KAWAN-KAWAN CIK AIN

Tuesday, January 14, 2014

..:: Laporan Refleksi Diri ::..









1.0       PENGENALAN
Sepanjang semester ini, saya telah banyak mempelajari apa yang dimaksudkan dengan lakonan awalan. Selama empat belas minggu saya berusaha mengubah diri saya daripada seorang yang pemalu kepada tidak malu. Sepanjang tempoh ini juga setiap minggu ada sahaja idea yang diolah oleh pensyarah, Puan Hanim untuk membentuk kerjasama antara kami. Selain itu, memberi fokus terhadap apa yang kami lakukan. Kelas pertama saya di dalam subjek ini sangat seronok dengan telatah rakan-rakan dan pensyarah.
            Semasa berada di dalam kelas En. Eddy, perkara pertama yang beliau ajar adalah teori yang berkaitan dengan teater. Teori yang beliau gunakan untuk pementasan kami adalah Stanislavsky. Kami juga diajar untuk melakukan imaginasi dalam satu situasi, iaitu situasi berada di sungai yang sejuk. Banyak juga perkara yang diajar oleh beliau semasa dalam kursus ini. Apa yang saya langsung tidak tahu, sekarang saya sudah tahu.
            Pada minggu kelima, kami diberi satu skrip dan memilih watak yang kami inginkan. Pada mulanya, pensyarah ingin membahagikan watak antara kami. Namun, akhirnya saya mendapat watak Serimah, iaitu seorang isteri yang sombong, belagak dan terlalu inginkan kemewahan. Bermulalah kerja rumah yang akan saya lakukan untuk melatih diri saya menjadi Serimah.

2.0       SKRIP READING
Teknik yang diperkenalkan:
2.1       Teknik Skrip Reading.
Pada mulanya, saya mendapat satu salinan skrip bagi lakonan bertajuk Rumah Lama Kampung Baru (RLKB). Kami diberi tempoh untuk baca, hafal dan faham skrip tersebut. Pada minggu seterusnya, kami diarah untuk membuat satu bulatan untuk membaca skrip tersebut bersama-sama.
Masalah yang telah saya hadapi:
ü  Tidak yakin untuk bersuara
Skrip yang saya dapat dalam watak saya adalahayat yang ringkas-ringkas dan mudah dihafal. Pada mulanya, saya malu untuk bersuara kerana saya berasa tidak yakin. Takut dimarahi oleh En. Eddy. Saya juga kurang faham situasi yang berlaku dalam cerita tersebut. dalam keadaan kelam kabut, saya boleh menurunkan emosi semua orang sehingga En. Eddy menegur saya.

ü  Sukar menjiwai watak Serimah
Pendapat saya, saya sangat sukar untuk menjiwai watak Serimah kerana Serimah bukanlah ada di dalam diri saya. Saya bukan seorang yang baran, mudah marah. Namun, semasa mendapat skrip dan watak ini, saya perlu kelihatan seperti Serimah yang sebenar kerana jiwa Serimah inginkan kemewahan. Selalu tidak puas hati dengan apa yang dimiliki. Saya berfikir, bolehkah saya bawa watak Serimah? Sedangkan saya sendiri tidak suka dengan Serimah.
Cara saya mengatasi masalah tersebut:
ü  Memahami skrip
Saya bertanya rakan, bagaimana ingin fahamkan situasi? Rakan mengajar saya satu persatu untuk faham dan hidupkan skrip tanpa mengubah maksud dalam ayat tersebut. Intonasi dan nada saya juga perlu berbeza dengan diri saya sebenar kerana saya seorang yang pemarah.

ü  Mendalami jiwa Serimah
Saya akui, bukanlah 100% saya dapat menjiwai watak Serimah kerana saya masih berasa segan terhadap umum apabila saya membawa watak sebegitu. Apa yang saya lakukan adalah, saya menonton cerita Tanggang Ayu yang dilakonkan oleh Izreen Arminda. Saya menjalani cerita tersebut dengan memahami situasi yang diinginkan oleh Ayu. Saya juga cuba untuk menjadi seperti Ayu. Bagi saya hanya 70% sahaja saya dapat menjadi Serimah dengan menonton watak Ayu tersebut. Kemudian, saya menonton pula cerita yang dilakonkan oleh Wan Sharmila untuk membawa watak ‘gedik’. Saya cuba untuk berperwatakan seperti itu.

Rumusan:
Mengenai latihan skrip reading ini, saya lambat untuk faham dialog saya. Saya juga cuba untuk membaca skrip saya berulang kali untuk membuat tiga situasi yang berbeza apabila tiba giliran untuk melepaskan dialog saya.

3.0       ANALISIS SKRIP
Teknik yang diperkenalkan:
3.1       Teknik Analisis Skrip.
Teknik ini merupakan satu teknik di mana seorang pelakon perlu memahami lakonan yang dilakukan adalah berbentuk seorang makcik, pakcik atau cikgu. Cara seseorang itu berjalan dalam cerita yang akan dimainkan.

Masalah yang telah saya hadapi:
ü  Kurang mempamerkan watak Serimah.
Setelah saya mengkaji apa yang Serimah inginkan, saya cuba untuk menjadi seperti Serimah. Cuba untuk memasukkan watak Serimah ke dalam diri saya agar apa yang saya lakukan adalah Serimah bukan diri saya sendiri. Saya masih berasa malu untuk membawa watak Serimah yang ‘gedik’.

Cara saya mengatasi masalah tersebut :
ü  Berlakon dengan skrip dan acting yang berulang kali.
Saya mengambil sedikit masa untuk membawa watak tersebut. Saya cuba untuk menyesuaikan diri dengan Nikman untuk membentuk keserasian antara kami. Saya juga menonton cerita Tanggang Ayu berulang kali bagi memastikan saya boleh menjadi seperti Ayu sambil saya mengeluarkan dialog saya seperti Serimah.

Rumusan :
ü  Bersama bantuan dan kritikan rakan-rakan, saya belajar menjadi seorang yang pemarah, suka cari pasal, suka bergaduh. Cara penampilan saya juga berbeza seperti yang rakan lain kenal.

4.0       PEMERHATIAN
Teknik yang diperkenalkan :
4.1  Teknik Pemerhatian
Teknik ini menerangkan bahawa sebagai pelakon perlu membuat pemerhatian sebagai homework dan perlu mengulangkaji pemerhatian tersebut. Saya membuat pemerhatian di Google Image dan You Tube bagi mendapat gambaran bagaimana keadaan Kampung Baru dulu dan sekarang.
Masalah yang telah saya hadapi :
ü  Masa yang lepas
Saya pernah mengunjungi rumah setinggan yang didiami oleh makcik saya di Kampung Abdullah Hukum. Kini rumah flat. Saya mengingati semula bagaimana keadaan penduduk di sekitar rumah setinggan itu. Namun, memori saya kurang jelas mengenai tempat setinggan itu.

Cara saya mengatasi masalah tersebut:
ü  Layari internet
Saya cuba melayari internet dengan membuat pemerhatian mengenai pemakaian yang demand bagi watak Serimah. Pemakaian yang seksi. Saya cuba untuk memakai pakaian yang demand juga. Selain itu, saya juga ada melayari internet dengan melihat keadaan rumah di Kampung Baru sekarang.
Rumusan:
Teknik ini juga mampu menjimatkan masa, tenaga dan wang bagi saya yang tiada wang sewaktu ini. Maka, saya menghabiskan masa saya selama beberapa hari untuk membuat pemerhatian mengenai pemakaian Serimah dan keadaan di Kampung Baru.

5.0       BLOCKING
Teknik yang diperkenalkan:
5.1       Teknik Blocking.
Teknik blocking dalam teater iaitu bermaksud menghalang, ‘ block’ . Ini semasa atas pentas, pelakon mesti sedar bahawa pentas itu macam mana. Hal ini, untuk memastikan penglihatan mata audiens  boleh nampak pelakon dengan jelas tanpa dihalangi oleh pelakon lain atau benda lain. Pelakon mesti sentiasa sedar bahawa mukanya, badannya boleh dilihat oleh penonton dan tanpa mempunyai sebarang halangan. Ini bermakna pelakon harus bermain dengan ruang untuk mengelakkan daripada dihalangi ataupun menghalangi pelakon lain. Misalnya, semasa pementasan RLKB, adegan bergaduh antara JJ dan Budin kerana ia melibatkan semua penduduk rumah sewa tersebut. Jadi, saya sebagai Serimah yang tiada apa untuk dilakukan perlu menjaga blocking saya semasa adegan pergaduhan tesebut.

Masalah yang telah saya hadapi :
ü  Sukar untuk mencari blocking
Semasa dalam lakonan, JJ dan Budin sering bertengkar kerana pinjam seluar sehingga koyak dan adegan bertumbuk bersama membuatkan saya sukar untuk mencari blocking daripada tiadak dapat dilihat oleh penonton. Saya ke kanan, Nikman ikut saya. Saya ke kiri ada orang di hadapan saya. Jadi, masalah blocking kerana terlalu ramai pelakon berada di pentas.

Cara saya mengatasi masalah tersebut:
ü  Mencari tempat yang sesuai.
Apa yang saya rasakan terbaik adalah saya berdiri sahaja di hadapan pintu rumah untuk tidak mengganggu proses blocking semasa pergaduhan berlaku. Oleh sebab tiada dialog yang saya katakan, saya perlulah menjaga blocking saya supaya penonton dapat melihat apa yang saya lakukan.


Rumusan:
Akibat ruang yang terhad, saya perlu pandai memain peranan semasa lakonan dijalankan. Hal ini, kerana penonton dapat melihat saya dan pelako lain dari atas sehingga bawah.

6.0       REHEARSAL
Teknik yang diperkenalkan:
6.1       Teknik rehearsal.
Kami membuat rehearsal yang berulang-ulang kali di atas pentas yang siap susun dengan alat-alat dan latarbelakang. Rehearsal ini menunjukkan kepada latihan untuk persembahan semasa kejadian. Ia meliputi pemakaian, lighting, audio, susunan props, ruangan atas pentas, masa masuk babak dan lain-lain. Kami telah membuat rehearsal sambil berlatih untuk eksploikan ruangan yang baru di bawah bimbingan pengarah
.
Masalah yang telah saya hadapi :
ü  Nada suara rendah
Ruangan dalam Panggung Budaya agak luas menyebabkan suara saya kurang didedangari apabila bersuara. Saya juga merasakan nada suara saya rendah. Saya tidak boleh menggunakan suara yang sebenar kerana ia akan mengganggu dialog saya dan tekak saya akan berasa sakit. Sebaliknya, saya menggunakan suara perut bagi tidak memenatkan diri dan lontaran suara saya.
Cara saya mengatasi masalah tersebut :
ü  Sebelum berlangsungnya pementasan tersebut, saya membuat warm up terlebih dahulu. Saya juga melakukan senaman mulut bagi memastikan apa yang saya lontarkan jelas, nyata dan terang dan mudah didengari oleh audien.

Rumusan :
Rehearsal ini boleh dikatakan latihan yang akhir bagi pementasan sebenar. Ia melibatkan semua perkara iaitu, pelakon, ruang, blocking, pakaian, lighting, audio, dan juga audiens. Sewaktu rehearsal, pelakon harus beranggap bahawa di hadapannya adalah  penonton. Penonton yang akan datang pada masa kejadian pementasan itu, jadi pelakon seharusnya memberi tenaga dan semangat sepenuhnya semasa rehearsal sambil menganggapan bahawa masa pementasan, itulah yang akan berlaku.

8.0       KESIMPULAN
Sepanjang empat belas minggu ini, saya mempelajari banyak perkara mengenai seni lakonan ini. Pada mulanya, saya berasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan minor seni tari, namun, mungkin ini adalah hikmah di mana saya mengambil minor seni teater. Apa yang saya harap adalah selepas ini saya tak mahu mendapat watak Serimah kerana disebabkan Serimah, saya dan kekasih mengalami masalah dalam hubungan kerana saya terlalu ikutkan sikap Serimah yang pemarah.
            Saya juga berasa seronok dalam melaksanakan teater ini kerana ia dapat mengubah karektor saya semasa saya mengajar nanti. Semasa saya bersama rakan-rakan atau bersama keluarga. Terima kasih juga buat tenaga pengajar yang mengajar saya mengenai lakonan awalan ini. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Add by adverlets