1.0
1.0 PENGENALAN
1.0 PENGENALAN
Lakonan merupakan seni halus yang dapat difahami
oleh orang-orang seni sahaja seperti seni karya sajak, lukisan dan muzik dengan
bakat hasil daripada sesuatu ciptaan. Di Malaysia, seni ‘lakon’ bermaksud
cerita yang dipentaskan. Lakonan di atas pentas dipanggil teater. Terdapat
beberapa tokoh yang terkenal dalam bidang lakonan ini. Antaranya Stanislavsky.
Stanislavsky
merupakan seorang tokoh lakonan dalam pementasan teater. Dalam pementasan
teater ini, beliau telah mengeluarkan pendapat mengenai lakonan yang dilakukan
oleh pelakon adalah realisme. Latar belakang Stanislavsky merupakan anak kepada
seorang pelakon wanita yang dikenali sebagai Marie Valley. Bapanya pula seorang
pengusaha benang emas. Sewaktu kecil, beliau dibawa oleh ibu bapanya untuk
memnonton sarkis, tarian ballet, pementasan opera dan teater drama. Tidak
hairanlah bahawa darah seni itu juga mengalir di dalam tubuh beliau kerana
mempunyai latar belakang seni. Terdapat empat jenis lakonan mengikut
Stanislavsky, iaitu jenis lakonan eksploitatif, jenis lakonan lampau amatur,
lakonan mekanikal dan lakonan representational.
Dalam
pementasan teater Rumah Lama Kampung Baru (RLKB) yang lalu, konsep yang
dipelajari adalah representasional atau lebih dikenali sebagai realisme. Gaya
realisme berbeza dengan gaya presentasional kerana pelakon saling bermain di
antara mereka dan beranggapan seolah-olah penonton tiada sehingga mereka cerita
tersebut menjadi kenyataan. Penonton pula tidak jarang hanyut dalam cerita yang
ditontonnya. Lakonan ini juga menggunakan bahasa ‘pasar’ atau sehari-hari.
Para
pelakon RLKB berusaha untuk memainkan watak mereka dalam penceritaan yang
betul-betul berlaku di Kampung Baru yang terletak di Kuala Lumpur dengan
memisahkan dirinya dari watak tersebut. Setiap kali pelakon diminta untuk
mempamerkan potret yang dicipta, mereka perlu mempamerkan potret tersebut. Saya
mendapat watak sebagai Serimah. Seorang isteri yang sombong dan berlagak. Ingin
hidup mewah tanpa memikirkan si suami, Nikman yang kurang mampu menyara kehidupan
mereka kerana kos sara yang tinggi. Lebih-lebih lagi, tinggal di ibu kota.
Semasa mendapat watak ini, saya juga perlu mengubah diri saya dari seorang yang
pemalu dan suka senyum kepada seorang yang pemarah dan sombong. Banyak juga
kerja rumah yang saya lakukan untuk mendapatkan watak Serimah di dalam diri
saya.
2.0
PRINSIP LAKONAN STANISLAVSKY
Terdapat sembilan prinsip lakonan yang digunakan
oleh Stanislavsky. Antaranya :
2.1 Perkataan Magik “Bagaimana kalau” (Magic
“if”)
Menurut Stanislavski, beliau tidak percaya bahawa
seseorang pelakon itu mempercayai kebenaran peristiwa dan reality di atas
peristiwa yang berlaku di atas pentas, namun mereka boleh percaya bahawa ada
sesetengah peristiwa itu berlaku ke atas dirinya. Contoh yang dapat saya
berikan adalah watak Serimah.
Saya
mempelajari dengan memikirkan kalau saya tinggal di sebuah tempat yang kotor
dan panas. Saya juga berfikir adakah kalau saya duduk di rumah itu, saya
selesa?. Bagaimana pula jika saya melihat lumut yang kotor di dalam bilik air
sedangkan saya tak boleh tinggal dalam rumah yang panas dan kotor.
Saya
juga memikirkan, bagaimana kalau permintaan saya terhadap orang lain ditolak
mentah-mentah?. Mestilah saya berasa marah. Bagaimana juga kalau orang yang
kita sayang tiba-tiba tiada sewaktu kita perlukannya?. Itulah yang saya
fikirkan semasa saya mendapat skrip yang diedarkan oleh pengarah. Saya juga
terfikir apa yang berlaku jika apa yang saya tidak suka itu runtuh dalam
sekelip mata? Hal ini disebabkan, watak saya yang tidak suka pada Mak Raya,
iaitu pemilik kedai makan dan rumah sewa yang disewa oleh Serimah dan Nikman.
Lantas,
dengan menggunakan kata-kata magik “if”, karektor seseorang pelakon itu dapat
diubah dengan tujuan untuk berlakon. Ia juga merupakan rangsangan yang kuat
terhadap emosi dan fizikal pelakon. Perkataan ‘if’ merupakan satu perkara yang
boleh diimaginasi oleh pelakon untuk memahami watak yang dibawa.
2.2 Situasi Sedia Ada
Ia meluputi plot drama, zaman, waktu dan tempat
berlakunya lakonan tersebut yang diinterpretasi oleh pelakon dan pengarah.
Dalam keadaan ini, Stanislavsky percaya bahawa tingkah laku psikologikal dan
fizikal seseorang tertakluk kepada pengaruh luaran persekitarannya dan lakonan
yang dilakukan itu di dalam situasi sedia ada.
Seperti
RLKB, apa yang berlaku adalah benar. Di Kampung Baru, terdapat pelbagai ragam
manusia yang tinggal di sana. Tempat di sana juga merupakan kawasan setinggan
yang diduduki oleh golongan sederhana di tengah-tengah kota raya tersebut. di
Kampung Baru juga mempunyai banyak rumah sewa yang disewakan oleh pemilik tanah
di situ. Terdapat banyak gerai makan yang selalu dikunjungi oleh pekerja yang
bekerja di situ atau orang-orang di kawasan tersebut.
Apa
yang cuba disampaikan dalam RLKB, kami satu produksi telah mengaplikasikan reka
bentuk props yang sesuai dengan keadaan di Kampung Baru. Terdapat gerai yang
selalu dikunjung oleh penyewa-penyewa di situ. Kawasan persekitaran yang
mempunyai penduduk yang suka ambil tahu hal jiran tetangga sehingga hal
perebutan tanah oleh Mak Raya dan adiknya, Zulkifli juga diambil tahu oleh
setiap penyewa di situ.
Justeru,
seseorang pelakon perlu berkompromi dengan persekitaran drama itu sehingga
wataknya sesuai dengan dirinya, iaitu watak tersebut adalah menjadi sebahagian
dalam dirinya.
2.3 Imaginasi
Imaginasi ini, mampu membantu seorang pelakon untuk
melengkapkan biografi wataknya dari awal hingga akhir di dalam mindanya. Hal
ini, bermakna seorang pelakon yang mendapat watak itu perlu melalui latihan
method imaginasi.
Apa
yang saya lakukan semasa mendapat watak Serimah adalah dengan membuat imaginasi
inginkan kemewahan. Saya juga berimaginasi bagaimana ingin duduk rumah yang
mewah seperti kondominium. Imaginasi seterusnya membuatkan saya tak mahu
tinggal di kawasan setinggan kerana menganggap tempat itu tidak sesuai dengan
pekerjaan suami. Jadi, sikap angkuh, sombong dan berlagak perlu saya serapkan
di dalam diri saya agar watak Serimah dapat dimainkan dengan baik dan memberi
impak kepada penonton.
2.4 Konsentrasi Tumpuan
Menurut
Stanislavsky, beliau yakin bahawa method konsentrasi yang diamalkan oleh para
pelakon merupakan kunci untuk mencapai suasana kreatif di atas pentas. Ujar
beliau lagi, berdasarkan kepada peraturan saintifik, seorang aktor harus
memberi tumpuan perhatiannya kepada objek-objek di atas pentas untuk
menghindarkan faktor-faktor gangguan tersebut. Walaubagaimanapun, seseorang aktor
itu tidak semestinya melupakan penontonnya. Stanislavsky percaya sekiranya
aktor itu cuba merasakan dirinya berada
bersendirian di atas pentas, iaitu tidak nampak sesiapa atau mendengar
apa-apa dalam kalangan penonton. Ia adalah bercanggah dengan seni teater. Perlunya
seseorang pelakon tersebut untuk tidak merasa takut, merasa tenang, melupakan
rasa bimbang dan apa saja yang mengganggu kreativiti pentas bagi mencapai public solitude.
Stanislavski percaya pemikiran yang
konkrit dan aksi fizikal yang konkrit akan mengekalkan tumpuan aktor. Tumpuan
yang benar-benar konsentrasi tertakluk kepada pengendalian aksi fizikal yang
terperinci. Hal ini terjadi kepada diri saya sendiri dengan membawa watak
Serimah. Ada kalanya, saya terganggu dengan usikan penonton. Namun, saya
merasakan di atas pentas itu adalah dunia saya. Saya berasa terganggu apabila saya
membuka tingkap dengan kuat sehingga menyebabkan para penonton terkejut dan
ketawa. Sewaktu itu, saya perlu menahan rasa geli dengan merasakan kemarahan di
dalam diri saya apabila ingin memanggil suami masuk ke dalam rumah.
Adakalanya, tumpuan saya hampir lari
apabila melihat penonton di hadapan terlalu ramai. Saya juga perlu yakin diri
dengan sendiri agar saya sendiri tidak hanyut dengan usikan daripada penonton
terutama apabila penonton bersorak dan ketawa. Oleh itu, seorang aktor tersebut
yang ingin memainkan peranan sebagai manusia dengan hidup serta berkesan dan juga
berfungsi sebagaimana ia berlaku dalam kehidupan seharian. Mata juga memainkan
peranan kerana seorang aktor yang benar-benar melihat akan menarik perhatian
penonton dan mengarahnya ke arah yang dikehendaki oleh aktor tersebut. Manakala,
mata aktor yang tidak melihat sepenuhnya akan mengubah dan menjejaskan
perhatian penonton daripada pentas. Misalnya, saya secara tidak sengaja
memandang ke arah penonton, kemudian saya hampir ketawa apabila ada di antara
mereka memandang saya sambil tergelak. Perkara ini juga membuatkan saya berasa
terganggu.
Menurut Stanislavsky, amalan sistem
ini membantu aktor menjadikan dirinya benar-benar melihat apa sahaja yang dipentaskan
dengan cara membina perincian imiginari di sekitarnya supaya menjadi daya
tarikan kepadanya. Ringkas, sekiranya seseorang aktor tersebut berlatih
bersungguh-sungguh daya konsentrasinya, lambat laun akan menjadi secara automatik
dan akhirnya akan menjadi second nature.
Stanislavksy telah menjelaskan
bahawa aktor yang merasai daya tumpuan mulai terjejas, perlu segera mengalihkan
tumpuannya kepada sesuatu objek tersebut. Apabila hasil penumpuan tercapai,
seseorang aktor itu perlulah memberikan tumpuan kepada ruang kecil, kemudian
ruang sederhana dan seterusnya ke ruang sepenuhnya. Seperti yang saya lakukan,
saya dan Nikman hanya bermain di halaman rumah sahaja berbanding dengan actor
lain yang perlu berjalan ke sana dan ke sini. Saya juga perlu membuat seustu
agar perbualan dengan suami tidak menjejaskan persembahan saya. Ujar beliau
lagi, selepas berjaya menguasai terhadap apa yang dilihatnya, seseorang aktor
itu harus mengembangkan daya penumpuannya terhadap kesan bunyi yang
didengarinya dan objek-objek di dalam mindanya. Kejayaan aktor di dalam
kerja-kerja penumpuan, seseorang aktor itu akhirnya benar-benar aktif secara
luaran dan dalaman dan seterusnya beliau mampu membuka mekanisma emosinya.
2.5 Kebenaran
dan Kepercayaan
Kebenaran di
atas pentas adalah berbeza dengan kebenaran di dalam sesebuah kehidupan. Di
atas pentas drama, tiada sebarang
kebenaran fakta atau peristiwa-peristiwa kerana semuanya adalah rekaan. Melalui
teater RLKB, kebenaran dan kepercayaan yang berlaku di situ ada empat scene. Namun, hal perebutan tanah itu
boleh berlaku dalam satu hari sahaja. Mungkin juga boleh berlaku dalam masa
petang sahaja. Itulah kebenaran yang berlaku di alam realiti.
Namun, pengarah membuat keputusan
untuk memecahkan cerita tersebut kepada empat scene. Hal ini disebabkan ingin mengada-adakan cerita di sebalik
penceritaan. Pengarah berbuat demikian kerana ingin membuat kretiviti terhadap
plot penceritaan RLKB tersebut.
2.6 Hubungan
Emosi dan Spiritual
Seorang aktor harus
serapkan apa yang diperkatakan oleh aktor lain melalui perkataan-perkataan mereka, aksi-aksi
mereka, pemikiran-pemikiran mereka, seolah-olah aktor itu baru pertama kali
mendengarnya. Akhirnya sewaktu cuba mempengaruhi teman lakonnya, iaitu cuba
mencapai kesan fizikal yang definite,
azamnya akan menjadi konkrit, imiginasinya akan terangsang dan penumpuannya
akan menjadi konkrit dan pelakon akan mencapai perhubungan yang mantap dengan
rakan lakonnya. Melalui pandangan Dr. Samad Salleh pula mendapati dalam
mewujudkan perhubungan seorang aktor dengan aktor lain di atas pentas, mereka
perlu memastikan rakan lakonnya mendengar dan memahami apa yang diperkatakan
sesama mereka. Ini bermakna dia mendengar dan memahami apa yang dikatakan
kepadanya dan juga memastikan apa yang anda dengar dan faham apa yang cuba
mereka memaklumkan. Akhirnya, perkara
ini menunjukkan berlakunya proses saling pengaruh-mempengaruhi dalam
kalangan para pelakon tersebut sewaktu adegan drama dilangsungkan.
Sewaktu Mak Raya mengeluarkan
kekesalannya dengan mengatakan ingin merobohkan kedai makan dan rumah sewa,
semua pelakon iaitu penduduk di situ berasa terkejut dan sedih. Lain pula
dengan saya iaitu Serimah. Saya berasa gembira apabila Mak Raya berkata
demikian kerana keinginan saya untuk tinggal di kondominium akan tercapai
tetapi harapan itu tidak tercapai kerana rumah sewa dan kedai Mak Raya tidak
jadi dirobohkan. Saya protes dan bergaduh dengan suami apabila kehendak saya
tidak ditunaikan.
Apabila Mak Raya menampar Budin,
saya berasa terkejut namun saya berasa seperti malas hendak ambil tahu. Tetapi,
suami, Nikman memarahi apabila saya tidak ingin ambil tahu terhadap apa yang
berlaku di rumah sewa berkenaan. Apa yang saya inginkan adalah mahu tinggal di
kondominium.
2.7 Tempo
dan Ritma
Menurut
Stanislavsky, tempo dan ritma merupakan syarat penting untuk menghasilkan konkrit
dan kebenaran di dalam melaksanakan aksi-aksi fizikal. Beliau berpendapat di
dalam kehidupan setiap minit mempunyai tempo dan ritma intensiti pengalaman
yang berubah-ubah, baik di dalam atau di luar diri kita. Oleh itu, Stanislavsky
percaya setiap perkataan, setiap fakta atau peristiwa berlaku di dalam tempo ritma
yang bersesuaian. Apa yang berlaku terhadap RLKG ada pelakon yang memberi tempo
yang lambat ada yang cepat.
Seperti yang berlaku terhadap saya,
saya terpaksa mengawal skrip saya apabila terdapat rakan lain yang lupa dengan
skrip mereka. Ada juga bahagian yang menunjukkan kami satu kumpulan hampir
hilang penumpuan kerana rakan lain lupa skrip. Saya memberitahu rakan yang di
sebelah untuk menamatkan perbualan tersebut dengan mengajak pelakon yang lain
masuk ke dalam rumah masing-masing. Permainan yang berlaku antara kami ada juga
yang ritma tinggi. Ada juga ritma yang rendah.
2.8 Adaptasi
Menurut
Stanislavsky, adaptasi adalah merupakan kaedah untuk mengatasi halangan fizikal
di dalam usaha untuk mencapai matlamat. Stanislavsky
menegaskan apabila seseorang aktor itu mempunyai matlamat di dalam mindanya dan
setelah mentafsirkan individu-individu yang akan dihadapinya, seorang aktor itu
harus memikirkan soal adaptasi. adaptasi merupakan alat berkesan untuk
perhubungan di antara pelakon diatas pentas.
Apa yang saya lakukan semasa saya
mendapat watak Serimah adalah dengan mencari contoh pelakon yang sesuai dengan
perwatakan saya. Saya mula mencari nama-nama pelakon yang terkenal. Hanya dua
sahaja watak yang sesuai saya rasakan untuk watak Serimah, iaitu pelakon yang
bernama Izreen Armida dan Wan Sharmila. Saya memilih Izreen kerana rupanya yang
sombong dan lakonannya di televisyen yang inginkan kemewahan kerana keluarganya
miskin. Watak mengada-ngada pula saya memilih Wan Sharmila kerana sikapnya yang
mengada-ngada. Saya juga cuba mempraktikkan watak-watak mereka dan aplikasikan
watak tersebut dengan cara saya sendiri. Bagi saya, dengan cara aplikasi
memudahkan saya membuat lakona di atas pentas.
2.9 Memori
Recall
Menurut
Stanislavsky pengalaman seorang aktor di atas pentas berbeza dengan pengalaman
di dalam kehidupan mereka secara realiti. Perbezaannya berdasarkan hakikat
bahawa aktor berada di atas pentas bertindak selaku karektor watak dan juga
aktor yang mencipta karektor. Pengalaman aktor-karektor saling mempergaruhi di
antara satu sama lain.
Saya mula menngingat kembali
bagaimana saya memarahi teman lelaki saya. Saya perlu ingat semula bagaimana
perasaan saya apabila permintaan saya tidak ditunaikan. Di situlah saya belajar
membentuk watak Serimah. Walaupun watak Serimah kelihatan mudah, namun bagi
saya susah kerana ia perlu membawa watak seorang yang pemarah. Emosi marah
sentiasa dipamerkan semasa berlakon.
3.0
PENUTUP
Pada pendapat
saya, teknik-teknik yang dinyatakan oleh Stanislavsky adalah mudah kerana
terdapat banyak perkara yang saya boleh ikut seperti teknik adaptasi kerana
teknik tersebut mudah dan cepat untuk dipelajari.
Walaupun RLKB ini merupakan kaedah
realisme, saya merasakan saya boleh membawa watak Serimah dengan baik kerana
watak tersebut hanya membawa satu emosi. Di samping itu, saya juga penat kerana
emosi marah yang dibawa dari awal cerita hingga tamat.
No comments:
Post a Comment