KAWAN-KAWAN CIK AIN

Saturday, September 17, 2011

..:: Cintaiku dengan Seadanya ::..


Lagu ni aku nak bagi kat teman aku Mohamad Hafizzul bin Ayub...
aku harap kalau dia on9...
dia tengok la lirik lagu yg aku kasi kat dia...
sejak akhir2 ni hati aku sangat2 tak tenteram...
aku harap dgn penyampaian ni...
dia dapat rasa apa yg ati aku rasa...
ok... Mr. Hafizzul, layan ar lagu ni ok...


Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


~ maaf kerana saya bukan insan yg sempurna ~

Friday, September 16, 2011

..:: Akta Cuti Pekerja ::..

1. PENGENALAN
1.1 Setiap pekerja adalah berhak kepada sejumlah hari cuti minimum di bawah kontrak
perkhidmatannya seperti yang ditentukan di bawah Akta Kerja, 1955.
1.2 Jenis-jenis cuti yang terdapat di dalam Akta tersebut ialah :-
• Cuti Rehat Mingguan
• Cuti Rehat Mingguan
• Cuti Tahunan
• Cuti Sakit
• Cuti Bersalin
2. CUTI REHAT MINGGUAN
2.1 Setiap pekerja adalah berhak kepada satu hari cuti rehat dalam setiap minggu yang akan
ditetapkan oleh majikan. Dimana seseorang pekerja diberi lebih daripada satu hari cuti rehat
dalam seminggu, hari kedua daripada hari-hari tersebut akan dianggap sebagai hari rehat
bagi tujuan Akta ini.
2.2 Seseorang majikan dikehendaki menyediakan suatu jadual giliran memberitahu setiap
pekerja tentang hari cuti rehatnya pada awal setiap bulan. Walaubagaimanapun satu notis
hendaklah dipamirkan di suatu tempat yang mudah dilihat di tempat pekerjaan sekiranya
hari yang sama dalam setiap minggu dipilih sebagai hari cuti rehat untuk semua pekerja.
2.3 Dalam keadaan biasa, pengumpulan cuti rehat adalah tidak dibenarkan. Walau
bagaimanapun, dalam keadaan tertentu (misalnya;tempat pekerjaan adalah jauh di
pedalaman dan perjalanan balik ke kediaman mengambil masa yang lama) majikan boleh
memohon kelulusan daripada Menteri Sumber Manusia bagi membolehkan seseorang
pekerja mengumpul cuti rehatnya bagi bulan itu.
2.4 Bagi seorang pekerja syif suatu tempoh rehat selama 30 jam berterusan boleh dianggap
sebagai 1 hari cuti rehat.
2.5 Kelayakan cuti rehat tidak terpakai dalam tempoh seseorang pekerja itu:
• sedang cuti bersalin
• mendapat cuti sakit
• mengalami hilang upaya sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau Akta
Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.
2.6 Seseorang pekerja boleh dikehendaki oleh majikannya bekerja pada hari cuti rehat dalam
keadaan-keadaan berikut:-
• Dimana beliau diambil khidmat dalam pekerjaan yang perlu dijalankan terus-menerus
dalam 2 syif atau lebih.
• Kemalangan di tempat pekerjaan samada berlaku atau dijangka berlaku;
• Kerja-kerja atas kepentingan masyarakat;
• Kerja-kerja penting untuk pertahanan dan keselamatan negara;
• Kerja-kerja segera yang perlu dilakukan keatas sesebuah jentera;
• Gangguan kerja diluar jangka; Kerja-kerja penting untuk ekonomi negara;
• Kerja-kerja dalam perkhidmatan perlu seperti TNB, hospital dan lain-lain;
2.7 Kerja pada hari cuti rehat mingguan
Seseorang pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari cuti rehat hendaklah dibayar tidak
kurang daripada kadar berikut:- 2.7.1 Pekerja bergaji hari atau mengikut kiraan jam:
Jika bekerja kurang daripada 1/2 waktu kerja biasa = 1 X kadar gaji biasa.Jika bekerja
melebihi 1/2 daripada waktu kerja biasa = 2 X kadar gaji biasa
2.7.2 Pekerja bergaji bulan:
• Jika bekerja kurang dari 1/2 waktu kerja biasa = 1/2 X kadar gaji biasa
• Jika bekerja melebihi 1/2 waktu kerja biasa = 1 X kadar gaji biasa
2.7.3 Pekerja bergaji mengikut upah:
• Pekerja bergaji mengikut upah (piece rated) = 2 X kadar upah biasa
2.8 Kadar bayaran kerja lebih masa yang dilakukan pada hari cuti rehat ialah 2 kali kadar gaji
sejam atau 2 kali kadar upah.
3. CUTI KELEPASAN AM
3.1 Setiap pekerja berhak mendapat 10 hari cuti kelepasan am bagi setiap tahun kalendar yang
dipilih daripada semua cuti kelepasan am yang diwartakan untuk tahun itu.
3.2 10 hari yang tersebut mestilah termasuk empat hari yang berikut:-
• Hari Kebangsaan
• Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong
• Hari Keputeraan Sultan atau Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah Persekutuan
• Hari perayaan Pekerja
3.3 Baki 6 hari yang lain boleh dipilih oleh majikan dan hari-hari tersebut ke kemudiannya
hanya boleh ditukar ganti dengan persetujuan pekerja. Majikan mesti mempamirkan satu
notis di tempat pekerjaan menyatakan 6 hari yang dipilih tersebut sebelum bermulanya
setiap tahun kalendar yang berkenaan.
3.4 Jika cuti kelepasan am jatuh pada hari cuti rehat mingguan, hari kerja berikutnya bagi
seseorang pekerja hendaklah digantikan sebagai hari kelepasan am bergaji.
3.5 Jika hari kelepasan am atau hari yang diganti seperti di perenggan 3.3 di atas jatuh semasa
tempoh seseorang pekerja:
• diberi cuti sakit
• mengambil cuti tahunan
• menjalani tempoh hilang upaya sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952, atau
Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.
pekerja itu hendaklah diberi hari kelepasan am yang lain sebagai ganti.
3.6 Seseorang pekerja yang tidak hadir bekerja pada hari kerja sebelum atau selepas cuti
kelepasan am tanpa mendapat kebenaran daripada majikannya terlebih dahulu, tidak
berhak mendapat gaji bagi cuti kelepasan am kecuali ia mempunyai alasan yang
munasabah.
3.7 Kerja Pada Hari Kelepasan Am
Seseorang pekerja boleh dikehendaki bekerja oleh majikannya pada hari cuti kelepasan am
yang ditetapkan di bawah kontrak perkhidmatannya dan untuk kerja-kerja tersebut ia perlu
dibayar pada kadar tidak kurang daripada yang berikut :
• Pekerja bergaji bulanan, mingguan, harian, atau mengikut jam
= 2 X kadar gaji biasa (tambahan kepada gaji cuti kelepasan am). • Pekerja bergaji mengikut upah (piece rated)
=2X kadar upah biasa( tambahan kepada gaji cuti kelepasan am).
• Kerja Lebih masa (Overtime) bagi pekerja bulanan, mingguan, harian atau mengikut jam
= 3 X kadar gaji sejam.
• Kerja Lebih masa (Overtime) bagi pekerja bergaji mengikut kadar upah (piece rated)
= 3 X kadar upah biasa
3.8 Apabila seseorang pekerja bekerja pada hari cuti kelepasan am, ia berhak mendapat elaun
perjalanan jika elaun itu dikehendaki dibayar di bawah terma perjanjian dengan
majikannya, tetapi tidak berhak kepada kadar tambahan elaun perumahan atau elaun
makan.
3.9 Jika mana-mana cuti kelepasan am jatuh pada hari dimana pekerja bekerja 1/2 hari, kadar
gaji biasa hendaklah dibayar mengikut hari kerja penuh.
4. CUTI TAHUNAN
4.1. Seseorang pekerja berhak mendapat cuti tahunan minimum berasaskan tempoh
perkhidmatannya seperti berikut:-
• kurang 2 tahun - 8 hari setahun
• 2 tahun tapi kurang 5 tahun - 12 hari setahun
• 5 tahun atau lebih - 16 hari setahun
4.2. Seseorang pekerja yang tidak hadir bekerja tanpa kebenaran majikannya dan tanpa alasan
munasabah melebihi daripada 10 peratus daripada hari bekerja sepanjang l2 bulan
perkhidmatan secara berterusan, tidak berhak mendapat cuti tahunan bagi tempoh
tersebut.
4.3. Seseorang pekerja hendaklah mengambil cuti tahunannya tidak lewat daripada 12 bulan
selepas berakhirnya 12 bulan perkhidmatan berterusan, jika tidak cutinya akan luput. Jika
atas permintaan majikannya ia bersetuju secara bertulis untuk tidak mengambil cuti
tahunan tersebut ia hendaklah dibayar gaji ganti cuti tahunan.
4.4. Apabila seseorang pekerja yang sedang mengambil cuti tahunan kemudiannya berhak
mendapat cuti sakit atau cuti bersalin, cuti tahunan tersebut hendaklah dianggap sebagai
belum diambil.
4.5. Kadar bayaran cuti tahunan:
• Bayaran cuti tahunan hendaklah dibayar berasaskan kadar gaji biasa.
• Pekerja gaji bulanan dianggap telah menerima gali cuti tahunannya jika ia dibayar gaji
bulanan dengan penuh dalam bulan berkenaan.
5. CUTI SAKIT
5.1 Seseorang pekerja berhak mendapat cuti sakit minimum seperti berikut:-
• kurang 2 tahun - 14 hari setahun
• 2 tahun tapi kurang 5 tahun - 18 hari setahun
• 5 tahun atau lebih - 22 hari setahun
5.2. Cuti sakit dibawah 5.1 diatas termasuk cuti sakit yang diberi oleh Doktor Pergigian.
5.3. Seseorang pekerja berhak mendapat 60 hari cuti sakit secara agreget jika ia perlu
dimasukkan ke hospital. Jika pekerja mengambil cuti sakit di bawah (5.1), haknya ke atas 60
hari tersebut akan dikurangkan mengikut hari cuti sakit biasa yang diambil. Contoh:
• A telah mengambil 14 hari cuti sakit biasa. Oleh itu haknya untuk cuti sakit kerana
dimasukkan ke hospital ialah seperti berikut:-
Kelayakan cuti sakit kerana dimasukkan ke hospital = 60 hari
Jumlah cuti sakit biasa yang diambil = 14 hari
Baki cuti sakit kerana dimasukkan ke hospital = 46 hari
• Jika A telah dimasukkan ke hospital selama 60 hari dalam satu tahun kalendar, beliau tidak
lagi berhak kepada cuti sakit biasa.
5.4. Jika seseorang pekerja mengambil cuti sakit:
• tanpa pengesahan doktor, atau
• disahkan oleh seorang doktor tetapi ia gagal memberitahu majikan dalam tempoh 48
jam ia mula bercuti,
ia dianggap sebagai tidak hadir bekerja tanpa kebenaran majikannya dan tanpa alasan yang
munasabah.
5.5. Kadar bayaran cuti sakit bergaji ialah:
Jumlah hari cuti sakit X kadar gaji biasa
5.6. Seseorang pekerja tidak layak mendapat cuti sakit bergaji bagi tempoh ia menerima:
• elaun bersalin.
• pampasan kerana hilang upaya dibawah Akta Pampasan Pekerja, 1952.
• apa-apa bayaran berkala disebabkan hilangupaya sementara di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.
6. CUTI BERSALIN
Butir-butir mengenai cuti bersalin ada dijelaskan dibawah tajuk Penggajian Pekerja Wanita.

..:: apa salah aku ?? ::..

sedihnya hati aku
ye ar...
insan2 yg aku syg buang aku...
kwn aku buang aku...
pakwe aku...
kenapa ??


apa salah aku ??
besar sangat ke salah aku ??
aku makin tak paham isi hati manusia ni
dekat dua bulanla...
aku jadi macam org gile...
tak tentu arah...
nampak aje epi kat luar
tp kt dalam ??
aku je yg tau...


kenapa korang wat aku camni ??
ape salah aku ??
nape tak boleh bg aku bahagia
walaupun sekelumit ??
aku sedih dengan diri aku
semua orang buang aku


sampai sekarang aku fikir
apa salah aku ??
bukan kawan je...
orang yang aku sayang
sanjung
selama ni
buang aku...
apa salah aku ???
apa salah aku ???
apa salah aku ???


dah macam orang takde arah tuju je
yela sebab tanya apa salah diri sendiri
hari2 hati aku tak tenteram
apa salah aku ???


YA ALLAH !
apa salah hambaMU ini ???


aku cuba gembirakan hati ni
tapi ternyata tak boleh
TAK BOLEH !!!
tapi kenapa ???
sebab semua orang dah buang aku ke ??


kenapa waktu aku susah sorg pun takde ??
kenapa waktu aku susah sorg pun tak datang hulur tangan ???
kenapa ??


sedihnya aku tengok diri aku ni
sedih sangat2 !
sampai satu tahap
aku benci diri aku sendiri !
i hate myself !!
hate !
hate !
hate !
u know ??
hate !
i hate myself so much !!!
sebab takde sorg pun nak kwn ngan aku !!

mana perginya insan2 yg bergembira dengan aku ??
mana ??


mngkn aku tak layak utk hidup di samping korang
ye la...
aku kn manusia...
yg selalu wat silap
sebab tu org benci kat aku
benci sangat2 !

argghhhh !!!

Monday, September 12, 2011

..:: Tak LaraT ::..

sudah ku jangka memang perkara tu akan berlaku... bukan dari aku... tapi dari dia...
sampai betul ati dia wat camtu...
alasannya mudah !
sedara mara, family tau password & email
ingat aku ni bodo ke ape ??
nak tipu aku tak payah la bagi alasan yg tak munasabah
malah, munasarawak barangkali ??

aku tak sangka...
dia boleh tukar status dari relationship to single
ape salah aku ??
dia nak aku phm dia...
tp dlm mase yg same aku lak dia tak ley phm...
ape ni ???

mcm ni ke namanya sayang ??
macam ni ke namanya cinta ??
kalo betol dia jujur & ikhlas nakkan aku
dia takkan sekali-kali wat camtu !
nampak sangat dia sorg yg hipokrit !

org yg aku pnh syg...
pnh jth cinta...
sggp wat camni kat aku...
camne aku nak phm dia ??

hmm....
aku pun x tau nak wat keputusan !

ya ALLAH !
KAU tabahkanlah hati hambaMU ini
aku tak terdaya nak menghadapi ujian & dugaanMU
ya ALLAH !
memang benar dia bukan jodohku
kerana cara dia hendak menjauhkan diri dari aku
sedangkan hakikatnya
aku tengok dia selalu bertanya khabar kepadaku
apa lagi ujian ENGKAU selepas ni YA ALLAH ??
jiwaku sakit...
jiwa hambaMU ini sakit...
sorang... sorang pergi meninggalkan aku...
sampai aku tiada tempat untuk mengadu...
diriku hanya sebagai tempat persinggahan sementara...

biarlah aku membawa diri ini...
dari penderitaan yg aku lalui ini...
takde makna cinta & sayang lagi
dalam diri ini...
seseungguhnya, aku sangat terluka tatkala ini
sungguh !
kalau benar dia mencintaiku..
dia akn mengejarku
seperti dalam filem hindustan...
hero mengejar heroinnya yg sudah berada di dalam kereta api...

Friday, September 2, 2011

..:: Baraan Tahun 2011 ::..

selamat hari raya
aidilfitri mulia
kepada muslimin muslimat
hahahahahaha
tau x ni lagu ape ??
ni ar lagu selamat hari raya
nyanyian allahyarham sudirman...
ngee ~

semalam 02 september 2011
bersamaan 4 syawal
adalah satu sejarah baraan paling besar
antara aku & kawan2
sains sukan 2007
ngee~

alhamdulillah...
even lambat bermula (kul10)
dapat gak ktorg selesaikan
sampai kul8 malam...
ngee~

bermula di rumah cikgu syamin ismail
dengan 7 buah kereta...
haha !
dan berakhir di rumah nurlela
dengan 4 buah kereta
kitorrg dapat gak habiskan baraan tahun ni...
alhamdulillah...

memang meriahlah tahun ni...
setiap umah yg kitorang datang
mesti ada gelak tawanya
walaupun
keadaan yang memenatkan...

kesian kat akulah...
terpaksa skip dua buah rumah
coz ada hal yg tak dapat dielakkan...

1st
time kat umah noraleeza
hahaha
semat gak aku tido...
ade gk hikmahnye...

2nd
time nk g umah taqiuddin
aduh !
adik malik kena tahan polis
coz moto takde roadtax !
agak bengang la jugak...
hahahahahaha

tapi sekejap aje...

yang sedihnya
bezfren au tak dapat ikut...
hazimah kassim...

sampai sekarang tak ley bla
aku nak mencari umah humaidi
hahahahaha
nasib baiklah tak sesat...
boleh pulak bile kitorang jumpa
jentera padi
dia cakap
takpe itu semua ilusi...
hahahahahahaha

so...
aku hope taun depan dapat la beraya sama2 macam ni...
even aku maybe dah pindah tanjong karang
hahahahahaha

thanx kengkawan...
dapat gak kita bersama...
untuk tahun 2011...


dari kiri berdiri : suhana, jaleha, huda, fatiela, ain, elis, husnina, hidayah sofia, malik, man, faezi, amir, fitri, humaidi
dari kiri duduk : rahmat, nurlela, ismail, syamin, pae

Add by adverlets