KAWAN-KAWAN CIK AIN

Sunday, January 12, 2014

..:: Teknik-Teknik Brechtian ::..

1.0            






                          1.0           PENGENALAN
Bertolt Brecth dilahirkan pada tahun 1898 di Jerman dan dibaptiskan sebagai Eugen Berthold Friedruch.  Beliau merupakan seorang penulis drama, pemuisi, dan pengarah teater yang sangat berpengaruh pada abad ke-20. Beliau menggunakan puisi dan teater untuk memaparkan idea-idea dan mempengaruhi pemikiran serta mengubah keadaan negara tersebut. Beliau banyak menulis dan mengarahkan pementasan teater. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau telah kembali ke Jerman. Kerajaan Jerman Timur turut menubuhkan Berliner Ensemble Theatre untuknya bagi membolehkan beliau mengembangkan teori-teori dalam penghasilan teater hasil daripada pementasan-pementasan yang dilakukan oleh beliau sebelumnya dan karya-karya yang ditulis semasa dalam pelarian.
Teori-teori yang dikemukakan oleh Brecht telah pun membawa teater ke aras tahap yang tinggi walaupun ia menentang kepada teori-teori Stanislavsky. Teori yang dikemukakan oleh Brecth ialah Epik Teater. Dalam pementasan-pementasan yang beliau lakukan banyak memaparkan argument antara dua belah pihak yang saling cuba mempengaruhi antara satu sama lain. Epic Teater bersifat episodik, dengan setiap babak memaparkan cerita yang berlainan, tetapi apabila digabungkan menjadi sebuah cerita.
Tujuan sesebuah pementasan dijalankan adalah untuk mempersembahkan idea-idea dan penonton harus membuat penilaian terhadap idea-idea tersebut. Oleh itu, sesebuah pementasan yang dilakukan tidak boleh menyebabkan penonton hanyut dengan emosi yang dipaparkan dalam sesebuah pementasan. Sebaliknya, Brecht menjelaskan bahawa para penonton perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuah pementasan dan tidak perlu beremosi sebaliknya berfikir secara kritikal akan mesej yang ingin disampaikan dalam pementasan itu dan melaksanakan perubahan apabila keluar dari pementasan itu.
Tujuan utama lakonan sebegini adalah untuk meruntuhkan dinding keempat dalam sesebuah lakonan. Ini adalah bagi membolehkan penonton melihat dan menyedari bahawa mereka sedang menonton sebuah pementasan, bukan sebuah realiti, dan menganggap bahawa pentas adalah pentas dan pelakon adalah pelakon.

2.0              TEKNIK-TEKNIK DALAM EPIK TEATER
2.1       Teknik Historification (Pensejarahan)
Brecht mengalienasi penonton dengan meletakkan babak-babak pementasannya dalam latar masa lampau. Dalam pementasan RLKB, tiada perkara yang boleh dibawa untuk faktor sejarah Kampung Baru. Apa yang berlaku adalah hal perebutan tanah oleh Mak Raya dan adiknya, Zulkifli. Tiada satu pun yang menyatakan tentang sejarah di dalam pementasan ini.
            Cara pemakaian yang kami pakai adalah pemakaian trend terkini. Tiada trend zaman penjajah atau zaman batu. Cara kami bercakap antara satu sama lain juga menggunakan dialek zaman sekarang berbanding dengan zaman dahulu yang menggunakan dialek yang kaku dan berangkai seperti di dalam teater Bangsawan.



2.2       Teknik Allegorical
Teknik ini mengunakan simbol-simbol dalam menjelaskan isi kandungan atau dilema dalam sesebuah pementasan. Teknik ini diguna dalam pementasan Rise and Fall of the City of Mahagonn. Dengan menggunakan teknik ini, penonton akan dialienasi oleh simbol-simbol yang akan menyebabkan mereka berfikir akan makna yang terdapat dalam simbol-simbol tersebut. Teknik ini juga mengganggu penonton seperti bunyi bising.
            Seperti saya yang membawa watak Serimah, saya ada juga selitkan teknik ini dengan membuat bising seperti membaling sesuatu benda kepada Nikman. Bunyi hentakan antara periuk nasi denga Loyang benar-benar mengganggu dialog kami semasa pementasan di dalam rumah. Saya juga perlu menguatkan suara saya apabila memarahi Nikman. Ia benar-benar mengganggu saya dan penonton kerana mereka tidak mendengar dengar jelas suara kami bergaduh.

2.3       Teknik Pseudo-Foreign
Adaptasi daripada teater-teater luar yang setentunya berbeza budayanya daripada budaya audien. Ia bermaksud teknik ini membawa masuk budaya daripada negara lain dan diaplikasikan di atas pentas. Misalnya, di dalam teater RLKB kami hanya menggunakan budaya yang ada di Malaysia seperti memberi salam apabila berjumpa dengan orang lain. Seperti Zainal memberi salam dan bersalaman dengan Pak Hassan setiap kali berjumpa.
            Apabila saya memarahi Nikman, saya perlu menggunakan emosi dengan memarahinya. Bukan saya adaptasikan budaya lain seperti menari tarian tradisional Cina. Hal ini akan membuatkan para penonton ketawa dan terkeluar daripada dunia permainan kami. Selain itu, apabila rumah saya dimasuki pencuri, adakah saya perlu menari tarian ballet sambil mengejar pencuri tersebut? Bagi penonton mungkin ia tidak logik. Ia memang tidak logic kerana apabila rumah kita dimasuki pencuri kita sempat menari sambil mengejar si pencuri.

3.0              ALIENATION
Menurut Brecht, semua ini boleh dicapai sekiranya para penonton ‘dialeniasi’ (diasingkan) daripada pementasan yang ditontonnya. Brecht menamakan keadaan ini sebagai Verfremdungseffekt yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "alienation effect” ataupun kesan pengasingan. Verfremdungseffekt bermaksud ‘mengasingkan’ (alienate) atau ‘menjauhkan’ (distance) penonton daripada sesebuah pementasan. Apabila para penonton diasingkan secara emosi daripada pementasan, penonton dapat berempati dengan pementasan tersebut secara intelek (intellectual empathy) dan mungkin akan berusaha mengubah keadaan masyarakatnya.
Hal ini, bermaksud Rumah Lama Kampung Baru (RLKB) yang dipentaskan oleh saya dan rakan yang lain jauh sekali menggunakan teori Brecht ini. Ia disebabkan oleh RLKB merupakan teknik realisme seperti yang dikatakan oleh Stanislavsky. Para penonton juga telah hanyit dengan permainan kami di atas pentas dengan melayan kami dari awal penceritaan hingga tamat. RLKB juga satu cerita yang mempunyai reality di alam luar pementasan dan ingin memberi penonton kesan terhadap cerita tersebut bukan melihat cara pelakon memainkan watak.


4.0              PERBEZAAN DRAMATIK TEATER DENGAN EPIK TEATER
Epik Teater
Dramatik Teater
ü  Penonton sebagai pemerhatian.
ü  Penonton diajak menghayati cerita bersama.
ü  Jalan cerita dari situasi.
ü  Jalan cerita dari pengalaman
ü  Setiap babak tiada kesinambungan.
ü  Setiap babak berkesinambungan.
ü  Tidak menekan aspek emosi pelakon.
ü  Pelakon harus menonjolkan emosi seperti mana yang realiti.
ü  Penonton tidak merasai emosi pelakon.
ü  Penonton dapat merasai emosi pelakon.
ü Tidak ada pengakhiran cerita sebagai tanda penamat.
ü Penonton dapat melihat pengakhiran sesuatu persembahan.

5.0              PERBEZAAN TEKNIK GAYA LAKON
Epik Teater
Dramatik Teater
Tidak menekankan aspek-aspek dalam emosi pelakon tetapi mementingkan logik dan pemikiran penonton itu sendiri.
Elemen-elemen emosi seperti sedih,marah, gembira, dan  sebagainya melalui karakter-karakter yang ditonjolkan oleh pelakon agar penonton dapat
Tiada pengakhiran sebagai tanda penamat dalam persembahan walaupun teater ini menekankan isi atau mesej yang perlu difikirkan sendiri oleh penonton
Penonton dapat melihat pengakhiran sesuatu persembahan sebagai tanda penamat dalam penceritaan teater tersebut

6.0              TEKNIK LAIN OLEH BRECHTIAN
Penggunaan kapsyen yang dipancarkan di pentas bagi menjelaskan apa yang akan berlaku dalam babak seterusnya. Teater RLKB tidak menggunakan teknik ini kerana ia boleh mengganggu permainan pelakon untuk ke babak seterusnya.
Selain itu, teknik gangguan oleh narrator  yang menjelaskan apa yang berlaku dan memprovokasi penonton. Sudah terang lagi bersuluh. Dalam teater RLKB tidak menggunakan suara narrator kerana itu adalah mengganggu penonton yang lain.
Teknik di mana pelakon menanyakan secara langsung kepada penonton. Teknik ini memang tiada dalam RLKB kerana kami hanya bermain dengan dunia kami. Misalnya, apabila saya ingin tinggal di kondominium. Saya pula bertanya kepada penonton ‘perlukah saya meminta kondominium walaupun keadaan Nikman belum stabil?’.
Penonton dibiarkan untuk menyelesaikan sendiri pengakhiran teater dan penonton dibiarkan untuk berfikir. Dalam teater RLKB ini menunjukkan pengakhiran cerita antara Mak Raya dan Zulkifli dapat berbincang dengan elok tanpa orang luar tahu mengenai perebutan tanah tersebut sehingga penduduk rumah sewa di situ tidak perlu pindah kerana konflik ditamatkan oleh Zainal, anak kepada Zulkifli dengan menerangkan sikap Mak Raya dan Pak Hassan kemudian, mereka berbincang di dalam rumah.
Teknik muzik yang berbeza dari emosi dalam sesebuah babak. Teknik ini jika digunapakai akan memberi kesan terhadap penonton. Apabila Pak Hassan mengenangkan mengenai rumahnya yang bakal dirobohkan. Pengarah mengarahkan lagu Oppa Gangnam Style dipasang. Ia akan menggamatkan suasana yang komedi. Tidak selari dengan jiwa penonton.

7.0              PENUTUP
Jelaslah bahawa teater RLKB tidak sesuai diadaptasikan dengan teori Brecht kerana ia bukan jiwa para penonton dan pelakon yang bermain di atas pentas. Teori Brecht juga tidak sesuai digunakan untuk pementasan kerana ia boleh membuatkan para penonton akan meninggalkan pementasan terebut sedikit demi sedikit.

No comments:

Post a Comment

Add by adverlets