rajin masa cik mandi tu... cik syampu rambut... semasa cik menyampu rambut cik akan biarkan dalam 5 minit gitu... pastu cik amek sikat... cik sikat rambut yang masih ada syampu.. ha... masa tu kawan2 nak tau... banyaklah rambut2 yang gugur dari kulit kepala... tu rambut memang tak elok dah... sebab tu dia gugur... masa mandi pun cik sikat rambut cik... lepas daripada itulah rambut cik jadi ikal mayang... tak kerinting macam dulu... hehe ~ make sure sikat tu jarang2 gigi dia ek...

Lagi satu, habit cik adalah kerap potong rambut... ni memang habit cik... sebab cik tak suka rambut panjang2... pernah satu ketika rambut cik panjang... cik potong... dapat rambut baru... potong... boleh dikatakan setahun sekali jugaklah cik potong... tak percaya ??? akhir tahun ni cik akan potong rambut k... hahahaha...

Kesimpulannya, bagi cik la kan... asal cik punya rambut ni tak kusut... rambut cik ni tak gugur bila ditarik... alhamdulillah... banyak syampu cik pernah pakai... kat atas tadi tu la antara yang kerap dipakai... hehe ~
Okay kawan2... sampai sini aje lah entry yang cik taio dan share... jumpa lagi... tata (^_^)

Sunday, April 20, 2014

..:: SeLamat Hari Lahir piJoL ::..

Hai kawan2 !!!! Cik hepi sangat semalam... Semalamkan Cik sambut bufday bff Cik... a.k.a pakwe Cik la senang... Cik tak sangka dia punya reaksi muka masa mula2 sampai terkejut... hahaha... Apa2 pun enjoy the part okay...


Inilah kek bufday si pijOl... cokelat vanila... sedap... rege dia RM31.00 !!!

Masa ni lepas kena baling telur... kesiannnn..... pijoL ni tetap cover macho...

Ni kawan2 yg tolong bakarkan sate... tQ

Sate yg sudah siap dibakar... jumlah 300 cucuk pakai 3 ekor ayam...

Juadah selera yg lain...

Ini housemate Cik... ada lagi 2 orang takde dalam senarai...

Ini mangsa... berehat sebentar... hahaha

Insan2 yg membuat rempah sate... Memang sedap sate dorg !!

Si PijoL ni nak balik... katanya tak selesa... b4 balik sempat bergambar...





Thanx a lot to my frens yg byk tolong untuk surprisekan dia... semoga ALLAH akan balas jasa kalian... (^_^)

Thursday, April 10, 2014

..:: Adab Berkongsi dan Meminjam Barang ::..








Hai kawan2 !!! 
Hari ni Cik nak kongsi ilmu sikit... mana2 yg rasa cikgu tadika tu... bolehlah tengok cerita Cik ni... ini perkongsian Cik buat hasil daripada tangan Cik dan rakan2 kumpulan assgmnt Cik tau... Mungkin bagi yg mempunyai anak kecil boleh mengajar anak2 mereka dengan menggunakan cerita The Lion King ni... versi ni Cik saja buat sebab bagi Cik kanak-kanak lebih sukakan haiwan dalam pembelajaran mereka sebagai contoh... okay.... inilah hasilnya... anda bolehlah rujuk cerita ini... (^_^) 


















Thursday, January 16, 2014

..:: Teknik-Teknik Lakonan Oleh Tokoh ::..

1.0              




            1.0     PENGENALAN
Lakonan adalah satu bidang di mana seseorang yang dipanggil pelakon untuk melakonkan aksi atau watak yang dibawanya sebagai satu perkara untuk memberi penonton atau audien faham apa yang dilakonkannya itu. Lakonannya juga boleh menjadi ‘orang tengah’ antara alam realiti dengan alam yang dilakonkannya.
            Menurut Bella Merlin (2010), lakonan adalah satu proses tindakan yang telah berkembang secara mendadak sejak empat ratus tahun yang lalu tetapi belum dilihat secara khusus oleh orang lain yang berbentuk evolusi. Manakala, menurut John Harrop (1992), lakonan bertindak seolah-olah ironinya mudah daan mempunyai teknik yang labih baik dan mudah untuk difahami.
            Lakonan juga merupakan satu aktiviti di mana memainkan watak-watak tertentu daripada skrip oleh manusia. Ada beberapa lakonan yang boleh dijelaskan, iaitu lakonan berkait di mana ia disaksikan oleh murid setelah menerima kata kunci da melihat tunjuk cara yang dibuat oleh guru. Kemudian, lakonan berskrip, iaitu lakonan sesuatu peristiwa atau kisah berpandukan skrip yang disediakan oleh pengarah. Selain itu, lakonan bisu adalah aktiviti berlakon yang hanya memerlukan pergerakan anggota badan sahaja tanpa menggunakan suara. Lakonan patung pula merupakan lakonan boneka iaitu, menggunakan boneka sebagai pelakonnya. Akhir sekali, lakonan spontan, iaitu pelakon melakonkan sesuatu peristiwa atau kisah secara spontan atau tanpa persediaan setelah mendapat rangsangan atau arahan daripada pengarah.


2.0              FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LAKONAN
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi audien dalam lakonan seperti perjalanan imaginatif dan ia akan mula tersentuh di mana ruang yang kita berada terhadap penonton. Situasi seseorang pelakon yang mempunyai perasaan sedih akan membabitkan penonton itu sekali agar apa yang dilakonkan berjaya.
2.1       Faktor Ruang
Ruang adalah segalanya. Apabila seseorang pelakon pandai bermain dengan ruang, maka dia tiada masalah dengan lakonan yang dilakonkannya itu. Pelakonnya juga tidak terganggu dengan permainan skrip semasa bermain dengan ruang.
            Misalnya, seorang pelakon membuat lakonan monolog. Dia hanya bermain dengan ruang yang kecil sahaja untuk menceritakan hal dia terhadap audien. Jika para pelakon membuat pementasan menganai lakonan realisme, dia perlu mencari lebih banyak ruang apabila ramai pelakon di atas pentas semasa lakonan dilakukan.
2.2       Faktor Ekonomi
Pada tahun 1887, di Perancis, terdapat seseorang yang bernama Andre Antoine , seorang kerani syarikat gas telah melakukan satu inovatif dengan menubuhkan Teater Percuma kerana beliau hanya mempunyai sedikit wang dan hanya melakukan sedikit latihan dengan menggunakan perabotnya sendiri terhadap sekumpulan amatur yang berbakat.
Dalam sekatan ekonomi yang dialami oleh Antoine, dapatlah digabungkan dengan penglihatan yang digalakkan oleh jenis-jenis seni yang mempunyai tindakan intim terhadap perkara yang kita gunakan untuk menontonnya di kaca televisyen pada hari ini.
2.3       Faktor Sains
Pada tahun 1923, pelakon yang bernama Richard Boleslavsky telah menggunakan sistem Stanislavsky dalam lakonannya. Beliau telah menyatakan bahawa seorang actor itu perlu mempunyai jiwa kemanusiaan di atas pentas dengan mempunyai aspek-aspek seperti fizikal, mental dan emosi. Pada masa yang sama, ia berkaitan dengan teori Sigmund Freud, Teori Psikoanalitik yang telah meresap ke seluruh Amerika.
            Sejak lakonan dan psikoanalisis digabungkan bersama, mereka mengkaji seseorang manusia itu mempunyai mekanisme dalaman seperti Sains dan Seni tidak berkaitan langsung. Lakonan dalam teater telah membuatkan masyarakat sehingga ke pengaruh politik ke atas proses tindakan tersebut.
2.4       Faktor Politik
Teater politik adalah sesuatu perbuatan yang dilakonkan oleh pelakon telah mengambil beberapa abad yang lalu untuk membentuk teater tersebut. lakonan mengenai politik boleh dilakonkan dalam bentuk realisme. Namun, ia juga berbentuk sensitiviti terhadap audien kerana ada ketika lakonan dalam bentuk politik dapat memberi impak sama ada positif atau negatif.
            Lakonan yang dimainkan oleh para pelakon yang terpaksa menjiwai watak orang-orang yang berpengaruh agar watak tersebut berjaya dilakonkan oleh aktor tersebut.
2.5       Faktor Pengarah
Sebagai seorang pelakon, mestilah mempunyai seorang pengarah yang perlu mengarah setiap lakonan dan mengkritik setiap apa yang dilakonkan oleh setiap pelakon. Jika lakonan tersebut adalah menepati apa yang pengarah mahukan, maka tiada masalah yang berlaku antara pelakon dan pengarah. Jika mempunyai konflik antara pelakon dan pengarah, maka sukar untuk lakonan tersebut dilaksanakan seterusnya susah untuk dijayakan kerana tiada peserfahaman antara kedua-dua belah pihak.
2.6       Faktor Latihan dan Persembahan
Menurut Bella Merlin (2010), jika seseorang pelakon mempunyai tempoh latihan berbulan-bulan, maka strategi seseorang pelakon itu berbeza berbanding latihan yang hanya memakan masa selama beberapa minggu sahaja. Ia bermaksud, latihan yang lama dapat mempengaruhi seseorang pelakon untuk bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal agar semasa pementasan ia tidak mengganggu pelakon tersebut seperti lupakan skrip atau gagap di hadapan audien.
2.7       Faktor Profesion
Profesion sebagai pelakon juga boleh menjadi faktor kerana ia merupakan satu kerjaya oleh pelakon tersebut untuk menyara kehidupan pelakon tersebut. kebanyakan penulis skrip menyara kehidupannya dengan menulis skrip dan memberi peluang kepada pelakon untuk melakonkan skrip yang ditulis.
            Profesion sebagai pelakon juga perlu mempunyai pendidikan lain agar pelakon tersebut tidak terlalu mengharap kerjaya sebagai lakonan adalah semata-mata untuk mereka menyara hidup tanpa ada pekerjaan yang lain.
3.0              ERA KLASIK
Terdapat beberapa teknik yang dilakukan semasa era klasik yang lalu untuk membentuk satu lakonan yang mantap. Setiap pelakon yang inginkan lakonan yang mantap perlu membuat beberapa latihan sebelum latihan lakonan dilakukan agar postur badannya tidak terganggu semasa pementasan nanti.
3.1              Plot dan Karakter Aristotle
Kita tidak boleh lihat zaman moden tanpa melalui zaman klasik semasa di Greece. Semasa mendapat skrip, seorang pengarah perlu menerangkan mengenai karakter dan plot drama tersebut. Manakala, seorang pelakon juga perlu faham apa yang diterangkan oleh pengarah. Plot merupakan jalan cerita yang mempunyai pendahuluan, klimaks dan penutup agar jalan cerita tersebut nampak menarik dan tersusun.
3.2       Kuasa Pidato
Setiap lakonan yang dilakukan perlu mempunyai kuasa pidato. Ia bermaksud, setiap apa yang dilakonkan oleh pelakon dapat mengeluarkan dialog yang jelas dan difahami oleh audien. Jika pelakon tidak pandai menggunakan kuasa pidato, maka sukar untuknya melakonkan watak yang diberi dan hanya menunggu ‘key’ daripada pengarah atau pelakon yang lain.
3.3       Imaginasi
Setiap lakonan mesti ada imaginasi yang tersendiri. Imaginasi perlu ada kerana setiap pelakon perlu berimaginasi apa yang mereka lakukan untuk mendapatkan watak mereka lebih jelas. Selain itu, para pelakon juga perlu berimaginasi agar apa yang dilakukan itu adalah benar-benar mengikut kehendak pengarah agar apa yang dilakonkan itu tidak terbatas dan boleh keluar dari imaginasi tersebut.
3.4       Pernafasan
Pernafasan juga memainkan peranan yang penting dan dapat memberi kesan dalam lakonan seseorang itu. Jika seorang pelakon tidak menjaga pernafasannya, maka apa yang dilakonkan tidak mencapai apa yang diinginkan. Aspek ini penting, agar setiap pernafasan pelakon tidak kelihatan semput dan mempunyai tenaga semasa berada di hadapan audien.
            Sebelum latihan lakonan, ada satu senaman badan yang dapat memanaskan badan agar postur tubuh pelakon tidak terganggu semasa pementasan. Cara pernafasan juga ada diajar oleh pengarah untuk mendapatkan postur tubuh dan pernafasan yang terbaik agar setiap pelakon tidak berasa penat dan lesu semasa pementasan.
3.5       Suara dan Isyarat Fizikal
Imaginasi dan pernafasan berkait rapat dengan suara. Jika seseorang pelakon gagal mengeluarkan suara yang agak jelas dan terang, maka apa yang dipentaskan itu membuatkan audien berasa bosan dan tidak mendengar apa yang dikatakan. Suara yang jelas tetapi kurang didengari oleh penonton juga memberi kesan terhadap persembahan yang dimainkan kerana dialognya itu terlalu laju dan tidak didengari oleh audien.
            Jadi, latihan vokal sentiasa perlu ada sebelum bermulanya latihan lakonan atau pementasan. Hal ini, perlu dijadikan kebiasaan terhadap pelakon agar lakonannya nampak bertenaga, suara yang jelas dan mudah difahami oleh audien.
4.0              LATIHAN LAKONAN
Kebanyakan daripada kita menonton rancangan realiti di televisyen di mana seorang ibu menjadi pelakon yang terkenal, penghantar surat mampu menjadi pelakon juga dan ada yang sudah mencecah umur warga emas masih boleh menjadi pelakon yang terkenal. Persoalannya, adakah semua orang boleh menjadi pelakon? Jika kemahiran yang perlu ada pada para pelakon adalah cara berjalan, cara bercakap dan wajah yang menarik, maka jawapannya adalah ya. Jadi kenapa perlukan latihan? Sebenarnya, kemahiran lakonan yang perlu dipelajari untuk menghasilkan cara berjalan, cara bercakap dan cara memberikan riaksi adalah apa yang paling penting.
Tiada formula yang khusus mengatakan bila dan bagaimana untuk membuat latihan. Sesetengah kanak-kanak telah mula mengambil kelas lakonan seawal usia mereka untuk memastikan mereka menjadi pelakon kanak-kanak seperti kisah Harry Potter. Kebiasaannya di United Kingdom, pelajar lakonan memasuki kelas sekolah atau universiti lakonan seawal usia 18 sehingga 22 tahun. Walaubagaimanapun, di Amerika Syarikat terdapat sedikit kelainan kerana mereka lebih memilih untuk belajar berlakon melalui guru persendirian atau pelatih lakonan persendirian.
4.1.1    Kelemahan dan Perlunya Mengambil Risiko
Salah satu daripada kesukaran yang kita bakal tempuhi sebagai seorang pelakon bagaimana untuk menjadi begitu tenang di dalam kelas atau ketika menjalankan latihan atau  melakukan persembahan supaya kita boleh memberikan respon secara terbuka dan mengambil berat tentang tugas yang diberikan.
Halangan yang  paling utama adalah melepaskan ketakutan. Takut jika menjadi kurang cukup baik dalam persembahan. Takut jika melakukan kesalahan dalam persembahan yang mana kebiasaannya takut jika tidak menjadi yang terbaik seperti yang dilakukan dalam latihan dan tidak mencapai apa yang pengarah inginkan. Selain itu, yang paling kita takut adalah jika terlupa skrip di atas pentas dan menjadi kaku yang mana semua itu tidak pernah dipelajari di dalam kelas ataupun ketika latihan dijalankan.
Salah satu taktik yang perlu kita lakukan untuk mengatasi ketakutan adalah apa yang pernah dikatakan oleh Lee Strasberg sebagai ‘anticipation’ iaitu jangkaan; apabila kita cuba memasuki ke dalam karakter, kita menjangkakan di mana peristiwa yang dramatik akan berlaku dan cuba memahami hasil yang bakal terjadi, bukannya proses yang sedang berlaku dengan rakan-lakon yang lain. Namun, apa yang kita akhiri itu adalah selamat gayanya seperti yang telah disediakan di dalam skrip, seperti yang telah dilatih dan ianya akan berjaya.
Seorang jurulatih pelakon Amerika Syarikat, Eric Morric ada mengemukakan salah satu ubat untuk  mengatasi ketakutan adalah mendapatkan dos yang sihat iaitu ‘irreverence’ yang bermaksud sikap kurang sopan. Sudah tentu kita mesti sentiasa bekerjasama dalam pasukan produksi dan saling menghormati rakan-lakon serta mempercayai skrip yang telah diberikan tetapi kita perlu menjadi seorang yang lebih bijak dan sedikit berperangai kurang sopan. Banyak situasi yang sering kita lihat dan dibentangkan dalam drama yang kemuncaknya dapat melihatkankan bahawa manusia yang lemah. Kita terlalu sopan atau lebih dikenali sebaga beradab, kita tidak boleh membebaskan diri kita kepada takat yang kita perlu pergi. Oleh itu, kita perlu bersikap terbuka dan terdedah kepada setiapperkara yang tidak dapat dijangka.

Ini adalah dimana latihan pelakon yang terbaik bermula. Ia mengajar kita supaya tidak terlalu membimbangkan sama ada kita akan melakukan perkara yang betul dan bukan sentiasa berada di zon yang selesa dengan kelemahan yang kita ada. Ia juga mengajar kita supaya berani mengambil risiko dan cuba membiasakan diri bermain dalam situasi yang bahaya. Bukan bermaksud kita menghina rakan-lakon yang lain dengan bersikap kurang sopan iaitu tidak mengikut apa yang telah dilakukan semasa latihan ataupun tidak serius dengan pementasan yang sedang berlangsung, tetapi ia mengajar kita supaya lebih bersedia jika terdapat sebarang kejutan yang akan berlaku kelak.

5.0              PENUTUP
Melalui faktor-faktor yang mempegaruhi lakonan, seterusnya era klasik yang telah dikemukakan dan latihan  lakonan yang telah diberikan, lakonan memerlukan teknik yang betul dan tepat untuk dipentaskan. Bukan bermakna pelakon yang tidak tidak mempelajari teknik-teknik ini akan membuatkan berlaku kecacatan terhadap pementasan tersebut, tetapi lakonan adalah seni yang seharusnya dijaga keindahannya.
Latihan yang khusus perlu diberikan bermula dari bagaimana menggunakan pernafasan yang betul, melontarkan suara yang mantap, menghasilkan bentuk tubuh yang berkesan,serta melahirkan ekspresi yang tepat dan akhirnya akan membuahkan hasil kepada persembahan yang bakal diadakan.


Namun, terkadang akan berlaku juga kepincangan semasa melalukan persembahan. Contohnya, gementar dengan bilangan penonton yang ramai, atau reaksi yang diberikan oleh penonton tidak dapat dijangkakan kerana semasa latihan tidak mempunyai penonton ataupun kepincangan yang sering berlaku apabila gementar adalah terlupa skrip yang telah lama dihafal, maka kita perlu menarik fanas kembali. Ingat matlamat utama yang perlu disampaikan kepada penonton dalam babak itu, dan mula menyusun ayat kembali. Apa yang ingin dilihat adalah hasilnya, proses yang telah sekian lama dijalankan tidak menjadi buah mulut orang ramai kelak.
Stanislavsky merupakan pelakon yang kemudiannya menghabiskan seumur hidupnya dengan menganalisis, mempraktikkan dan menulis tentang selok-belok pakonan yang mana kebanyakan penulisannya telah diguna pakai diseluruh pelusuk dunia. Kita tidak akan majujika kita membahagikan kepada dua apa yang dikatakan oleh Stanislavsky iaitu tindakan dan emosi. Kita tidak pernah boleh memisahkan kedua-dua komponen ini kerana ia saling berkait rapat dengan diri kita. Walaubagaimanapun, Stanislavsky merupakan seorang pengkaji lakonan, di mana beliau akan cuba mengaktifkan dan meneroka kedua-dua komponen ini sepanjang hidupnya menerusi ‘persoalan-persoalan kajian’ beliau.


Tuesday, January 14, 2014

..:: Laporan Refleksi Diri ::..









1.0       PENGENALAN
Sepanjang semester ini, saya telah banyak mempelajari apa yang dimaksudkan dengan lakonan awalan. Selama empat belas minggu saya berusaha mengubah diri saya daripada seorang yang pemalu kepada tidak malu. Sepanjang tempoh ini juga setiap minggu ada sahaja idea yang diolah oleh pensyarah, Puan Hanim untuk membentuk kerjasama antara kami. Selain itu, memberi fokus terhadap apa yang kami lakukan. Kelas pertama saya di dalam subjek ini sangat seronok dengan telatah rakan-rakan dan pensyarah.
            Semasa berada di dalam kelas En. Eddy, perkara pertama yang beliau ajar adalah teori yang berkaitan dengan teater. Teori yang beliau gunakan untuk pementasan kami adalah Stanislavsky. Kami juga diajar untuk melakukan imaginasi dalam satu situasi, iaitu situasi berada di sungai yang sejuk. Banyak juga perkara yang diajar oleh beliau semasa dalam kursus ini. Apa yang saya langsung tidak tahu, sekarang saya sudah tahu.
            Pada minggu kelima, kami diberi satu skrip dan memilih watak yang kami inginkan. Pada mulanya, pensyarah ingin membahagikan watak antara kami. Namun, akhirnya saya mendapat watak Serimah, iaitu seorang isteri yang sombong, belagak dan terlalu inginkan kemewahan. Bermulalah kerja rumah yang akan saya lakukan untuk melatih diri saya menjadi Serimah.

2.0       SKRIP READING
Teknik yang diperkenalkan:
2.1       Teknik Skrip Reading.
Pada mulanya, saya mendapat satu salinan skrip bagi lakonan bertajuk Rumah Lama Kampung Baru (RLKB). Kami diberi tempoh untuk baca, hafal dan faham skrip tersebut. Pada minggu seterusnya, kami diarah untuk membuat satu bulatan untuk membaca skrip tersebut bersama-sama.
Masalah yang telah saya hadapi:
ü  Tidak yakin untuk bersuara
Skrip yang saya dapat dalam watak saya adalahayat yang ringkas-ringkas dan mudah dihafal. Pada mulanya, saya malu untuk bersuara kerana saya berasa tidak yakin. Takut dimarahi oleh En. Eddy. Saya juga kurang faham situasi yang berlaku dalam cerita tersebut. dalam keadaan kelam kabut, saya boleh menurunkan emosi semua orang sehingga En. Eddy menegur saya.

ü  Sukar menjiwai watak Serimah
Pendapat saya, saya sangat sukar untuk menjiwai watak Serimah kerana Serimah bukanlah ada di dalam diri saya. Saya bukan seorang yang baran, mudah marah. Namun, semasa mendapat skrip dan watak ini, saya perlu kelihatan seperti Serimah yang sebenar kerana jiwa Serimah inginkan kemewahan. Selalu tidak puas hati dengan apa yang dimiliki. Saya berfikir, bolehkah saya bawa watak Serimah? Sedangkan saya sendiri tidak suka dengan Serimah.
Cara saya mengatasi masalah tersebut:
ü  Memahami skrip
Saya bertanya rakan, bagaimana ingin fahamkan situasi? Rakan mengajar saya satu persatu untuk faham dan hidupkan skrip tanpa mengubah maksud dalam ayat tersebut. Intonasi dan nada saya juga perlu berbeza dengan diri saya sebenar kerana saya seorang yang pemarah.

ü  Mendalami jiwa Serimah
Saya akui, bukanlah 100% saya dapat menjiwai watak Serimah kerana saya masih berasa segan terhadap umum apabila saya membawa watak sebegitu. Apa yang saya lakukan adalah, saya menonton cerita Tanggang Ayu yang dilakonkan oleh Izreen Arminda. Saya menjalani cerita tersebut dengan memahami situasi yang diinginkan oleh Ayu. Saya juga cuba untuk menjadi seperti Ayu. Bagi saya hanya 70% sahaja saya dapat menjadi Serimah dengan menonton watak Ayu tersebut. Kemudian, saya menonton pula cerita yang dilakonkan oleh Wan Sharmila untuk membawa watak ‘gedik’. Saya cuba untuk berperwatakan seperti itu.

Rumusan:
Mengenai latihan skrip reading ini, saya lambat untuk faham dialog saya. Saya juga cuba untuk membaca skrip saya berulang kali untuk membuat tiga situasi yang berbeza apabila tiba giliran untuk melepaskan dialog saya.

3.0       ANALISIS SKRIP
Teknik yang diperkenalkan:
3.1       Teknik Analisis Skrip.
Teknik ini merupakan satu teknik di mana seorang pelakon perlu memahami lakonan yang dilakukan adalah berbentuk seorang makcik, pakcik atau cikgu. Cara seseorang itu berjalan dalam cerita yang akan dimainkan.

Masalah yang telah saya hadapi:
ü  Kurang mempamerkan watak Serimah.
Setelah saya mengkaji apa yang Serimah inginkan, saya cuba untuk menjadi seperti Serimah. Cuba untuk memasukkan watak Serimah ke dalam diri saya agar apa yang saya lakukan adalah Serimah bukan diri saya sendiri. Saya masih berasa malu untuk membawa watak Serimah yang ‘gedik’.

Cara saya mengatasi masalah tersebut :
ü  Berlakon dengan skrip dan acting yang berulang kali.
Saya mengambil sedikit masa untuk membawa watak tersebut. Saya cuba untuk menyesuaikan diri dengan Nikman untuk membentuk keserasian antara kami. Saya juga menonton cerita Tanggang Ayu berulang kali bagi memastikan saya boleh menjadi seperti Ayu sambil saya mengeluarkan dialog saya seperti Serimah.

Rumusan :
ü  Bersama bantuan dan kritikan rakan-rakan, saya belajar menjadi seorang yang pemarah, suka cari pasal, suka bergaduh. Cara penampilan saya juga berbeza seperti yang rakan lain kenal.

4.0       PEMERHATIAN
Teknik yang diperkenalkan :
4.1  Teknik Pemerhatian
Teknik ini menerangkan bahawa sebagai pelakon perlu membuat pemerhatian sebagai homework dan perlu mengulangkaji pemerhatian tersebut. Saya membuat pemerhatian di Google Image dan You Tube bagi mendapat gambaran bagaimana keadaan Kampung Baru dulu dan sekarang.
Masalah yang telah saya hadapi :
ü  Masa yang lepas
Saya pernah mengunjungi rumah setinggan yang didiami oleh makcik saya di Kampung Abdullah Hukum. Kini rumah flat. Saya mengingati semula bagaimana keadaan penduduk di sekitar rumah setinggan itu. Namun, memori saya kurang jelas mengenai tempat setinggan itu.

Cara saya mengatasi masalah tersebut:
ü  Layari internet
Saya cuba melayari internet dengan membuat pemerhatian mengenai pemakaian yang demand bagi watak Serimah. Pemakaian yang seksi. Saya cuba untuk memakai pakaian yang demand juga. Selain itu, saya juga ada melayari internet dengan melihat keadaan rumah di Kampung Baru sekarang.
Rumusan:
Teknik ini juga mampu menjimatkan masa, tenaga dan wang bagi saya yang tiada wang sewaktu ini. Maka, saya menghabiskan masa saya selama beberapa hari untuk membuat pemerhatian mengenai pemakaian Serimah dan keadaan di Kampung Baru.

5.0       BLOCKING
Teknik yang diperkenalkan:
5.1       Teknik Blocking.
Teknik blocking dalam teater iaitu bermaksud menghalang, ‘ block’ . Ini semasa atas pentas, pelakon mesti sedar bahawa pentas itu macam mana. Hal ini, untuk memastikan penglihatan mata audiens  boleh nampak pelakon dengan jelas tanpa dihalangi oleh pelakon lain atau benda lain. Pelakon mesti sentiasa sedar bahawa mukanya, badannya boleh dilihat oleh penonton dan tanpa mempunyai sebarang halangan. Ini bermakna pelakon harus bermain dengan ruang untuk mengelakkan daripada dihalangi ataupun menghalangi pelakon lain. Misalnya, semasa pementasan RLKB, adegan bergaduh antara JJ dan Budin kerana ia melibatkan semua penduduk rumah sewa tersebut. Jadi, saya sebagai Serimah yang tiada apa untuk dilakukan perlu menjaga blocking saya semasa adegan pergaduhan tesebut.

Masalah yang telah saya hadapi :
ü  Sukar untuk mencari blocking
Semasa dalam lakonan, JJ dan Budin sering bertengkar kerana pinjam seluar sehingga koyak dan adegan bertumbuk bersama membuatkan saya sukar untuk mencari blocking daripada tiadak dapat dilihat oleh penonton. Saya ke kanan, Nikman ikut saya. Saya ke kiri ada orang di hadapan saya. Jadi, masalah blocking kerana terlalu ramai pelakon berada di pentas.

Cara saya mengatasi masalah tersebut:
ü  Mencari tempat yang sesuai.
Apa yang saya rasakan terbaik adalah saya berdiri sahaja di hadapan pintu rumah untuk tidak mengganggu proses blocking semasa pergaduhan berlaku. Oleh sebab tiada dialog yang saya katakan, saya perlulah menjaga blocking saya supaya penonton dapat melihat apa yang saya lakukan.


Rumusan:
Akibat ruang yang terhad, saya perlu pandai memain peranan semasa lakonan dijalankan. Hal ini, kerana penonton dapat melihat saya dan pelako lain dari atas sehingga bawah.

6.0       REHEARSAL
Teknik yang diperkenalkan:
6.1       Teknik rehearsal.
Kami membuat rehearsal yang berulang-ulang kali di atas pentas yang siap susun dengan alat-alat dan latarbelakang. Rehearsal ini menunjukkan kepada latihan untuk persembahan semasa kejadian. Ia meliputi pemakaian, lighting, audio, susunan props, ruangan atas pentas, masa masuk babak dan lain-lain. Kami telah membuat rehearsal sambil berlatih untuk eksploikan ruangan yang baru di bawah bimbingan pengarah
.
Masalah yang telah saya hadapi :
ü  Nada suara rendah
Ruangan dalam Panggung Budaya agak luas menyebabkan suara saya kurang didedangari apabila bersuara. Saya juga merasakan nada suara saya rendah. Saya tidak boleh menggunakan suara yang sebenar kerana ia akan mengganggu dialog saya dan tekak saya akan berasa sakit. Sebaliknya, saya menggunakan suara perut bagi tidak memenatkan diri dan lontaran suara saya.
Cara saya mengatasi masalah tersebut :
ü  Sebelum berlangsungnya pementasan tersebut, saya membuat warm up terlebih dahulu. Saya juga melakukan senaman mulut bagi memastikan apa yang saya lontarkan jelas, nyata dan terang dan mudah didengari oleh audien.

Rumusan :
Rehearsal ini boleh dikatakan latihan yang akhir bagi pementasan sebenar. Ia melibatkan semua perkara iaitu, pelakon, ruang, blocking, pakaian, lighting, audio, dan juga audiens. Sewaktu rehearsal, pelakon harus beranggap bahawa di hadapannya adalah  penonton. Penonton yang akan datang pada masa kejadian pementasan itu, jadi pelakon seharusnya memberi tenaga dan semangat sepenuhnya semasa rehearsal sambil menganggapan bahawa masa pementasan, itulah yang akan berlaku.

8.0       KESIMPULAN
Sepanjang empat belas minggu ini, saya mempelajari banyak perkara mengenai seni lakonan ini. Pada mulanya, saya berasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan minor seni tari, namun, mungkin ini adalah hikmah di mana saya mengambil minor seni teater. Apa yang saya harap adalah selepas ini saya tak mahu mendapat watak Serimah kerana disebabkan Serimah, saya dan kekasih mengalami masalah dalam hubungan kerana saya terlalu ikutkan sikap Serimah yang pemarah.
            Saya juga berasa seronok dalam melaksanakan teater ini kerana ia dapat mengubah karektor saya semasa saya mengajar nanti. Semasa saya bersama rakan-rakan atau bersama keluarga. Terima kasih juga buat tenaga pengajar yang mengajar saya mengenai lakonan awalan ini. Sekian, terima kasih.

Add by adverlets