KAWAN-KAWAN CIK AIN

Tuesday, April 19, 2016

..:: RESEPI IKAN SIAKAP MASAM MANIS ::..



Seperti yang aku janjikan, aku nak post pasal resepi ikan siakap masam manis. Resepi ni aku tak tengok langsung kat google atau mana2 blogger sebab ini aku buat based on kata hati aku. Asalnya, aku pernah makan ikan ni kat 1 restoran kat sg besar. Nama restoran ni Mutiara Seafood. Jadi, aku ingat semula setiap rasa masakan ikan ni dalam mulut aku & aku modified semula dalam masakan aku... hehehe... terhasillah resepi siakap masam manis aku ni...



SIAKAP MASAM MANIS

BAHAN A:
1
Ekor ikan siakap
5
Sudu makan tepung ayam BESTARI (bawang putih)
10
Sudu makan tepung ayam BESTARI (original)
3
Sudu makan tepung beras
2
Biji telur ayam

Minyak masak untuk digoreng

Tepung gandum untuk merendam ikan




BAHAN B :
5
Biji bawang merah / 3 biji bawang besar
3
Ulas bawang putih
2
Helai daun limau purut
1
Batang serai
10
Sudu makan minyak masak




BAHAN C :
2
Batang serai (titik)
5
Sudu besar sos Thailand  /mae pranom thai sos
1
Sudu besar sos tiram
1
Sudu besar sos ikan
1
Sudu besar air nanas (tin) *kalau takde tukar gula
2
Keping asam keping *kalau tak suka boleh letak jus limau kasturi/purut/nipis

Sedikit air
1
Tin nanas
2
Biji tomato
5
Biji cili padi (tumbuk)

Sedikit garam

Daun sup & daun bawang sebagai hiasan




CARA-CARA MEMASAK:
1
Mula-mula sekali, saya akan ajar menggunakan bahan A.
2
Siang dan rendamkan ikan siakap dengan tepung gandum dalam masa 5 minit. Sementara itu panaskan minyak dengan api yang paling kecil.
*Saya suka panaskan minyak masa ikan tengah direndam sebab nanti akan dapat hasil yang ummpphhh !!! Tapi kalau tak yakin boleh panaskan minyak waktu tengah gaulkan ikan dengan tepung ya.
3
Kemudian, ambil 5 sudu makan tepung ayam BESTARI perisa bawang putih & 2 biji telur. Gaulkan hingga sebati.
*Yang ini option kalau nak guna tepung lain pun boleh tapi saya lebih suka guna tepung BESTARI.
4
Gaulkan bersama ikan siakap tadi.
*Kalau tepung masih tak sebati boleh tambah sedikit sahaja air.
5
Kemudian, ambil pula 10 sudu makan tepung ayam BESTARI perisa original. Yang ini tak perlu bancuh dengan air, cuma perlu gaulkan bersama ikan yang telah digaul dengan tepung & telur tadi.
*Tepung ini juga option nak guna tepung lain pun boleh.
*Kenapa saya salut 2x tepung? Sebab masa kita goring nanti akan dapat rangupnya itu dari ikan & tiada rasa hanyir pun dari ikan tu.
6
Goreng ikan siakap dalam minyak yang dah dipanaskan tadi.
*Cara saya nak tau minyak tu dah betul2 panas, saya campakkan sedikit tepung ikan tadi. Kalau dia kat permukaan minyak maknanya dah panas la tu.
7
Semasa ikan tengah digoreng, bolehlah sediakan Bahan B.
8
Hiris semua bahan B kecuali minyak masak.
9
Masukkan bahan B kat dalam blender.
10
Masukkan 10 sudu makan minyak masak dalam blender.
*Yang ini kalau nak sihat tak perlu banyak2 minyak masak tu.
*Kenapa saya tak guna air? Sebab nanti tak rasa jus dari bawang, serai, bawang putih tu.
11
Blender bahan B. Blender ala kadar, jangan bagi bahan hancur sangat sebab nanti jus dia tak rasa masa makan.
12
Semasa menunggu ikan masak / dibalik-balikkan, bolehlah tumis bahan B tadi.
13
Masukkan bahan B kat dalam kuali yang sedang panas. Tak perlu guna minyak sebab tadi masa blender dah pakai minyak.
14
Tumis bahan B hingga naik bau & kekuning-kuningan. Masukkan serai yang dah dititik.
15
Apabila dah kering, masukkan sedikit air ke dalam bahan tumis.
16
Masukkan asam keping.
*Kalau anda guna jus limau, anda perlu masukkan jus masa akhir nanti.
17
Masukkan sos Thailand yang mae pranom thai sos tu, sos ikan, sos tiram. Kacau.
18
Masukkan sedikit air nanas.
*Yang ini kena rasa. Ikut kemanisan yang korang nak sbb ada orang suka manis ada yg tak suka sangat.
19
Masukkan cili padi yang dah ditumbuk. Kalau nak pedas letaklah kalau tak nak tak perlu letak.
20
Masukkan tomato. Gaulkan seminit & tutup api.
21
Masukkan sedikit garam & gaul semula tanpa api. Dah siap sos.
*Kenapa saya masukkan garam last? Sebab garam akan jadi racun kalau masukkan awal2.
22
Ikan yang dah siap masak tadi masukkan dalam pinggan yang bersesuaian.
23
Siram sos kat atas ikan. Jangan tinggal sedikit pun.
24
Letak nanas, daun sup & daun limau purut sebagai hiasan.
25
Siap!




Ini bahagian badan ikan. Adik aku punya bahagian. Kepala & ekor tak sempat nak snap sbb mak abah aku dah makan dulu...

3 comments:

Add by adverlets