1.0
1.0 PENGENALAN
Bertolt Brecth dilahirkan pada tahun 1898 di Jerman
dan dibaptiskan sebagai Eugen Berthold Friedruch. Beliau merupakan seorang penulis drama,
pemuisi, dan pengarah teater yang sangat berpengaruh pada abad ke-20. Beliau
menggunakan puisi dan teater untuk memaparkan idea-idea dan mempengaruhi pemikiran
serta mengubah keadaan negara tersebut. Beliau banyak menulis dan mengarahkan
pementasan teater. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau telah kembali ke Jerman.
Kerajaan Jerman Timur turut menubuhkan Berliner Ensemble
Theatre untuknya bagi membolehkan beliau mengembangkan teori-teori dalam
penghasilan teater hasil daripada pementasan-pementasan yang dilakukan oleh
beliau sebelumnya dan karya-karya yang ditulis semasa dalam pelarian.
Teori-teori yang dikemukakan oleh Brecht telah pun
membawa teater ke aras tahap yang tinggi walaupun ia menentang kepada
teori-teori Stanislavsky. Teori yang dikemukakan oleh Brecth ialah Epik Teater.
Dalam pementasan-pementasan yang beliau lakukan banyak memaparkan argument antara dua belah pihak yang
saling cuba mempengaruhi antara satu sama lain. Epic Teater bersifat episodik,
dengan setiap babak memaparkan cerita yang berlainan, tetapi apabila
digabungkan menjadi sebuah cerita.
Tujuan sesebuah pementasan dijalankan adalah untuk
mempersembahkan idea-idea dan penonton harus membuat penilaian terhadap
idea-idea tersebut. Oleh itu, sesebuah pementasan yang dilakukan tidak boleh
menyebabkan penonton hanyut dengan emosi yang dipaparkan dalam sesebuah
pementasan. Sebaliknya, Brecht menjelaskan bahawa para penonton perlu sedar
bahawa mereka sedang menonton sebuah pementasan dan tidak perlu beremosi
sebaliknya berfikir secara kritikal akan mesej yang ingin disampaikan dalam
pementasan itu dan melaksanakan perubahan apabila keluar dari pementasan itu.
Tujuan utama lakonan sebegini adalah untuk
meruntuhkan dinding keempat dalam sesebuah lakonan. Ini adalah bagi membolehkan
penonton melihat dan menyedari bahawa mereka sedang menonton sebuah pementasan,
bukan sebuah realiti, dan menganggap bahawa pentas adalah pentas dan pelakon
adalah pelakon.
2.0
TEKNIK-TEKNIK DALAM EPIK TEATER
2.1 Teknik Historification (Pensejarahan)
Brecht mengalienasi penonton dengan meletakkan
babak-babak pementasannya dalam latar masa lampau. Dalam pementasan RLKB, tiada
perkara yang boleh dibawa untuk faktor sejarah Kampung Baru. Apa yang berlaku
adalah hal perebutan tanah oleh Mak Raya dan adiknya, Zulkifli. Tiada satu pun
yang menyatakan tentang sejarah di dalam pementasan ini.
Cara
pemakaian yang kami pakai adalah pemakaian trend
terkini. Tiada trend zaman penjajah
atau zaman batu. Cara kami bercakap antara satu sama lain juga menggunakan
dialek zaman sekarang berbanding dengan zaman dahulu yang menggunakan dialek
yang kaku dan berangkai seperti di dalam teater Bangsawan.
2.2 Teknik Allegorical
Teknik ini mengunakan simbol-simbol dalam
menjelaskan isi kandungan atau dilema dalam sesebuah pementasan. Teknik ini
diguna dalam pementasan Rise and Fall of the City of Mahagonn. Dengan
menggunakan teknik ini, penonton akan dialienasi oleh simbol-simbol yang akan
menyebabkan mereka berfikir akan makna yang terdapat dalam simbol-simbol
tersebut. Teknik ini juga mengganggu penonton seperti bunyi bising.
Seperti
saya yang membawa watak Serimah, saya ada juga selitkan teknik ini dengan
membuat bising seperti membaling sesuatu benda kepada Nikman. Bunyi hentakan
antara periuk nasi denga Loyang benar-benar mengganggu dialog kami semasa
pementasan di dalam rumah. Saya juga perlu menguatkan suara saya apabila
memarahi Nikman. Ia benar-benar mengganggu saya dan penonton kerana mereka
tidak mendengar dengar jelas suara kami bergaduh.
2.3 Teknik Pseudo-Foreign
Adaptasi daripada teater-teater luar yang setentunya
berbeza budayanya daripada budaya audien. Ia bermaksud teknik ini membawa masuk
budaya daripada negara lain dan diaplikasikan di atas pentas. Misalnya, di
dalam teater RLKB kami hanya menggunakan budaya yang ada di Malaysia seperti
memberi salam apabila berjumpa dengan orang lain. Seperti Zainal memberi salam
dan bersalaman dengan Pak Hassan setiap kali berjumpa.
Apabila
saya memarahi Nikman, saya perlu menggunakan emosi dengan memarahinya. Bukan saya
adaptasikan budaya lain seperti menari tarian tradisional Cina. Hal ini akan
membuatkan para penonton ketawa dan terkeluar daripada dunia permainan kami. Selain
itu, apabila rumah saya dimasuki pencuri, adakah saya perlu menari tarian
ballet sambil mengejar pencuri tersebut? Bagi penonton mungkin ia tidak logik.
Ia memang tidak logic kerana apabila rumah kita dimasuki pencuri kita sempat
menari sambil mengejar si pencuri.
3.0
ALIENATION
Menurut Brecht, semua ini boleh dicapai sekiranya
para penonton ‘dialeniasi’ (diasingkan)
daripada pementasan yang ditontonnya. Brecht menamakan keadaan ini sebagai Verfremdungseffekt yang diterjemahkan
dalam bahasa Inggeris sebagai "alienation
effect” ataupun kesan pengasingan. Verfremdungseffekt
bermaksud ‘mengasingkan’ (alienate)
atau ‘menjauhkan’ (distance) penonton
daripada sesebuah pementasan. Apabila para penonton diasingkan secara emosi
daripada pementasan, penonton dapat berempati dengan pementasan tersebut secara
intelek (intellectual empathy) dan
mungkin akan berusaha mengubah keadaan masyarakatnya.
Hal ini, bermaksud Rumah Lama Kampung Baru (RLKB)
yang dipentaskan oleh saya dan rakan yang lain jauh sekali menggunakan teori
Brecht ini. Ia disebabkan oleh RLKB merupakan teknik realisme seperti yang
dikatakan oleh Stanislavsky. Para penonton juga telah hanyit dengan permainan
kami di atas pentas dengan melayan kami dari awal penceritaan hingga tamat.
RLKB juga satu cerita yang mempunyai reality di alam luar pementasan dan ingin
memberi penonton kesan terhadap cerita tersebut bukan melihat cara pelakon
memainkan watak.
4.0
PERBEZAAN DRAMATIK TEATER DENGAN EPIK TEATER
Epik Teater
|
Dramatik Teater
|
ü Penonton
sebagai pemerhatian.
|
ü Penonton
diajak menghayati cerita bersama.
|
ü Jalan
cerita dari situasi.
|
ü Jalan
cerita dari pengalaman
|
ü Setiap
babak tiada kesinambungan.
|
ü Setiap
babak berkesinambungan.
|
ü Tidak
menekan aspek emosi pelakon.
|
ü Pelakon
harus menonjolkan emosi seperti mana yang realiti.
|
ü Penonton
tidak merasai emosi pelakon.
|
ü Penonton
dapat merasai emosi pelakon.
|
ü Tidak
ada pengakhiran cerita sebagai tanda penamat.
|
ü Penonton
dapat melihat pengakhiran sesuatu persembahan.
|
5.0
PERBEZAAN TEKNIK GAYA LAKON
Epik Teater
|
Dramatik
Teater
|
Tidak menekankan aspek-aspek dalam
emosi pelakon tetapi mementingkan logik dan pemikiran penonton itu sendiri.
|
Elemen-elemen emosi seperti
sedih,marah, gembira, dan sebagainya
melalui karakter-karakter yang ditonjolkan oleh pelakon agar penonton dapat
|
Tiada pengakhiran sebagai tanda
penamat dalam persembahan walaupun teater ini menekankan isi atau mesej yang
perlu difikirkan sendiri oleh penonton
|
Penonton dapat melihat pengakhiran
sesuatu persembahan sebagai tanda penamat dalam penceritaan teater tersebut
|
6.0
TEKNIK LAIN OLEH BRECHTIAN
Penggunaan kapsyen yang dipancarkan di pentas bagi
menjelaskan apa yang akan berlaku dalam babak seterusnya. Teater RLKB tidak
menggunakan teknik ini kerana ia boleh mengganggu permainan pelakon untuk ke
babak seterusnya.
Selain itu, teknik gangguan oleh narrator yang menjelaskan apa yang berlaku dan
memprovokasi penonton. Sudah terang lagi bersuluh. Dalam teater RLKB tidak
menggunakan suara narrator kerana itu adalah mengganggu penonton yang lain.
Teknik di mana pelakon menanyakan secara langsung
kepada penonton. Teknik ini memang tiada dalam RLKB kerana kami hanya bermain
dengan dunia kami. Misalnya, apabila saya ingin tinggal di kondominium. Saya pula
bertanya kepada penonton ‘perlukah saya meminta kondominium walaupun keadaan
Nikman belum stabil?’.
Penonton dibiarkan untuk menyelesaikan sendiri
pengakhiran teater dan penonton dibiarkan untuk berfikir. Dalam teater RLKB ini
menunjukkan pengakhiran cerita antara Mak Raya dan Zulkifli dapat berbincang
dengan elok tanpa orang luar tahu mengenai perebutan tanah tersebut sehingga
penduduk rumah sewa di situ tidak perlu pindah kerana konflik ditamatkan oleh
Zainal, anak kepada Zulkifli dengan menerangkan sikap Mak Raya dan Pak Hassan
kemudian, mereka berbincang di dalam rumah.
Teknik muzik yang berbeza dari emosi dalam sesebuah
babak. Teknik ini jika digunapakai akan memberi kesan terhadap penonton. Apabila
Pak Hassan mengenangkan mengenai rumahnya yang bakal dirobohkan. Pengarah mengarahkan
lagu Oppa Gangnam Style dipasang. Ia akan menggamatkan suasana yang komedi. Tidak
selari dengan jiwa penonton.
7.0
PENUTUP
Jelaslah bahawa teater RLKB tidak sesuai
diadaptasikan dengan teori Brecht kerana ia bukan jiwa para penonton dan
pelakon yang bermain di atas pentas. Teori Brecht juga tidak sesuai digunakan
untuk pementasan kerana ia boleh membuatkan para penonton akan meninggalkan
pementasan terebut sedikit demi sedikit.
No comments:
Post a Comment