1.0
1.0 PENGENALAN
Lakonan adalah satu bidang di mana seseorang yang
dipanggil pelakon untuk melakonkan aksi atau watak yang dibawanya sebagai satu
perkara untuk memberi penonton atau audien faham apa yang dilakonkannya itu.
Lakonannya juga boleh menjadi ‘orang tengah’ antara alam realiti dengan alam
yang dilakonkannya.
Menurut
Bella Merlin (2010), lakonan adalah satu proses tindakan yang telah berkembang
secara mendadak sejak empat ratus tahun yang lalu tetapi belum dilihat secara
khusus oleh orang lain yang berbentuk evolusi. Manakala, menurut John Harrop
(1992), lakonan bertindak seolah-olah ironinya mudah daan mempunyai teknik yang
labih baik dan mudah untuk difahami.
Lakonan
juga merupakan satu aktiviti di mana memainkan watak-watak tertentu daripada
skrip oleh manusia. Ada beberapa lakonan yang boleh dijelaskan, iaitu lakonan
berkait di mana ia disaksikan oleh murid setelah menerima kata kunci da melihat
tunjuk cara yang dibuat oleh guru. Kemudian, lakonan berskrip, iaitu lakonan
sesuatu peristiwa atau kisah berpandukan skrip yang disediakan oleh pengarah.
Selain itu, lakonan bisu adalah aktiviti berlakon yang hanya memerlukan
pergerakan anggota badan sahaja tanpa menggunakan suara. Lakonan patung pula
merupakan lakonan boneka iaitu, menggunakan boneka sebagai pelakonnya. Akhir
sekali, lakonan spontan, iaitu pelakon melakonkan sesuatu peristiwa atau kisah
secara spontan atau tanpa persediaan setelah mendapat rangsangan atau arahan
daripada pengarah.
2.0
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LAKONAN
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi audien
dalam lakonan seperti perjalanan imaginatif dan ia akan mula tersentuh di mana
ruang yang kita berada terhadap penonton. Situasi seseorang pelakon yang
mempunyai perasaan sedih akan membabitkan penonton itu sekali agar apa yang
dilakonkan berjaya.
2.1 Faktor Ruang
Ruang adalah segalanya. Apabila seseorang pelakon
pandai bermain dengan ruang, maka dia tiada masalah dengan lakonan yang
dilakonkannya itu. Pelakonnya juga tidak terganggu dengan permainan skrip
semasa bermain dengan ruang.
Misalnya,
seorang pelakon membuat lakonan monolog. Dia hanya bermain dengan ruang yang
kecil sahaja untuk menceritakan hal dia terhadap audien. Jika para pelakon
membuat pementasan menganai lakonan realisme, dia perlu mencari lebih banyak
ruang apabila ramai pelakon di atas pentas semasa lakonan dilakukan.
2.2 Faktor Ekonomi
Pada tahun 1887, di Perancis, terdapat seseorang
yang bernama Andre Antoine , seorang kerani syarikat gas telah melakukan satu
inovatif dengan menubuhkan Teater Percuma kerana beliau hanya mempunyai sedikit
wang dan hanya melakukan sedikit latihan dengan menggunakan perabotnya sendiri
terhadap sekumpulan amatur yang berbakat.
Dalam sekatan ekonomi yang dialami oleh Antoine,
dapatlah digabungkan dengan penglihatan yang digalakkan oleh jenis-jenis seni
yang mempunyai tindakan intim terhadap perkara yang kita gunakan untuk
menontonnya di kaca televisyen pada hari ini.
2.3 Faktor Sains
Pada tahun 1923, pelakon yang bernama Richard
Boleslavsky telah menggunakan sistem Stanislavsky dalam lakonannya. Beliau
telah menyatakan bahawa seorang actor itu perlu mempunyai jiwa kemanusiaan di
atas pentas dengan mempunyai aspek-aspek seperti fizikal, mental dan emosi.
Pada masa yang sama, ia berkaitan dengan teori Sigmund Freud, Teori
Psikoanalitik yang telah meresap ke seluruh Amerika.
Sejak
lakonan dan psikoanalisis digabungkan bersama, mereka mengkaji seseorang
manusia itu mempunyai mekanisme dalaman seperti Sains dan Seni tidak berkaitan
langsung. Lakonan dalam teater telah membuatkan masyarakat sehingga ke pengaruh
politik ke atas proses tindakan tersebut.
2.4 Faktor Politik
Teater politik adalah sesuatu perbuatan yang
dilakonkan oleh pelakon telah mengambil beberapa abad yang lalu untuk membentuk
teater tersebut. lakonan mengenai politik boleh dilakonkan dalam bentuk
realisme. Namun, ia juga berbentuk sensitiviti terhadap audien kerana ada
ketika lakonan dalam bentuk politik dapat memberi impak sama ada positif atau
negatif.
Lakonan
yang dimainkan oleh para pelakon yang terpaksa menjiwai watak orang-orang yang
berpengaruh agar watak tersebut berjaya dilakonkan oleh aktor tersebut.
2.5 Faktor Pengarah
Sebagai seorang pelakon, mestilah mempunyai seorang
pengarah yang perlu mengarah setiap lakonan dan mengkritik setiap apa yang
dilakonkan oleh setiap pelakon. Jika lakonan tersebut adalah menepati apa yang
pengarah mahukan, maka tiada masalah yang berlaku antara pelakon dan pengarah.
Jika mempunyai konflik antara pelakon dan pengarah, maka sukar untuk lakonan
tersebut dilaksanakan seterusnya susah untuk dijayakan kerana tiada
peserfahaman antara kedua-dua belah pihak.
2.6 Faktor Latihan dan Persembahan
Menurut Bella Merlin (2010), jika seseorang pelakon
mempunyai tempoh latihan berbulan-bulan, maka strategi seseorang pelakon itu
berbeza berbanding latihan yang hanya memakan masa selama beberapa minggu
sahaja. Ia bermaksud, latihan yang lama dapat mempengaruhi seseorang pelakon
untuk bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal agar semasa pementasan ia
tidak mengganggu pelakon tersebut seperti lupakan skrip atau gagap di hadapan
audien.
2.7 Faktor Profesion
Profesion sebagai pelakon juga boleh menjadi faktor
kerana ia merupakan satu kerjaya oleh pelakon tersebut untuk menyara kehidupan
pelakon tersebut. kebanyakan penulis skrip menyara kehidupannya dengan menulis
skrip dan memberi peluang kepada pelakon untuk melakonkan skrip yang ditulis.
Profesion
sebagai pelakon juga perlu mempunyai pendidikan lain agar pelakon tersebut
tidak terlalu mengharap kerjaya sebagai lakonan adalah semata-mata untuk mereka
menyara hidup tanpa ada pekerjaan yang lain.
3.0
ERA KLASIK
Terdapat beberapa teknik yang dilakukan semasa era
klasik yang lalu untuk membentuk satu lakonan yang mantap. Setiap pelakon yang
inginkan lakonan yang mantap perlu membuat beberapa latihan sebelum latihan
lakonan dilakukan agar postur badannya tidak terganggu semasa pementasan nanti.
3.1
Plot dan Karakter Aristotle
Kita tidak boleh lihat zaman moden tanpa melalui
zaman klasik semasa di Greece. Semasa mendapat skrip, seorang pengarah perlu
menerangkan mengenai karakter dan plot drama tersebut. Manakala, seorang
pelakon juga perlu faham apa yang diterangkan oleh pengarah. Plot merupakan
jalan cerita yang mempunyai pendahuluan, klimaks dan penutup agar jalan cerita
tersebut nampak menarik dan tersusun.
3.2 Kuasa Pidato
Setiap lakonan yang dilakukan perlu mempunyai kuasa
pidato. Ia bermaksud, setiap apa yang dilakonkan oleh pelakon dapat
mengeluarkan dialog yang jelas dan difahami oleh audien. Jika pelakon tidak
pandai menggunakan kuasa pidato, maka sukar untuknya melakonkan watak yang
diberi dan hanya menunggu ‘key’ daripada pengarah atau pelakon yang lain.
3.3 Imaginasi
Setiap lakonan mesti ada imaginasi yang tersendiri.
Imaginasi perlu ada kerana setiap pelakon perlu berimaginasi apa yang mereka
lakukan untuk mendapatkan watak mereka lebih jelas. Selain itu, para pelakon
juga perlu berimaginasi agar apa yang dilakukan itu adalah benar-benar mengikut
kehendak pengarah agar apa yang dilakonkan itu tidak terbatas dan boleh keluar
dari imaginasi tersebut.
3.4 Pernafasan
Pernafasan juga memainkan peranan yang penting dan
dapat memberi kesan dalam lakonan seseorang itu. Jika seorang pelakon tidak
menjaga pernafasannya, maka apa yang dilakonkan tidak mencapai apa yang
diinginkan. Aspek ini penting, agar setiap pernafasan pelakon tidak kelihatan
semput dan mempunyai tenaga semasa berada di hadapan audien.
Sebelum
latihan lakonan, ada satu senaman badan yang dapat memanaskan badan agar postur
tubuh pelakon tidak terganggu semasa pementasan. Cara pernafasan juga ada diajar
oleh pengarah untuk mendapatkan postur tubuh dan pernafasan yang terbaik agar
setiap pelakon tidak berasa penat dan lesu semasa pementasan.
3.5 Suara dan Isyarat Fizikal
Imaginasi dan pernafasan berkait rapat dengan suara.
Jika seseorang pelakon gagal mengeluarkan suara yang agak jelas dan terang,
maka apa yang dipentaskan itu membuatkan audien berasa bosan dan tidak
mendengar apa yang dikatakan. Suara yang jelas tetapi kurang didengari oleh
penonton juga memberi kesan terhadap persembahan yang dimainkan kerana
dialognya itu terlalu laju dan tidak didengari oleh audien.
Jadi,
latihan vokal sentiasa perlu ada sebelum bermulanya latihan lakonan atau
pementasan. Hal ini, perlu dijadikan kebiasaan terhadap pelakon agar lakonannya
nampak bertenaga, suara yang jelas dan mudah difahami oleh audien.
4.0
LATIHAN LAKONAN
Kebanyakan daripada kita menonton rancangan realiti
di televisyen di mana seorang ibu menjadi pelakon yang terkenal, penghantar
surat mampu menjadi pelakon juga dan ada yang sudah mencecah umur warga emas
masih boleh menjadi pelakon yang terkenal. Persoalannya, adakah semua orang
boleh menjadi pelakon? Jika kemahiran yang perlu ada pada para pelakon adalah
cara berjalan, cara bercakap dan wajah yang menarik, maka jawapannya adalah ya.
Jadi kenapa perlukan latihan? Sebenarnya, kemahiran lakonan yang perlu
dipelajari untuk menghasilkan cara berjalan, cara bercakap dan cara memberikan
riaksi adalah apa yang paling penting.
Tiada formula yang khusus mengatakan bila dan
bagaimana untuk membuat latihan. Sesetengah kanak-kanak telah mula mengambil
kelas lakonan seawal usia mereka untuk memastikan mereka menjadi pelakon
kanak-kanak seperti kisah Harry Potter. Kebiasaannya di United Kingdom, pelajar
lakonan memasuki kelas sekolah atau universiti lakonan seawal usia 18 sehingga
22 tahun. Walaubagaimanapun, di Amerika Syarikat terdapat sedikit kelainan
kerana mereka lebih memilih untuk belajar berlakon melalui guru persendirian
atau pelatih lakonan persendirian.
4.1.1 Kelemahan dan Perlunya Mengambil Risiko
Salah satu daripada kesukaran yang kita bakal
tempuhi sebagai seorang pelakon bagaimana untuk menjadi begitu tenang di dalam
kelas atau ketika menjalankan latihan atau melakukan persembahan supaya kita boleh memberikan
respon secara terbuka dan mengambil berat tentang tugas yang diberikan.
Halangan yang paling utama adalah melepaskan ketakutan.
Takut jika menjadi kurang cukup baik dalam persembahan. Takut jika melakukan
kesalahan dalam persembahan yang mana kebiasaannya takut jika tidak menjadi
yang terbaik seperti yang dilakukan dalam latihan dan tidak mencapai apa yang
pengarah inginkan. Selain itu, yang paling kita takut adalah jika terlupa skrip
di atas pentas dan menjadi kaku yang mana semua itu tidak pernah dipelajari di
dalam kelas ataupun ketika latihan dijalankan.
Salah satu taktik yang perlu kita lakukan untuk
mengatasi ketakutan adalah apa yang pernah dikatakan oleh Lee Strasberg sebagai
‘anticipation’ iaitu jangkaan; apabila kita cuba memasuki ke dalam karakter,
kita menjangkakan di mana peristiwa yang dramatik akan berlaku dan cuba
memahami hasil yang bakal terjadi, bukannya proses yang sedang berlaku dengan
rakan-lakon yang lain. Namun, apa yang kita akhiri itu adalah selamat gayanya
seperti yang telah disediakan di dalam skrip, seperti yang telah dilatih dan
ianya akan berjaya.
Seorang jurulatih pelakon Amerika Syarikat, Eric
Morric ada mengemukakan salah satu ubat untuk mengatasi ketakutan adalah mendapatkan dos
yang sihat iaitu ‘irreverence’ yang bermaksud sikap kurang sopan. Sudah tentu
kita mesti sentiasa bekerjasama dalam pasukan produksi dan saling menghormati
rakan-lakon serta mempercayai skrip yang telah diberikan tetapi kita perlu
menjadi seorang yang lebih bijak dan sedikit berperangai kurang sopan. Banyak
situasi yang sering kita lihat dan dibentangkan dalam drama yang kemuncaknya
dapat melihatkankan bahawa manusia yang lemah. Kita terlalu sopan atau lebih
dikenali sebaga beradab, kita tidak boleh membebaskan diri kita kepada takat
yang kita perlu pergi. Oleh itu, kita perlu bersikap terbuka dan terdedah
kepada setiapperkara yang tidak dapat dijangka.
Ini adalah dimana latihan pelakon yang terbaik
bermula. Ia mengajar kita supaya tidak terlalu membimbangkan sama ada kita akan
melakukan perkara yang betul dan bukan sentiasa berada di zon yang selesa
dengan kelemahan yang kita ada. Ia juga mengajar kita supaya berani mengambil
risiko dan cuba membiasakan diri bermain dalam situasi yang bahaya. Bukan
bermaksud kita menghina rakan-lakon yang lain dengan bersikap kurang sopan
iaitu tidak mengikut apa yang telah dilakukan semasa latihan ataupun tidak
serius dengan pementasan yang sedang berlangsung, tetapi ia mengajar kita
supaya lebih bersedia jika terdapat sebarang kejutan yang akan berlaku kelak.
5.0
PENUTUP
Melalui faktor-faktor yang mempegaruhi lakonan,
seterusnya era klasik yang telah dikemukakan dan latihan lakonan yang telah diberikan, lakonan
memerlukan teknik yang betul dan tepat untuk dipentaskan. Bukan bermakna
pelakon yang tidak tidak mempelajari teknik-teknik ini akan membuatkan berlaku
kecacatan terhadap pementasan tersebut, tetapi lakonan adalah seni yang
seharusnya dijaga keindahannya.
Latihan yang khusus perlu diberikan bermula dari
bagaimana menggunakan pernafasan yang betul, melontarkan suara yang mantap,
menghasilkan bentuk tubuh yang berkesan,serta melahirkan ekspresi yang tepat
dan akhirnya akan membuahkan hasil kepada persembahan yang bakal diadakan.
Namun, terkadang akan berlaku juga kepincangan
semasa melalukan persembahan. Contohnya, gementar dengan bilangan penonton yang
ramai, atau reaksi yang diberikan oleh penonton tidak dapat dijangkakan kerana
semasa latihan tidak mempunyai penonton ataupun kepincangan yang sering berlaku
apabila gementar adalah terlupa skrip yang telah lama dihafal, maka kita perlu
menarik fanas kembali. Ingat matlamat utama yang perlu disampaikan kepada
penonton dalam babak itu, dan mula menyusun ayat kembali. Apa yang ingin
dilihat adalah hasilnya, proses yang telah sekian lama dijalankan tidak menjadi
buah mulut orang ramai kelak.
Stanislavsky merupakan pelakon yang kemudiannya
menghabiskan seumur hidupnya dengan menganalisis, mempraktikkan dan menulis
tentang selok-belok pakonan yang mana kebanyakan penulisannya telah diguna
pakai diseluruh pelusuk dunia. Kita tidak akan majujika kita membahagikan kepada
dua apa yang dikatakan oleh Stanislavsky iaitu tindakan dan emosi. Kita tidak
pernah boleh memisahkan kedua-dua komponen ini kerana ia saling berkait rapat
dengan diri kita. Walaubagaimanapun, Stanislavsky merupakan seorang pengkaji
lakonan, di mana beliau akan cuba mengaktifkan dan meneroka kedua-dua komponen
ini sepanjang hidupnya menerusi ‘persoalan-persoalan kajian’ beliau.
No comments:
Post a Comment