1.0 PENGENALAN
Sepanjang semester ini, saya telah banyak
mempelajari apa yang dimaksudkan dengan lakonan awalan. Selama empat belas
minggu saya berusaha mengubah diri saya daripada seorang yang pemalu kepada
tidak malu. Sepanjang tempoh ini juga setiap minggu ada sahaja idea yang diolah
oleh pensyarah, Puan Hanim untuk membentuk kerjasama antara kami. Selain itu,
memberi fokus terhadap apa yang kami lakukan. Kelas pertama saya di dalam
subjek ini sangat seronok dengan telatah rakan-rakan dan pensyarah.
Semasa
berada di dalam kelas En. Eddy, perkara pertama yang beliau ajar adalah teori
yang berkaitan dengan teater. Teori yang beliau gunakan untuk pementasan kami
adalah Stanislavsky. Kami juga diajar untuk melakukan imaginasi dalam satu
situasi, iaitu situasi berada di sungai yang sejuk. Banyak juga perkara yang
diajar oleh beliau semasa dalam kursus ini. Apa yang saya langsung tidak tahu,
sekarang saya sudah tahu.
Pada
minggu kelima, kami diberi satu skrip dan memilih watak yang kami inginkan.
Pada mulanya, pensyarah ingin membahagikan watak antara kami. Namun, akhirnya
saya mendapat watak Serimah, iaitu seorang isteri yang sombong, belagak dan
terlalu inginkan kemewahan. Bermulalah kerja rumah yang akan saya lakukan untuk
melatih diri saya menjadi Serimah.
2.0 SKRIP READING
Teknik yang diperkenalkan:
2.1 Teknik Skrip Reading.
Pada mulanya, saya mendapat satu salinan skrip bagi
lakonan bertajuk Rumah Lama Kampung Baru (RLKB). Kami diberi tempoh untuk baca,
hafal dan faham skrip tersebut. Pada minggu seterusnya, kami diarah untuk
membuat satu bulatan untuk membaca skrip tersebut bersama-sama.
Masalah yang telah saya hadapi:
ü Tidak yakin untuk bersuara
Skrip yang saya dapat dalam watak saya adalahayat
yang ringkas-ringkas dan mudah dihafal. Pada mulanya, saya malu untuk bersuara
kerana saya berasa tidak yakin. Takut dimarahi oleh En. Eddy. Saya juga kurang
faham situasi yang berlaku dalam cerita tersebut. dalam keadaan kelam kabut,
saya boleh menurunkan emosi semua orang sehingga En. Eddy menegur saya.
ü Sukar menjiwai watak Serimah
Pendapat saya, saya sangat sukar untuk menjiwai
watak Serimah kerana Serimah bukanlah ada di dalam diri saya. Saya bukan
seorang yang baran, mudah marah. Namun, semasa mendapat skrip dan watak ini,
saya perlu kelihatan seperti Serimah yang sebenar kerana jiwa Serimah inginkan
kemewahan. Selalu tidak puas hati dengan apa yang dimiliki. Saya berfikir,
bolehkah saya bawa watak Serimah? Sedangkan saya sendiri tidak suka dengan
Serimah.
Cara saya mengatasi masalah tersebut:
ü Memahami skrip
Saya bertanya rakan, bagaimana ingin fahamkan
situasi? Rakan mengajar saya satu persatu untuk faham dan hidupkan skrip tanpa
mengubah maksud dalam ayat tersebut. Intonasi dan nada saya juga perlu berbeza
dengan diri saya sebenar kerana saya seorang yang pemarah.
ü Mendalami jiwa Serimah
Saya akui, bukanlah 100% saya dapat menjiwai watak
Serimah kerana saya masih berasa segan terhadap umum apabila saya membawa watak
sebegitu. Apa yang saya lakukan adalah, saya menonton cerita Tanggang Ayu yang
dilakonkan oleh Izreen Arminda. Saya menjalani cerita tersebut dengan memahami
situasi yang diinginkan oleh Ayu. Saya juga cuba untuk menjadi seperti Ayu.
Bagi saya hanya 70% sahaja saya dapat menjadi Serimah dengan menonton watak Ayu
tersebut. Kemudian, saya menonton pula cerita yang dilakonkan oleh Wan Sharmila
untuk membawa watak ‘gedik’. Saya cuba untuk berperwatakan seperti itu.
Rumusan:
Mengenai latihan skrip reading ini, saya lambat
untuk faham dialog saya. Saya juga cuba untuk membaca skrip saya berulang kali
untuk membuat tiga situasi yang berbeza apabila tiba giliran untuk melepaskan
dialog saya.
3.0 ANALISIS SKRIP
Teknik yang diperkenalkan:
3.1 Teknik Analisis Skrip.
Teknik ini merupakan satu teknik di mana seorang
pelakon perlu memahami lakonan yang dilakukan adalah berbentuk seorang makcik,
pakcik atau cikgu. Cara seseorang itu berjalan dalam cerita yang akan
dimainkan.
Masalah yang telah saya hadapi:
ü Kurang mempamerkan watak Serimah.
Setelah saya mengkaji apa yang Serimah inginkan,
saya cuba untuk menjadi seperti Serimah. Cuba untuk memasukkan watak Serimah ke
dalam diri saya agar apa yang saya lakukan adalah Serimah bukan diri saya
sendiri. Saya masih berasa malu untuk membawa watak Serimah yang ‘gedik’.
Cara saya mengatasi masalah tersebut :
ü Berlakon dengan skrip dan acting yang berulang kali.
Saya mengambil sedikit masa untuk membawa watak
tersebut. Saya cuba untuk menyesuaikan diri dengan Nikman untuk membentuk
keserasian antara kami. Saya juga menonton cerita Tanggang Ayu berulang kali
bagi memastikan saya boleh menjadi seperti Ayu sambil saya mengeluarkan dialog
saya seperti Serimah.
Rumusan :
ü Bersama bantuan dan kritikan rakan-rakan, saya
belajar menjadi seorang yang pemarah, suka cari pasal, suka bergaduh. Cara
penampilan saya juga berbeza seperti yang rakan lain kenal.
4.0 PEMERHATIAN
Teknik yang diperkenalkan :
4.1
Teknik Pemerhatian
Teknik ini menerangkan bahawa sebagai pelakon perlu
membuat pemerhatian sebagai homework dan
perlu mengulangkaji pemerhatian tersebut. Saya membuat pemerhatian di Google
Image dan You Tube bagi mendapat gambaran bagaimana keadaan Kampung Baru dulu
dan sekarang.
Masalah yang telah saya hadapi :
ü Masa yang lepas
Saya pernah mengunjungi rumah setinggan yang didiami
oleh makcik saya di Kampung Abdullah Hukum. Kini rumah flat. Saya mengingati
semula bagaimana keadaan penduduk di sekitar rumah setinggan itu. Namun, memori
saya kurang jelas mengenai tempat setinggan itu.
Cara saya mengatasi masalah tersebut:
ü Layari internet
Saya cuba melayari internet dengan membuat
pemerhatian mengenai pemakaian yang demand bagi watak Serimah. Pemakaian yang
seksi. Saya cuba untuk memakai pakaian yang demand juga. Selain itu, saya juga
ada melayari internet dengan melihat keadaan rumah di Kampung Baru sekarang.
Rumusan:
Teknik ini juga mampu menjimatkan masa, tenaga dan
wang bagi saya yang tiada wang sewaktu ini. Maka, saya menghabiskan masa saya
selama beberapa hari untuk membuat pemerhatian mengenai pemakaian Serimah dan
keadaan di Kampung Baru.
5.0 BLOCKING
Teknik yang diperkenalkan:
5.1 Teknik Blocking.
Teknik blocking dalam teater iaitu bermaksud
menghalang, ‘ block’ . Ini semasa atas pentas, pelakon mesti sedar bahawa
pentas itu macam mana. Hal ini, untuk memastikan penglihatan mata audiens boleh nampak pelakon dengan jelas tanpa
dihalangi oleh pelakon lain atau benda lain. Pelakon mesti sentiasa sedar
bahawa mukanya, badannya boleh dilihat oleh penonton dan tanpa mempunyai
sebarang halangan. Ini bermakna pelakon harus bermain dengan ruang untuk
mengelakkan daripada dihalangi ataupun menghalangi pelakon lain. Misalnya,
semasa pementasan RLKB, adegan bergaduh antara JJ dan Budin kerana ia
melibatkan semua penduduk rumah sewa tersebut. Jadi, saya sebagai Serimah yang
tiada apa untuk dilakukan perlu menjaga blocking saya semasa adegan pergaduhan
tesebut.
Masalah yang telah saya hadapi :
ü Sukar untuk mencari blocking
Semasa dalam lakonan, JJ dan Budin sering bertengkar
kerana pinjam seluar sehingga koyak dan adegan bertumbuk bersama membuatkan
saya sukar untuk mencari blocking daripada tiadak dapat dilihat oleh penonton. Saya
ke kanan, Nikman ikut saya. Saya ke kiri ada orang di hadapan saya. Jadi,
masalah blocking kerana terlalu ramai pelakon berada di pentas.
Cara saya mengatasi masalah tersebut:
ü Mencari tempat yang sesuai.
Apa yang saya rasakan terbaik adalah saya berdiri
sahaja di hadapan pintu rumah untuk tidak mengganggu proses blocking semasa
pergaduhan berlaku. Oleh sebab tiada dialog yang saya katakan, saya perlulah
menjaga blocking saya supaya penonton dapat melihat apa yang saya lakukan.
Rumusan:
Akibat ruang yang terhad, saya perlu pandai memain
peranan semasa lakonan dijalankan. Hal ini, kerana penonton dapat melihat saya
dan pelako lain dari atas sehingga bawah.
6.0 REHEARSAL
Teknik yang diperkenalkan:
6.1 Teknik rehearsal.
Kami membuat rehearsal yang berulang-ulang kali di
atas pentas yang siap susun dengan alat-alat dan latarbelakang. Rehearsal ini
menunjukkan kepada latihan untuk persembahan semasa kejadian. Ia meliputi
pemakaian, lighting, audio, susunan props, ruangan atas pentas, masa masuk
babak dan lain-lain. Kami telah membuat rehearsal sambil berlatih untuk
eksploikan ruangan yang baru di bawah bimbingan pengarah
.
Masalah yang telah saya hadapi :
ü Nada suara rendah
Ruangan dalam Panggung Budaya agak luas menyebabkan
suara saya kurang didedangari apabila bersuara. Saya juga merasakan nada suara
saya rendah. Saya tidak boleh menggunakan suara yang sebenar kerana ia akan
mengganggu dialog saya dan tekak saya akan berasa sakit. Sebaliknya, saya
menggunakan suara perut bagi tidak memenatkan diri dan lontaran suara saya.
Cara saya mengatasi masalah tersebut :
ü Sebelum berlangsungnya pementasan tersebut, saya
membuat warm up terlebih dahulu. Saya juga melakukan senaman mulut bagi
memastikan apa yang saya lontarkan jelas, nyata dan terang dan mudah didengari
oleh audien.
Rumusan :
Rehearsal ini boleh dikatakan latihan yang akhir
bagi pementasan sebenar. Ia melibatkan semua perkara iaitu, pelakon, ruang,
blocking, pakaian, lighting, audio, dan juga audiens. Sewaktu rehearsal,
pelakon harus beranggap bahawa di hadapannya adalah penonton. Penonton yang akan datang pada masa
kejadian pementasan itu, jadi pelakon seharusnya memberi tenaga dan semangat
sepenuhnya semasa rehearsal sambil menganggapan bahawa masa pementasan, itulah
yang akan berlaku.
8.0 KESIMPULAN
Sepanjang empat belas minggu ini, saya mempelajari
banyak perkara mengenai seni lakonan ini. Pada mulanya, saya berasa terkilan
kerana tidak dapat meneruskan minor seni tari, namun, mungkin ini adalah hikmah
di mana saya mengambil minor seni teater. Apa yang saya harap adalah selepas
ini saya tak mahu mendapat watak Serimah kerana disebabkan Serimah, saya dan
kekasih mengalami masalah dalam hubungan kerana saya terlalu ikutkan sikap
Serimah yang pemarah.
Saya
juga berasa seronok dalam melaksanakan teater ini kerana ia dapat mengubah
karektor saya semasa saya mengajar nanti. Semasa saya bersama rakan-rakan atau
bersama keluarga. Terima kasih juga buat tenaga pengajar yang mengajar saya
mengenai lakonan awalan ini. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment