KAWAN-KAWAN CIK AIN

Tuesday, April 19, 2016

..:: RESEPI IKAN SIAKAP MASAM MANIS ::..



Seperti yang aku janjikan, aku nak post pasal resepi ikan siakap masam manis. Resepi ni aku tak tengok langsung kat google atau mana2 blogger sebab ini aku buat based on kata hati aku. Asalnya, aku pernah makan ikan ni kat 1 restoran kat sg besar. Nama restoran ni Mutiara Seafood. Jadi, aku ingat semula setiap rasa masakan ikan ni dalam mulut aku & aku modified semula dalam masakan aku... hehehe... terhasillah resepi siakap masam manis aku ni...



SIAKAP MASAM MANIS

BAHAN A:
1
Ekor ikan siakap
5
Sudu makan tepung ayam BESTARI (bawang putih)
10
Sudu makan tepung ayam BESTARI (original)
3
Sudu makan tepung beras
2
Biji telur ayam

Minyak masak untuk digoreng

Tepung gandum untuk merendam ikan




BAHAN B :
5
Biji bawang merah / 3 biji bawang besar
3
Ulas bawang putih
2
Helai daun limau purut
1
Batang serai
10
Sudu makan minyak masak




BAHAN C :
2
Batang serai (titik)
5
Sudu besar sos Thailand  /mae pranom thai sos
1
Sudu besar sos tiram
1
Sudu besar sos ikan
1
Sudu besar air nanas (tin) *kalau takde tukar gula
2
Keping asam keping *kalau tak suka boleh letak jus limau kasturi/purut/nipis

Sedikit air
1
Tin nanas
2
Biji tomato
5
Biji cili padi (tumbuk)

Sedikit garam

Daun sup & daun bawang sebagai hiasan




CARA-CARA MEMASAK:
1
Mula-mula sekali, saya akan ajar menggunakan bahan A.
2
Siang dan rendamkan ikan siakap dengan tepung gandum dalam masa 5 minit. Sementara itu panaskan minyak dengan api yang paling kecil.
*Saya suka panaskan minyak masa ikan tengah direndam sebab nanti akan dapat hasil yang ummpphhh !!! Tapi kalau tak yakin boleh panaskan minyak waktu tengah gaulkan ikan dengan tepung ya.
3
Kemudian, ambil 5 sudu makan tepung ayam BESTARI perisa bawang putih & 2 biji telur. Gaulkan hingga sebati.
*Yang ini option kalau nak guna tepung lain pun boleh tapi saya lebih suka guna tepung BESTARI.
4
Gaulkan bersama ikan siakap tadi.
*Kalau tepung masih tak sebati boleh tambah sedikit sahaja air.
5
Kemudian, ambil pula 10 sudu makan tepung ayam BESTARI perisa original. Yang ini tak perlu bancuh dengan air, cuma perlu gaulkan bersama ikan yang telah digaul dengan tepung & telur tadi.
*Tepung ini juga option nak guna tepung lain pun boleh.
*Kenapa saya salut 2x tepung? Sebab masa kita goring nanti akan dapat rangupnya itu dari ikan & tiada rasa hanyir pun dari ikan tu.
6
Goreng ikan siakap dalam minyak yang dah dipanaskan tadi.
*Cara saya nak tau minyak tu dah betul2 panas, saya campakkan sedikit tepung ikan tadi. Kalau dia kat permukaan minyak maknanya dah panas la tu.
7
Semasa ikan tengah digoreng, bolehlah sediakan Bahan B.
8
Hiris semua bahan B kecuali minyak masak.
9
Masukkan bahan B kat dalam blender.
10
Masukkan 10 sudu makan minyak masak dalam blender.
*Yang ini kalau nak sihat tak perlu banyak2 minyak masak tu.
*Kenapa saya tak guna air? Sebab nanti tak rasa jus dari bawang, serai, bawang putih tu.
11
Blender bahan B. Blender ala kadar, jangan bagi bahan hancur sangat sebab nanti jus dia tak rasa masa makan.
12
Semasa menunggu ikan masak / dibalik-balikkan, bolehlah tumis bahan B tadi.
13
Masukkan bahan B kat dalam kuali yang sedang panas. Tak perlu guna minyak sebab tadi masa blender dah pakai minyak.
14
Tumis bahan B hingga naik bau & kekuning-kuningan. Masukkan serai yang dah dititik.
15
Apabila dah kering, masukkan sedikit air ke dalam bahan tumis.
16
Masukkan asam keping.
*Kalau anda guna jus limau, anda perlu masukkan jus masa akhir nanti.
17
Masukkan sos Thailand yang mae pranom thai sos tu, sos ikan, sos tiram. Kacau.
18
Masukkan sedikit air nanas.
*Yang ini kena rasa. Ikut kemanisan yang korang nak sbb ada orang suka manis ada yg tak suka sangat.
19
Masukkan cili padi yang dah ditumbuk. Kalau nak pedas letaklah kalau tak nak tak perlu letak.
20
Masukkan tomato. Gaulkan seminit & tutup api.
21
Masukkan sedikit garam & gaul semula tanpa api. Dah siap sos.
*Kenapa saya masukkan garam last? Sebab garam akan jadi racun kalau masukkan awal2.
22
Ikan yang dah siap masak tadi masukkan dalam pinggan yang bersesuaian.
23
Siram sos kat atas ikan. Jangan tinggal sedikit pun.
24
Letak nanas, daun sup & daun limau purut sebagai hiasan.
25
Siap!




Ini bahagian badan ikan. Adik aku punya bahagian. Kepala & ekor tak sempat nak snap sbb mak abah aku dah makan dulu...

Sunday, March 27, 2016

..:: Aku Mahu Kurus Bhg 1 ::..

Assalamualaikum... and hai...

Dah lama sangat aku tak menaip kat blog aku ni... entry kali ni agak berlainan sedikit sebab aku akan story about kurus... macam mana aku boleh jadi kurus... kenapa aku nak kurus... dan sebagainya... 

1. Kenapa Aku Nak Kurus ???

Kawan2, kalau korang nak kurus sebab apa ya ??? sebab boleh pakai baju idaman korang ke ? sebab nak nampak cantik ke ? or apa2 aje ke ??? ok, aku nak kurus sebab aku SAKIT... sakit guys... korang nak tau aku sakit apa ??? 1st, aku ada tekanan darah tinggi. 2nd, aku disyaki paras gula yg terlalu tinggi. 3rd, aku mudah rasa goyang (sebab oksigen x sampai ke otak). Dan 4th, kolestrol aku tinggi. Korang bayangkan umur 24 tahun dah ada penyakit2 macam ni. Aku tak fikir pun semua ni. Apa yg aku fikir sedap melantak makan, makan, makan selagi boleh aku makanlah. Macam mana pulak aku boleh terasa nak kurus ??? Tahun lepas, 2015 awal Oktober tak silap aku. Aku & housemate praktikal aku pergi jungle trekking kat Taman Alam, Kuala Sgor. Lepas dari tu kami pun singgah makan kat food court Giant Kuala Sgor. Lepas makan dalam masa 30 minit aku pun pergilah try timbang2 berat badan aku kat Giant tu. Kan ada mesin timbang berat badan yg RM1 tu kan ? Aku pun try la. Aku fikir berat maintain 65kg. Sekali aku timbang amek kau !!! 72.6kg !!! Masa tu aku rasa nak nangis. Aku cakap pd diri aku "kenapa gemuk sangat ?" Bermulalah sesi tak puas hati pd diri aku. 72kg tu bg aku gemuk yg teramat ! Bermulalah sesi luahan perasaan antara aku dgn bf aku si Bob tu wei. Aku luahkan pada dia. Jawapan dia simple. "Control makan" "Exercise la". Biasalah lelaki kan... Lagi pun masa tu hubungan aku & Bob ni tak berapa nak ok. Hahaha. Bila aku tengok wajah aku kat cermin. WOW ! Triple chin kau ! Hahaha. Aku dah rasa tergugat. Takut pakwe lari cari perempuan lebih hot dari aku. Aku cakap sebab pernah terjadi. Jadinya, aku pun mengambil keputusan yg drastik untuk menurunkan berat badan aku semula kepada yg asal. Aku pun nak selim melim kan body shape aku ni ha supaya aku pakai baju tak nampak perut boyot. Umur aku 25 tahun lagi waktu tu. Muda lagi tapi gaya macam orang dah ada anak wei. Sebab aku pun tak menjaga penampilan aku sangat waktu tu. 25 tahun aku hidup baru aku dapat kesedaran untuk kurus & bergaya macam orang muda wei. Sumpah kelakar ! Bagi akulah. Jadi, apa yang berlaku ???? 

Tunggulah entry aku yg seterusnya. Macam mana aku boleh jadi kurus camni... okay korang... stay tuned... 



Monday, June 8, 2015

..:: Cara-cara Apabila Anda Dikutuk / Dipulau Oleh Kawan2 ::..

Assalamualaikum... salam sejahtera...

Hai uolls... hari ni Cik nak share satu perkara yang penting & apa yang Cik amalkan bila Cik sakit hati sangat2.. !!! Ini adalah based on my experiences... Yela.. dalam hidup ni tak semua orang suka kat kita dan tak semua orang kita suka... Ye dak ??? hahaha... Okay la... apa yang uolls kena buat bila dapat tahu uolls kena kutuk / kena pulau dek kawan2 uolls...

1) Berdiam diri / keep quiet / silent / zip your mouth

Kenapa Cik cakap camni? Sebab kalau uolls bising dok kecoh2 lagilah orang tak suka... Diam bukan bermaksud kita lemah... Tapi diam sebab kita malas nak layan kerenah dorang... Ada dua perkara yang uolls akan rasa waktu camni... Pertama, jika uolls diam orang akan cakap "eleh, takutlah tu, sebab tu diam"... Kedua, andai uolls bising melawan deme, deme akan dok kata cenggini,"eleh, dah salah nak tegakkan benang basah," Itu salah satulah dialog dorang yang uolls kena hadap... Diam salah, bukak mulut pun salah... Mana ada manusia yang puas hati dengan tindakan manusia lainkan? So, diam ajelah.......

2) Berdoa pada ALLAH / TUHAN

Kalau uolls beragama Islam mestilah kena ingat ALLAH sentiasa... bukan pada waktu susah je uolls... Bukan bila ada masalah baru nak ingat ALLAH... happy pun kena ingat ALLAH sebab bukan susah je ALLAH nak uji... time happy pun sama tau... okay la... selepas solat 5 waktu tu berdoalah... minta ALLAH lembutkan hati kita untuk memaafkan kawan2... minta ALLAH lembutkan hati kawan2 yang sakitkan hati kita... Kalau uolls buat dengan ikhlas, INSHAALLAH hati uolls akan tenang tau... luahkan semua kepada ALLAH... DIA memang akan dengar semua doa kita... Solat tu jangan tinggal pule..... Bacalah al-Quran sentiasa... hihihi

3) Ignore them / sibukkan diri
Bila dah sakit hati mesti akan terfikirkan ? Kengkadang sampai masuk dalam mimpi.. huhuhu... Tu la yang jadinya stress, tension, migrain dsb... Sibukkan diri kita dengan objek-objek yang kita ada ni... Kalau kita ada laptop dalam tu pulak ada cerita RM tengoklah, kasi gelak sikit.. hahaha... Abaikan je kawan2 uolls tu... Buat tak tau dengan dorang... Set kat minda uolls tu "korang tak nak kawan dengan aku ada lag orang nak kawan dengan aku" itu je... INSHAALLAH adalah orang lain yang akan datang kat uolls untuk berkawan dengan uollss...

4) Jangan sesekali cerita masalah pada orang

Yang ini amatlah penting!!! Ada kaitan dengan no.1... Ini adalah pengalaman Cik selama 25 tahun (2015)... Janganlah sesekali nak cerita masalah uolls ni pada kawan2 uolls... Lagi2 dengan makhluk yang kenal dengan kawan uolls yang dok mengata / pulaukan uolls... Nanti akan lagi gempaklah hidup uolls... Pergaduhan yang tak akan sampai hujungnya... Kalau nak cerita sangat ALLAH ada... emak ada... abah ada... adik-beradik kita ada... Pucuk pangkalnya janganlah uolls cerita pada kawan2... Kawan even BFF uolls sekalipun simpanlah 1% ketidakpercayaan pada mereka... Kenapa Cik tulis camni? Sebab Cik ada pengalaman... Bukan sekali tapi banyak kali... hehehe... Kalau uolss tiba2 dah tak sefahaman dengan BFF uolls jangan harap dia nak simpan dah rahsia uolls... Tapi kalau uolls dah percaya sangat terpulang... Ini hanyalah nasihat untuk uolls... hihihi...


Lagi satu nak habaq.. sabarlah dengan dugaan... One day, kawan yang mengata uolls tu mesti akan cari uolls balik... Dunia ni sentiasa berputar... Kalau 10 tahun pun... Mesti akan berkawan semula... Baru happy hidup uolls... Sentiasa maafkan mereka... OKaylah.. sampai sini saje entry Cik kali ini... Jumpa lagi di masa akan datang...

Thursday, July 17, 2014

::.. Style Cik Jaga Rambut ::..

ASSALAMUALAIKUM WBT
Ha... hari ni cik nak story sikit pasal penjagaan rambut & kulit kepala... Okay, selain daripada penjagaan muka, kita pun mestilah kena jaga benda2 yang lain contohnya penjagaan rambut... Untuk rambut cik takkan la nak upload pic tak bertudung dalam ni kan ??? tak boleh... haram sama sekali... Bercakap pasal penjagaan rambut ni, cik nak terus teranglah... cik bukan pro sangat pasal rambut... hahaha... dan cik tak bape nak fikir sangat rambut ni seperti cik fikir muka cik nak bagi sedap mata memandang... hehe ~

Okay la... bagi cik, penjagaan rambut ni mudah je... asal cik pakai syampu tu cik rasa ia sesuai dengan kulit kepala & rambut itu dah memadai... lagi pula cik tak pakai conditioner & serum rambut... cik cuma pakai syampu aje kawan2... seriously tau !!! mungkin sebab cik seorang yang bertudung... dan tabiat buruk cik ni suka tarik rambut gatal... hahaha... kalau kita cabut kompem kepala kita gatal tau... 

Syampu yang cik guna sekarang ni kawan2... syampu brand LOREAL yang warna purple tu... jap2 nak tunjuk...

Syampu sekarang guna
Okay kawan2... kat atas ni la syampu yang cik guna sekarang... harga pasaran RM11.90... boleh tahanlah sebab ni jenama yang perghhhhh !!! bagi cik pengguna syampu ni cik rasa wow !!!! rambut kita jadi wangi... rasa ringan je kepala ni... dan yang penting... dia akan mengeluarkan bau yang wangi kat kepala semasa bertudung... syampu ni jugak buat cik rasa rambut cik lembut... lagi 1, pakai loreal ni kan rasa rambut ni lembab je tau... tak rasa kering... nak tido pun tenang je sebab wangi je rambut...

Penjagaan untuk rambut rosak
Cik pernah guna syampu kat atas ni tapi tak boleh masuk sebab apa ??? sebab bila pakai rambut cik berminyak... tak tau la sebab apa... mungkin sebab tak sesuai... hihi...

Syampu ni tak tau fungsi apa tapi wangi
Cik pernah menggunakan rejoice juga tapi rasa macam tak puas hati tau... sebab apa ??? sebab bila pakai rambut cik jadi menggerbang macam Hantu Kak Limah tu... hahahaha... dah la rambut cik ni tebal... pakai rejoice ni buat lagi tebal rambut... so, bila rambut ni kering jedi menggerbanglah dia... hahaha... tapi bau dia sedap... manis je... 

Ni lagi satu produk yang dah tak pandang langsung
Okay kawan2... bukan cik angkuh... tapi bila pergi kedai cik memang tak pandang pun pantene ni... hahaha... cik juga pernah pakai syampu ni tapi sekejap aje sebab... bila pakai rambut cik jadi keras... ouh my ~~~ kenapa sampai jadi camni ??? so stop cari yang lain... hehe

Tipulah remaja tak pernah pakai ni
Masa zaman kegemilangan dulu, cik pakai brand ni... brand ni memang lamalah cik pakai... cik pakai yang warna hijau tapi seriously kan bau dia takdelah sekuat rejoice & loreal... pakai tudung pun boleh bau lagi... hahahaha... sorry pada pengguna tegar sunsilk.... cik pakai ni masa zaman muda2 dulu... sekarang muda jugak... kenapa cik bernhenti pakai ni ??? sebab susah nak cari sunsilk yang cam kat atas ni dekat tempat cik... kat tempat lain pernah jumpa... tapi kan takkan lah sebab tempat lain ada jenis ni cik kena turun pergi tempat tu tiap kali habis syampu ??? macam tak berbaloi aje... hahaha... 

Sekarang ni syampu yang cik pakai adalah Loreal... kalau rasa takde bajet... cik akan beli rejoice... dua syampu ni lah bagi cik memang okay dengan cik yang senang berpeluh apabila ada aktiviti lasak... cuma rejoice tu la kan... menggerbangkan rambut cik yang cun melecun ni... hahaha... asalkan kurang rambut gugur... bukan takde langsung rambut gugur tapi kurang... 

Ada kawan tanya camne cik boleh luruskan rambut cik yang dulunya kerinting macam maggi ??? tapi takdelah lurus mana pun... ikal mayang je pun... ha.... cik pernah diejek oleh kawan yang rambut cik ni tak lawa macam maggi tau... kesian cik... apa yang cik lakukan adalah selepas mandi sikat rambut... tapikan orang cakap tak elok sikat rambut masa rambut basah... cik dalam hati cakaplah "aku peduli apa ??? bukan rambut kau" hahahaha.... memang betul... lepas mandi cik akan sikat rambut... boleh dijadikan rutin... memang cik keraplah sikat... tengah borak2 dengan kawan pun sikat rambut walau rambut cik masih lembab...

Lepas tu, bila cik rajin masa cik mandi tu... cik syampu rambut... semasa cik menyampu rambut cik akan biarkan dalam 5 minit gitu... pastu cik amek sikat... cik sikat rambut yang masih ada syampu.. ha... masa tu kawan2 nak tau... banyaklah rambut2 yang gugur dari kulit kepala... tu rambut memang tak elok dah... sebab tu dia gugur... masa mandi pun cik sikat rambut cik... lepas daripada itulah rambut cik jadi ikal mayang... tak kerinting macam dulu... hehe ~ make sure sikat tu jarang2 gigi dia ek...

Lagi satu, habit cik adalah kerap potong rambut... ni memang habit cik... sebab cik tak suka rambut panjang2... pernah satu ketika rambut cik panjang... cik potong... dapat rambut baru... potong... boleh dikatakan setahun sekali jugaklah cik potong... tak percaya ??? akhir tahun ni cik akan potong rambut k... hahahaha...

Kesimpulannya, bagi cik la kan... asal cik punya rambut ni tak kusut... rambut cik ni tak gugur bila ditarik... alhamdulillah... banyak syampu cik pernah pakai... kat atas tadi tu la antara yang kerap dipakai... hehe ~
Okay kawan2... sampai sini aje lah entry yang cik taio dan share... jumpa lagi... tata (^_^)

Sunday, April 20, 2014

..:: SeLamat Hari Lahir piJoL ::..

Hai kawan2 !!!! Cik hepi sangat semalam... Semalamkan Cik sambut bufday bff Cik... a.k.a pakwe Cik la senang... Cik tak sangka dia punya reaksi muka masa mula2 sampai terkejut... hahaha... Apa2 pun enjoy the part okay...


Inilah kek bufday si pijOl... cokelat vanila... sedap... rege dia RM31.00 !!!

Masa ni lepas kena baling telur... kesiannnn..... pijoL ni tetap cover macho...

Ni kawan2 yg tolong bakarkan sate... tQ

Sate yg sudah siap dibakar... jumlah 300 cucuk pakai 3 ekor ayam...

Juadah selera yg lain...

Ini housemate Cik... ada lagi 2 orang takde dalam senarai...

Ini mangsa... berehat sebentar... hahaha

Insan2 yg membuat rempah sate... Memang sedap sate dorg !!

Si PijoL ni nak balik... katanya tak selesa... b4 balik sempat bergambar...





Thanx a lot to my frens yg byk tolong untuk surprisekan dia... semoga ALLAH akan balas jasa kalian... (^_^)

Add by adverlets