KAWAN-KAWAN CIK AIN

Tuesday, April 19, 2016

..:: RESEPI IKAN SIAKAP MASAM MANIS ::..



Seperti yang aku janjikan, aku nak post pasal resepi ikan siakap masam manis. Resepi ni aku tak tengok langsung kat google atau mana2 blogger sebab ini aku buat based on kata hati aku. Asalnya, aku pernah makan ikan ni kat 1 restoran kat sg besar. Nama restoran ni Mutiara Seafood. Jadi, aku ingat semula setiap rasa masakan ikan ni dalam mulut aku & aku modified semula dalam masakan aku... hehehe... terhasillah resepi siakap masam manis aku ni...



SIAKAP MASAM MANIS

BAHAN A:
1
Ekor ikan siakap
5
Sudu makan tepung ayam BESTARI (bawang putih)
10
Sudu makan tepung ayam BESTARI (original)
3
Sudu makan tepung beras
2
Biji telur ayam

Minyak masak untuk digoreng

Tepung gandum untuk merendam ikan




BAHAN B :
5
Biji bawang merah / 3 biji bawang besar
3
Ulas bawang putih
2
Helai daun limau purut
1
Batang serai
10
Sudu makan minyak masak




BAHAN C :
2
Batang serai (titik)
5
Sudu besar sos Thailand  /mae pranom thai sos
1
Sudu besar sos tiram
1
Sudu besar sos ikan
1
Sudu besar air nanas (tin) *kalau takde tukar gula
2
Keping asam keping *kalau tak suka boleh letak jus limau kasturi/purut/nipis

Sedikit air
1
Tin nanas
2
Biji tomato
5
Biji cili padi (tumbuk)

Sedikit garam

Daun sup & daun bawang sebagai hiasan




CARA-CARA MEMASAK:
1
Mula-mula sekali, saya akan ajar menggunakan bahan A.
2
Siang dan rendamkan ikan siakap dengan tepung gandum dalam masa 5 minit. Sementara itu panaskan minyak dengan api yang paling kecil.
*Saya suka panaskan minyak masa ikan tengah direndam sebab nanti akan dapat hasil yang ummpphhh !!! Tapi kalau tak yakin boleh panaskan minyak waktu tengah gaulkan ikan dengan tepung ya.
3
Kemudian, ambil 5 sudu makan tepung ayam BESTARI perisa bawang putih & 2 biji telur. Gaulkan hingga sebati.
*Yang ini option kalau nak guna tepung lain pun boleh tapi saya lebih suka guna tepung BESTARI.
4
Gaulkan bersama ikan siakap tadi.
*Kalau tepung masih tak sebati boleh tambah sedikit sahaja air.
5
Kemudian, ambil pula 10 sudu makan tepung ayam BESTARI perisa original. Yang ini tak perlu bancuh dengan air, cuma perlu gaulkan bersama ikan yang telah digaul dengan tepung & telur tadi.
*Tepung ini juga option nak guna tepung lain pun boleh.
*Kenapa saya salut 2x tepung? Sebab masa kita goring nanti akan dapat rangupnya itu dari ikan & tiada rasa hanyir pun dari ikan tu.
6
Goreng ikan siakap dalam minyak yang dah dipanaskan tadi.
*Cara saya nak tau minyak tu dah betul2 panas, saya campakkan sedikit tepung ikan tadi. Kalau dia kat permukaan minyak maknanya dah panas la tu.
7
Semasa ikan tengah digoreng, bolehlah sediakan Bahan B.
8
Hiris semua bahan B kecuali minyak masak.
9
Masukkan bahan B kat dalam blender.
10
Masukkan 10 sudu makan minyak masak dalam blender.
*Yang ini kalau nak sihat tak perlu banyak2 minyak masak tu.
*Kenapa saya tak guna air? Sebab nanti tak rasa jus dari bawang, serai, bawang putih tu.
11
Blender bahan B. Blender ala kadar, jangan bagi bahan hancur sangat sebab nanti jus dia tak rasa masa makan.
12
Semasa menunggu ikan masak / dibalik-balikkan, bolehlah tumis bahan B tadi.
13
Masukkan bahan B kat dalam kuali yang sedang panas. Tak perlu guna minyak sebab tadi masa blender dah pakai minyak.
14
Tumis bahan B hingga naik bau & kekuning-kuningan. Masukkan serai yang dah dititik.
15
Apabila dah kering, masukkan sedikit air ke dalam bahan tumis.
16
Masukkan asam keping.
*Kalau anda guna jus limau, anda perlu masukkan jus masa akhir nanti.
17
Masukkan sos Thailand yang mae pranom thai sos tu, sos ikan, sos tiram. Kacau.
18
Masukkan sedikit air nanas.
*Yang ini kena rasa. Ikut kemanisan yang korang nak sbb ada orang suka manis ada yg tak suka sangat.
19
Masukkan cili padi yang dah ditumbuk. Kalau nak pedas letaklah kalau tak nak tak perlu letak.
20
Masukkan tomato. Gaulkan seminit & tutup api.
21
Masukkan sedikit garam & gaul semula tanpa api. Dah siap sos.
*Kenapa saya masukkan garam last? Sebab garam akan jadi racun kalau masukkan awal2.
22
Ikan yang dah siap masak tadi masukkan dalam pinggan yang bersesuaian.
23
Siram sos kat atas ikan. Jangan tinggal sedikit pun.
24
Letak nanas, daun sup & daun limau purut sebagai hiasan.
25
Siap!




Ini bahagian badan ikan. Adik aku punya bahagian. Kepala & ekor tak sempat nak snap sbb mak abah aku dah makan dulu...

Sunday, March 27, 2016

..:: Aku Mahu Kurus Bhg 1 ::..

Assalamualaikum... and hai...

Dah lama sangat aku tak menaip kat blog aku ni... entry kali ni agak berlainan sedikit sebab aku akan story about kurus... macam mana aku boleh jadi kurus... kenapa aku nak kurus... dan sebagainya... 

1. Kenapa Aku Nak Kurus ???

Kawan2, kalau korang nak kurus sebab apa ya ??? sebab boleh pakai baju idaman korang ke ? sebab nak nampak cantik ke ? or apa2 aje ke ??? ok, aku nak kurus sebab aku SAKIT... sakit guys... korang nak tau aku sakit apa ??? 1st, aku ada tekanan darah tinggi. 2nd, aku disyaki paras gula yg terlalu tinggi. 3rd, aku mudah rasa goyang (sebab oksigen x sampai ke otak). Dan 4th, kolestrol aku tinggi. Korang bayangkan umur 24 tahun dah ada penyakit2 macam ni. Aku tak fikir pun semua ni. Apa yg aku fikir sedap melantak makan, makan, makan selagi boleh aku makanlah. Macam mana pulak aku boleh terasa nak kurus ??? Tahun lepas, 2015 awal Oktober tak silap aku. Aku & housemate praktikal aku pergi jungle trekking kat Taman Alam, Kuala Sgor. Lepas dari tu kami pun singgah makan kat food court Giant Kuala Sgor. Lepas makan dalam masa 30 minit aku pun pergilah try timbang2 berat badan aku kat Giant tu. Kan ada mesin timbang berat badan yg RM1 tu kan ? Aku pun try la. Aku fikir berat maintain 65kg. Sekali aku timbang amek kau !!! 72.6kg !!! Masa tu aku rasa nak nangis. Aku cakap pd diri aku "kenapa gemuk sangat ?" Bermulalah sesi tak puas hati pd diri aku. 72kg tu bg aku gemuk yg teramat ! Bermulalah sesi luahan perasaan antara aku dgn bf aku si Bob tu wei. Aku luahkan pada dia. Jawapan dia simple. "Control makan" "Exercise la". Biasalah lelaki kan... Lagi pun masa tu hubungan aku & Bob ni tak berapa nak ok. Hahaha. Bila aku tengok wajah aku kat cermin. WOW ! Triple chin kau ! Hahaha. Aku dah rasa tergugat. Takut pakwe lari cari perempuan lebih hot dari aku. Aku cakap sebab pernah terjadi. Jadinya, aku pun mengambil keputusan yg drastik untuk menurunkan berat badan aku semula kepada yg asal. Aku pun nak selim melim kan body shape aku ni ha supaya aku pakai baju tak nampak perut boyot. Umur aku 25 tahun lagi waktu tu. Muda lagi tapi gaya macam orang dah ada anak wei. Sebab aku pun tak menjaga penampilan aku sangat waktu tu. 25 tahun aku hidup baru aku dapat kesedaran untuk kurus & bergaya macam orang muda wei. Sumpah kelakar ! Bagi akulah. Jadi, apa yang berlaku ???? 

Tunggulah entry aku yg seterusnya. Macam mana aku boleh jadi kurus camni... okay korang... stay tuned... 



Add by adverlets