KAWAN-KAWAN CIK AIN

Friday, September 16, 2011

..:: Akta Cuti Pekerja ::..

1. PENGENALAN
1.1 Setiap pekerja adalah berhak kepada sejumlah hari cuti minimum di bawah kontrak
perkhidmatannya seperti yang ditentukan di bawah Akta Kerja, 1955.
1.2 Jenis-jenis cuti yang terdapat di dalam Akta tersebut ialah :-
• Cuti Rehat Mingguan
• Cuti Rehat Mingguan
• Cuti Tahunan
• Cuti Sakit
• Cuti Bersalin
2. CUTI REHAT MINGGUAN
2.1 Setiap pekerja adalah berhak kepada satu hari cuti rehat dalam setiap minggu yang akan
ditetapkan oleh majikan. Dimana seseorang pekerja diberi lebih daripada satu hari cuti rehat
dalam seminggu, hari kedua daripada hari-hari tersebut akan dianggap sebagai hari rehat
bagi tujuan Akta ini.
2.2 Seseorang majikan dikehendaki menyediakan suatu jadual giliran memberitahu setiap
pekerja tentang hari cuti rehatnya pada awal setiap bulan. Walaubagaimanapun satu notis
hendaklah dipamirkan di suatu tempat yang mudah dilihat di tempat pekerjaan sekiranya
hari yang sama dalam setiap minggu dipilih sebagai hari cuti rehat untuk semua pekerja.
2.3 Dalam keadaan biasa, pengumpulan cuti rehat adalah tidak dibenarkan. Walau
bagaimanapun, dalam keadaan tertentu (misalnya;tempat pekerjaan adalah jauh di
pedalaman dan perjalanan balik ke kediaman mengambil masa yang lama) majikan boleh
memohon kelulusan daripada Menteri Sumber Manusia bagi membolehkan seseorang
pekerja mengumpul cuti rehatnya bagi bulan itu.
2.4 Bagi seorang pekerja syif suatu tempoh rehat selama 30 jam berterusan boleh dianggap
sebagai 1 hari cuti rehat.
2.5 Kelayakan cuti rehat tidak terpakai dalam tempoh seseorang pekerja itu:
• sedang cuti bersalin
• mendapat cuti sakit
• mengalami hilang upaya sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau Akta
Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.
2.6 Seseorang pekerja boleh dikehendaki oleh majikannya bekerja pada hari cuti rehat dalam
keadaan-keadaan berikut:-
• Dimana beliau diambil khidmat dalam pekerjaan yang perlu dijalankan terus-menerus
dalam 2 syif atau lebih.
• Kemalangan di tempat pekerjaan samada berlaku atau dijangka berlaku;
• Kerja-kerja atas kepentingan masyarakat;
• Kerja-kerja penting untuk pertahanan dan keselamatan negara;
• Kerja-kerja segera yang perlu dilakukan keatas sesebuah jentera;
• Gangguan kerja diluar jangka; Kerja-kerja penting untuk ekonomi negara;
• Kerja-kerja dalam perkhidmatan perlu seperti TNB, hospital dan lain-lain;
2.7 Kerja pada hari cuti rehat mingguan
Seseorang pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari cuti rehat hendaklah dibayar tidak
kurang daripada kadar berikut:- 2.7.1 Pekerja bergaji hari atau mengikut kiraan jam:
Jika bekerja kurang daripada 1/2 waktu kerja biasa = 1 X kadar gaji biasa.Jika bekerja
melebihi 1/2 daripada waktu kerja biasa = 2 X kadar gaji biasa
2.7.2 Pekerja bergaji bulan:
• Jika bekerja kurang dari 1/2 waktu kerja biasa = 1/2 X kadar gaji biasa
• Jika bekerja melebihi 1/2 waktu kerja biasa = 1 X kadar gaji biasa
2.7.3 Pekerja bergaji mengikut upah:
• Pekerja bergaji mengikut upah (piece rated) = 2 X kadar upah biasa
2.8 Kadar bayaran kerja lebih masa yang dilakukan pada hari cuti rehat ialah 2 kali kadar gaji
sejam atau 2 kali kadar upah.
3. CUTI KELEPASAN AM
3.1 Setiap pekerja berhak mendapat 10 hari cuti kelepasan am bagi setiap tahun kalendar yang
dipilih daripada semua cuti kelepasan am yang diwartakan untuk tahun itu.
3.2 10 hari yang tersebut mestilah termasuk empat hari yang berikut:-
• Hari Kebangsaan
• Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong
• Hari Keputeraan Sultan atau Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah Persekutuan
• Hari perayaan Pekerja
3.3 Baki 6 hari yang lain boleh dipilih oleh majikan dan hari-hari tersebut ke kemudiannya
hanya boleh ditukar ganti dengan persetujuan pekerja. Majikan mesti mempamirkan satu
notis di tempat pekerjaan menyatakan 6 hari yang dipilih tersebut sebelum bermulanya
setiap tahun kalendar yang berkenaan.
3.4 Jika cuti kelepasan am jatuh pada hari cuti rehat mingguan, hari kerja berikutnya bagi
seseorang pekerja hendaklah digantikan sebagai hari kelepasan am bergaji.
3.5 Jika hari kelepasan am atau hari yang diganti seperti di perenggan 3.3 di atas jatuh semasa
tempoh seseorang pekerja:
• diberi cuti sakit
• mengambil cuti tahunan
• menjalani tempoh hilang upaya sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952, atau
Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.
pekerja itu hendaklah diberi hari kelepasan am yang lain sebagai ganti.
3.6 Seseorang pekerja yang tidak hadir bekerja pada hari kerja sebelum atau selepas cuti
kelepasan am tanpa mendapat kebenaran daripada majikannya terlebih dahulu, tidak
berhak mendapat gaji bagi cuti kelepasan am kecuali ia mempunyai alasan yang
munasabah.
3.7 Kerja Pada Hari Kelepasan Am
Seseorang pekerja boleh dikehendaki bekerja oleh majikannya pada hari cuti kelepasan am
yang ditetapkan di bawah kontrak perkhidmatannya dan untuk kerja-kerja tersebut ia perlu
dibayar pada kadar tidak kurang daripada yang berikut :
• Pekerja bergaji bulanan, mingguan, harian, atau mengikut jam
= 2 X kadar gaji biasa (tambahan kepada gaji cuti kelepasan am). • Pekerja bergaji mengikut upah (piece rated)
=2X kadar upah biasa( tambahan kepada gaji cuti kelepasan am).
• Kerja Lebih masa (Overtime) bagi pekerja bulanan, mingguan, harian atau mengikut jam
= 3 X kadar gaji sejam.
• Kerja Lebih masa (Overtime) bagi pekerja bergaji mengikut kadar upah (piece rated)
= 3 X kadar upah biasa
3.8 Apabila seseorang pekerja bekerja pada hari cuti kelepasan am, ia berhak mendapat elaun
perjalanan jika elaun itu dikehendaki dibayar di bawah terma perjanjian dengan
majikannya, tetapi tidak berhak kepada kadar tambahan elaun perumahan atau elaun
makan.
3.9 Jika mana-mana cuti kelepasan am jatuh pada hari dimana pekerja bekerja 1/2 hari, kadar
gaji biasa hendaklah dibayar mengikut hari kerja penuh.
4. CUTI TAHUNAN
4.1. Seseorang pekerja berhak mendapat cuti tahunan minimum berasaskan tempoh
perkhidmatannya seperti berikut:-
• kurang 2 tahun - 8 hari setahun
• 2 tahun tapi kurang 5 tahun - 12 hari setahun
• 5 tahun atau lebih - 16 hari setahun
4.2. Seseorang pekerja yang tidak hadir bekerja tanpa kebenaran majikannya dan tanpa alasan
munasabah melebihi daripada 10 peratus daripada hari bekerja sepanjang l2 bulan
perkhidmatan secara berterusan, tidak berhak mendapat cuti tahunan bagi tempoh
tersebut.
4.3. Seseorang pekerja hendaklah mengambil cuti tahunannya tidak lewat daripada 12 bulan
selepas berakhirnya 12 bulan perkhidmatan berterusan, jika tidak cutinya akan luput. Jika
atas permintaan majikannya ia bersetuju secara bertulis untuk tidak mengambil cuti
tahunan tersebut ia hendaklah dibayar gaji ganti cuti tahunan.
4.4. Apabila seseorang pekerja yang sedang mengambil cuti tahunan kemudiannya berhak
mendapat cuti sakit atau cuti bersalin, cuti tahunan tersebut hendaklah dianggap sebagai
belum diambil.
4.5. Kadar bayaran cuti tahunan:
• Bayaran cuti tahunan hendaklah dibayar berasaskan kadar gaji biasa.
• Pekerja gaji bulanan dianggap telah menerima gali cuti tahunannya jika ia dibayar gaji
bulanan dengan penuh dalam bulan berkenaan.
5. CUTI SAKIT
5.1 Seseorang pekerja berhak mendapat cuti sakit minimum seperti berikut:-
• kurang 2 tahun - 14 hari setahun
• 2 tahun tapi kurang 5 tahun - 18 hari setahun
• 5 tahun atau lebih - 22 hari setahun
5.2. Cuti sakit dibawah 5.1 diatas termasuk cuti sakit yang diberi oleh Doktor Pergigian.
5.3. Seseorang pekerja berhak mendapat 60 hari cuti sakit secara agreget jika ia perlu
dimasukkan ke hospital. Jika pekerja mengambil cuti sakit di bawah (5.1), haknya ke atas 60
hari tersebut akan dikurangkan mengikut hari cuti sakit biasa yang diambil. Contoh:
• A telah mengambil 14 hari cuti sakit biasa. Oleh itu haknya untuk cuti sakit kerana
dimasukkan ke hospital ialah seperti berikut:-
Kelayakan cuti sakit kerana dimasukkan ke hospital = 60 hari
Jumlah cuti sakit biasa yang diambil = 14 hari
Baki cuti sakit kerana dimasukkan ke hospital = 46 hari
• Jika A telah dimasukkan ke hospital selama 60 hari dalam satu tahun kalendar, beliau tidak
lagi berhak kepada cuti sakit biasa.
5.4. Jika seseorang pekerja mengambil cuti sakit:
• tanpa pengesahan doktor, atau
• disahkan oleh seorang doktor tetapi ia gagal memberitahu majikan dalam tempoh 48
jam ia mula bercuti,
ia dianggap sebagai tidak hadir bekerja tanpa kebenaran majikannya dan tanpa alasan yang
munasabah.
5.5. Kadar bayaran cuti sakit bergaji ialah:
Jumlah hari cuti sakit X kadar gaji biasa
5.6. Seseorang pekerja tidak layak mendapat cuti sakit bergaji bagi tempoh ia menerima:
• elaun bersalin.
• pampasan kerana hilang upaya dibawah Akta Pampasan Pekerja, 1952.
• apa-apa bayaran berkala disebabkan hilangupaya sementara di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.
6. CUTI BERSALIN
Butir-butir mengenai cuti bersalin ada dijelaskan dibawah tajuk Penggajian Pekerja Wanita.

No comments:

Post a Comment

Add by adverlets