KAWAN-KAWAN CIK AIN

Sunday, January 12, 2014

..:: Prinsip Lakonan Stanislavsky ::..

1.0          






             1.0              PENGENALAN
Lakonan merupakan seni halus yang dapat difahami oleh orang-orang seni sahaja seperti seni karya sajak, lukisan dan muzik dengan bakat hasil daripada sesuatu ciptaan. Di Malaysia, seni ‘lakon’ bermaksud cerita yang dipentaskan. Lakonan di atas pentas dipanggil teater. Terdapat beberapa tokoh yang terkenal dalam bidang lakonan ini. Antaranya Stanislavsky.
            Stanislavsky merupakan seorang tokoh lakonan dalam pementasan teater. Dalam pementasan teater ini, beliau telah mengeluarkan pendapat mengenai lakonan yang dilakukan oleh pelakon adalah realisme. Latar belakang Stanislavsky merupakan anak kepada seorang pelakon wanita yang dikenali sebagai Marie Valley. Bapanya pula seorang pengusaha benang emas. Sewaktu kecil, beliau dibawa oleh ibu bapanya untuk memnonton sarkis, tarian ballet, pementasan opera dan teater drama. Tidak hairanlah bahawa darah seni itu juga mengalir di dalam tubuh beliau kerana mempunyai latar belakang seni. Terdapat empat jenis lakonan mengikut Stanislavsky, iaitu jenis lakonan eksploitatif, jenis lakonan lampau amatur, lakonan mekanikal dan lakonan representational.
            Dalam pementasan teater Rumah Lama Kampung Baru (RLKB) yang lalu, konsep yang dipelajari adalah representasional atau lebih dikenali sebagai realisme. Gaya realisme berbeza dengan gaya presentasional kerana pelakon saling bermain di antara mereka dan beranggapan seolah-olah penonton tiada sehingga mereka cerita tersebut menjadi kenyataan. Penonton pula tidak jarang hanyut dalam cerita yang ditontonnya. Lakonan ini juga menggunakan bahasa ‘pasar’ atau sehari-hari.
            Para pelakon RLKB berusaha untuk memainkan watak mereka dalam penceritaan yang betul-betul berlaku di Kampung Baru yang terletak di Kuala Lumpur dengan memisahkan dirinya dari watak tersebut. Setiap kali pelakon diminta untuk mempamerkan potret yang dicipta, mereka perlu mempamerkan potret tersebut. Saya mendapat watak sebagai Serimah. Seorang isteri yang sombong dan berlagak. Ingin hidup mewah tanpa memikirkan si suami, Nikman yang kurang mampu menyara kehidupan mereka kerana kos sara yang tinggi. Lebih-lebih lagi, tinggal di ibu kota. Semasa mendapat watak ini, saya juga perlu mengubah diri saya dari seorang yang pemalu dan suka senyum kepada seorang yang pemarah dan sombong. Banyak juga kerja rumah yang saya lakukan untuk mendapatkan watak Serimah di dalam diri saya.

2.0              PRINSIP LAKONAN STANISLAVSKY
Terdapat sembilan prinsip lakonan yang digunakan oleh Stanislavsky. Antaranya :

2.1       Perkataan Magik “Bagaimana kalau” (Magic “if”)
Menurut Stanislavski, beliau tidak percaya bahawa seseorang pelakon itu mempercayai kebenaran peristiwa dan reality di atas peristiwa yang berlaku di atas pentas, namun mereka boleh percaya bahawa ada sesetengah peristiwa itu berlaku ke atas dirinya. Contoh yang dapat saya berikan adalah watak Serimah.
            Saya mempelajari dengan memikirkan kalau saya tinggal di sebuah tempat yang kotor dan panas. Saya juga berfikir adakah kalau saya duduk di rumah itu, saya selesa?. Bagaimana pula jika saya melihat lumut yang kotor di dalam bilik air sedangkan saya tak boleh tinggal dalam rumah yang panas dan kotor.
            Saya juga memikirkan, bagaimana kalau permintaan saya terhadap orang lain ditolak mentah-mentah?. Mestilah saya berasa marah. Bagaimana juga kalau orang yang kita sayang tiba-tiba tiada sewaktu kita perlukannya?. Itulah yang saya fikirkan semasa saya mendapat skrip yang diedarkan oleh pengarah. Saya juga terfikir apa yang berlaku jika apa yang saya tidak suka itu runtuh dalam sekelip mata? Hal ini disebabkan, watak saya yang tidak suka pada Mak Raya, iaitu pemilik kedai makan dan rumah sewa yang disewa oleh Serimah dan Nikman.
            Lantas, dengan menggunakan kata-kata magik “if”, karektor seseorang pelakon itu dapat diubah dengan tujuan untuk berlakon. Ia juga merupakan rangsangan yang kuat terhadap emosi dan fizikal pelakon. Perkataan ‘if’ merupakan satu perkara yang boleh diimaginasi oleh pelakon untuk memahami watak yang dibawa.

2.2       Situasi Sedia Ada
Ia meluputi plot drama, zaman, waktu dan tempat berlakunya lakonan tersebut yang diinterpretasi oleh pelakon dan pengarah. Dalam keadaan ini, Stanislavsky percaya bahawa tingkah laku psikologikal dan fizikal seseorang tertakluk kepada pengaruh luaran persekitarannya dan lakonan yang dilakukan itu di dalam situasi sedia ada.
            Seperti RLKB, apa yang berlaku adalah benar. Di Kampung Baru, terdapat pelbagai ragam manusia yang tinggal di sana. Tempat di sana juga merupakan kawasan setinggan yang diduduki oleh golongan sederhana di tengah-tengah kota raya tersebut. di Kampung Baru juga mempunyai banyak rumah sewa yang disewakan oleh pemilik tanah di situ. Terdapat banyak gerai makan yang selalu dikunjungi oleh pekerja yang bekerja di situ atau orang-orang di kawasan tersebut.
            Apa yang cuba disampaikan dalam RLKB, kami satu produksi telah mengaplikasikan reka bentuk props yang sesuai dengan keadaan di Kampung Baru. Terdapat gerai yang selalu dikunjung oleh penyewa-penyewa di situ. Kawasan persekitaran yang mempunyai penduduk yang suka ambil tahu hal jiran tetangga sehingga hal perebutan tanah oleh Mak Raya dan adiknya, Zulkifli juga diambil tahu oleh setiap penyewa di situ.
            Justeru, seseorang pelakon perlu berkompromi dengan persekitaran drama itu sehingga wataknya sesuai dengan dirinya, iaitu watak tersebut adalah menjadi sebahagian dalam dirinya.

2.3       Imaginasi
Imaginasi ini, mampu membantu seorang pelakon untuk melengkapkan biografi wataknya dari awal hingga akhir di dalam mindanya. Hal ini, bermakna seorang pelakon yang mendapat watak itu perlu melalui latihan method imaginasi.
            Apa yang saya lakukan semasa mendapat watak Serimah adalah dengan membuat imaginasi inginkan kemewahan. Saya juga berimaginasi bagaimana ingin duduk rumah yang mewah seperti kondominium. Imaginasi seterusnya membuatkan saya tak mahu tinggal di kawasan setinggan kerana menganggap tempat itu tidak sesuai dengan pekerjaan suami. Jadi, sikap angkuh, sombong dan berlagak perlu saya serapkan di dalam diri saya agar watak Serimah dapat dimainkan dengan baik dan memberi impak kepada penonton.
2.4       Konsentrasi Tumpuan
Menurut Stanislavsky, beliau yakin bahawa method konsentrasi yang diamalkan oleh para pelakon merupakan kunci untuk mencapai suasana kreatif di atas pentas. Ujar beliau lagi, berdasarkan kepada peraturan saintifik, seorang aktor harus memberi tumpuan perhatiannya kepada objek-objek di atas pentas untuk menghindarkan faktor-faktor gangguan tersebut. Walaubagaimanapun, seseorang aktor itu tidak semestinya melupakan penontonnya. Stanislavsky percaya sekiranya aktor itu cuba merasakan dirinya berada  bersendirian di atas pentas, iaitu tidak nampak sesiapa atau mendengar apa-apa dalam kalangan penonton. Ia adalah bercanggah dengan seni teater. Perlunya seseorang pelakon tersebut untuk tidak merasa takut, merasa tenang, melupakan rasa bimbang dan apa saja yang mengganggu kreativiti pentas bagi mencapai public solitude.
            Stanislavski percaya pemikiran yang konkrit dan aksi fizikal yang konkrit akan mengekalkan tumpuan aktor. Tumpuan yang benar-benar konsentrasi tertakluk kepada pengendalian aksi fizikal yang terperinci. Hal ini terjadi kepada diri saya sendiri dengan membawa watak Serimah. Ada kalanya, saya terganggu dengan usikan penonton. Namun, saya merasakan di atas pentas itu adalah dunia saya. Saya berasa terganggu apabila saya membuka tingkap dengan kuat sehingga menyebabkan para penonton terkejut dan ketawa. Sewaktu itu, saya perlu menahan rasa geli dengan merasakan kemarahan di dalam diri saya apabila ingin memanggil suami masuk ke dalam rumah.
            Adakalanya, tumpuan saya hampir lari apabila melihat penonton di hadapan terlalu ramai. Saya juga perlu yakin diri dengan sendiri agar saya sendiri tidak hanyut dengan usikan daripada penonton terutama apabila penonton bersorak dan ketawa. Oleh itu, seorang aktor tersebut yang ingin memainkan peranan sebagai manusia dengan hidup serta berkesan dan juga berfungsi sebagaimana ia berlaku dalam kehidupan seharian. Mata juga memainkan peranan kerana seorang aktor yang benar-benar melihat akan menarik perhatian penonton dan mengarahnya ke arah yang dikehendaki oleh aktor tersebut. Manakala, mata aktor yang tidak melihat sepenuhnya akan mengubah dan menjejaskan perhatian penonton daripada pentas. Misalnya, saya secara tidak sengaja memandang ke arah penonton, kemudian saya hampir ketawa apabila ada di antara mereka memandang saya sambil tergelak. Perkara ini juga membuatkan saya berasa terganggu.
            Menurut Stanislavsky, amalan sistem ini membantu aktor menjadikan dirinya benar-benar melihat apa sahaja yang dipentaskan dengan cara membina perincian imiginari di sekitarnya supaya menjadi daya tarikan kepadanya. Ringkas, sekiranya seseorang aktor tersebut berlatih bersungguh-sungguh daya konsentrasinya, lambat laun akan menjadi secara automatik dan akhirnya akan menjadi second nature.
            Stanislavksy telah menjelaskan bahawa aktor yang merasai daya tumpuan mulai terjejas, perlu segera mengalihkan tumpuannya kepada sesuatu objek tersebut. Apabila hasil penumpuan tercapai, seseorang aktor itu perlulah memberikan tumpuan kepada ruang kecil, kemudian ruang sederhana dan seterusnya ke ruang sepenuhnya. Seperti yang saya lakukan, saya dan Nikman hanya bermain di halaman rumah sahaja berbanding dengan actor lain yang perlu berjalan ke sana dan ke sini. Saya juga perlu membuat seustu agar perbualan dengan suami tidak menjejaskan persembahan saya. Ujar beliau lagi, selepas berjaya menguasai terhadap apa yang dilihatnya, seseorang aktor itu harus mengembangkan daya penumpuannya terhadap kesan bunyi yang didengarinya dan objek-objek di dalam mindanya. Kejayaan aktor di dalam kerja-kerja penumpuan, seseorang aktor itu akhirnya benar-benar aktif secara luaran dan dalaman dan seterusnya beliau mampu membuka mekanisma emosinya.

2.5       Kebenaran dan Kepercayaan
Kebenaran di atas pentas adalah berbeza dengan kebenaran di dalam sesebuah kehidupan. Di atas pentas drama,  tiada sebarang kebenaran fakta atau peristiwa-peristiwa kerana semuanya adalah rekaan. Melalui teater RLKB, kebenaran dan kepercayaan yang berlaku di situ ada empat scene. Namun, hal perebutan tanah itu boleh berlaku dalam satu hari sahaja. Mungkin juga boleh berlaku dalam masa petang sahaja. Itulah kebenaran yang berlaku di alam realiti.
            Namun, pengarah membuat keputusan untuk memecahkan cerita tersebut kepada empat scene. Hal ini disebabkan ingin mengada-adakan cerita di sebalik penceritaan. Pengarah berbuat demikian kerana ingin membuat kretiviti terhadap plot penceritaan RLKB tersebut.

2.6       Hubungan Emosi dan Spiritual
Seorang aktor harus serapkan apa yang diperkatakan oleh aktor lain  melalui perkataan-perkataan mereka, aksi-aksi mereka, pemikiran-pemikiran mereka, seolah-olah aktor itu baru pertama kali mendengarnya. Akhirnya sewaktu cuba mempengaruhi teman lakonnya, iaitu cuba mencapai kesan fizikal yang definite, azamnya akan menjadi konkrit, imiginasinya akan terangsang dan penumpuannya akan menjadi konkrit dan pelakon akan mencapai perhubungan yang mantap dengan rakan lakonnya. Melalui pandangan Dr. Samad Salleh pula mendapati dalam mewujudkan perhubungan seorang aktor dengan aktor lain di atas pentas, mereka perlu memastikan rakan lakonnya mendengar dan memahami apa yang diperkatakan sesama mereka. Ini bermakna dia mendengar dan memahami apa yang dikatakan kepadanya dan juga memastikan apa yang anda dengar dan faham apa yang cuba mereka memaklumkan. Akhirnya, perkara  ini menunjukkan berlakunya proses saling pengaruh-mempengaruhi dalam kalangan para pelakon tersebut sewaktu adegan drama dilangsungkan.
            Sewaktu Mak Raya mengeluarkan kekesalannya dengan mengatakan ingin merobohkan kedai makan dan rumah sewa, semua pelakon iaitu penduduk di situ berasa terkejut dan sedih. Lain pula dengan saya iaitu Serimah. Saya berasa gembira apabila Mak Raya berkata demikian kerana keinginan saya untuk tinggal di kondominium akan tercapai tetapi harapan itu tidak tercapai kerana rumah sewa dan kedai Mak Raya tidak jadi dirobohkan. Saya protes dan bergaduh dengan suami apabila kehendak saya tidak ditunaikan.
            Apabila Mak Raya menampar Budin, saya berasa terkejut namun saya berasa seperti malas hendak ambil tahu. Tetapi, suami, Nikman memarahi apabila saya tidak ingin ambil tahu terhadap apa yang berlaku di rumah sewa berkenaan. Apa yang saya inginkan adalah mahu tinggal di kondominium.


2.7       Tempo dan Ritma
Menurut Stanislavsky, tempo dan ritma merupakan syarat penting untuk menghasilkan konkrit dan kebenaran di dalam melaksanakan aksi-aksi fizikal. Beliau berpendapat di dalam kehidupan setiap minit mempunyai tempo dan ritma intensiti pengalaman yang berubah-ubah, baik di dalam atau di luar diri kita. Oleh itu, Stanislavsky percaya setiap perkataan, setiap fakta atau peristiwa berlaku di dalam tempo ritma yang bersesuaian. Apa yang berlaku terhadap RLKG ada pelakon yang memberi tempo yang lambat ada yang cepat.
            Seperti yang berlaku terhadap saya, saya terpaksa mengawal skrip saya apabila terdapat rakan lain yang lupa dengan skrip mereka. Ada juga bahagian yang menunjukkan kami satu kumpulan hampir hilang penumpuan kerana rakan lain lupa skrip. Saya memberitahu rakan yang di sebelah untuk menamatkan perbualan tersebut dengan mengajak pelakon yang lain masuk ke dalam rumah masing-masing. Permainan yang berlaku antara kami ada juga yang ritma tinggi. Ada juga ritma yang rendah.

2.8       Adaptasi
Menurut Stanislavsky, adaptasi adalah merupakan kaedah untuk mengatasi halangan fizikal di dalam usaha untuk mencapai matlamat. Stanislavsky menegaskan apabila seseorang aktor itu mempunyai matlamat di dalam mindanya dan setelah mentafsirkan individu-individu yang akan dihadapinya, seorang aktor itu harus memikirkan soal adaptasi. adaptasi merupakan alat berkesan untuk perhubungan di antara pelakon diatas pentas.
            Apa yang saya lakukan semasa saya mendapat watak Serimah adalah dengan mencari contoh pelakon yang sesuai dengan perwatakan saya. Saya mula mencari nama-nama pelakon yang terkenal. Hanya dua sahaja watak yang sesuai saya rasakan untuk watak Serimah, iaitu pelakon yang bernama Izreen Armida dan Wan Sharmila. Saya memilih Izreen kerana rupanya yang sombong dan lakonannya di televisyen yang inginkan kemewahan kerana keluarganya miskin. Watak mengada-ngada pula saya memilih Wan Sharmila kerana sikapnya yang mengada-ngada. Saya juga cuba mempraktikkan watak-watak mereka dan aplikasikan watak tersebut dengan cara saya sendiri. Bagi saya, dengan cara aplikasi memudahkan saya membuat lakona di atas pentas.

2.9       Memori Recall
Menurut Stanislavsky pengalaman seorang aktor di atas pentas berbeza dengan pengalaman di dalam kehidupan mereka secara realiti. Perbezaannya berdasarkan hakikat bahawa aktor berada di atas pentas bertindak selaku karektor watak dan juga aktor yang mencipta karektor. Pengalaman aktor-karektor saling mempergaruhi di antara satu sama lain.
            Saya mula menngingat kembali bagaimana saya memarahi teman lelaki saya. Saya perlu ingat semula bagaimana perasaan saya apabila permintaan saya tidak ditunaikan. Di situlah saya belajar membentuk watak Serimah. Walaupun watak Serimah kelihatan mudah, namun bagi saya susah kerana ia perlu membawa watak seorang yang pemarah. Emosi marah sentiasa dipamerkan semasa berlakon.


3.0              PENUTUP
Pada pendapat saya, teknik-teknik yang dinyatakan oleh Stanislavsky adalah mudah kerana terdapat banyak perkara yang saya boleh ikut seperti teknik adaptasi kerana teknik tersebut mudah dan cepat untuk dipelajari.
            Walaupun RLKB ini merupakan kaedah realisme, saya merasakan saya boleh membawa watak Serimah dengan baik kerana watak tersebut hanya membawa satu emosi. Di samping itu, saya juga penat kerana emosi marah yang dibawa dari awal cerita hingga tamat.






Friday, August 23, 2013

..:: Ruginya Amek DipLoma ::..






ramai pihak di luar sana mengatakan jika kita melanjutkan pelajaran di peringkat diploma terlalu banyak masa & tenaga yg kita keluarkan, bermaksud ia rugi untuk mereka yg melanjutkan pengajian ke peringkat diploma lebih2 lagi rugi masa. then, nak sambung ke peringkat ijazah.it take 6/7 years untuk habis belajar.ouh... ruginya dapat ijazah bila dah tua...

tapi, bagi aku yg pernah belajar di peringkat diploma tak rugi apa pun dan tak pernah rasa menyesal. so, aku akan habis blaja sekitar 26/27 tahun. memang nampak rugi dari segi masa tapi sebenarnya tak rugi pun dari segi pengalaman. sebab apa ? sebab masa peringkat diploma ni la aku belajar macam2 sama seperti sekarang di peringkat ijazah. masa diploma ni la aku start kenal dunia. so, apa yg aku belajar aku apply kan dalam peringkat ini. dan sebenarnya tak rugi pun sebab andai kita nak apply sesuatu institusi tu ada yg tak nak peringkat ijazah, ada juga tak nak peringkat diploma. andailah satu hari nanti aku nak kerja & institusi tu nak mereka yg mempunyai diploma aku boleh apply. kalau nak apply keje tu aku dah ada diploma. kalau aku nak upgrade gaji aku boleh pakai ijazah aku. so, apa yg ruginya ?

berbalik pada pinjaman pulak. memang nampaklah yg lepasan diploma ni nak kena bayar double sebab pinjam duit dua kali. esp, ptptn. ye, memang nampak macam banyak. tapi bagi aku dah pinjam kenalah bayar. masa dapat dulu tak fikir pulak banyak ke sikit ke kau pinjam. betul tak ? semua benda ni ada hikmah. tak semua majikan nak mereka yg lepasan matrikulasi. aku cakap based on pengalaman aku cari kerja untuk orang. sbb apa ? sebab tawaran gaji mmg level diploma. kalau anda mempunyai degree dan dibayar rm1200 sahaja anda akan rasa puas hati tak ? mestilah takkan ? lagi satu, berdasarkan pengalaman aku, fresh graduate ni lebih berlagak berbanding mereka yg sudah lama bekerja sebab mereka ada ijazah tetapi makcik pakcik tu hanya spm je.

apa2 pun aku tak pernah rasa rugi. nabi pun cakap belajarlah hingga ke liang lahad. so, takde masalah pun aku lepasan diploma apply ijazah dan habis awal 30 tahun. sebab semua tu ada sebab kenapa ALLAH bagi aku ada diploma.

Saturday, July 13, 2013

..:: subjek major yang..... ::..












Assalamualaikum... 
hari ni hati aku rasa terdetik nak cek semula keputusan result... alhamdulillah... pointer aku still 3.5 above.... but semua itu subjek2 u yg membantu aku still 3.5 above... syukur... aku risau dengan subjek major aku ni... mana tak risau semua dapat B... ! geram jugak aku... kekadang aku terfikir... camne pihak upsi kira markah kami student upsi ya ??? bukan ape, study punya teruk bagai tapi result ??? HAMPEHHH !!! kalau subjek len2 xpe la... ni subjek major... memang killer la...

lepas tu yg aku pelik carriermark punya tinggi... tp still x dpt A... xtau knp ??? aku harap dengan rayuan semak semula result aku tu ley bantu naikkan pointer aku... x pun betulkan gred yg aku dpt... aishhh... geram gilerrr !!! apa2 pun aku tetap kurang berpuas hati... !!! okay bye ~

Monday, April 8, 2013

..:: My Friend & Her Family::..









Assalamualaikum... hai... kali ni aku nak update entry aku pasal kawan aku... ni kawan aku kat UPSI... coursemate aku... nama dia Suhana... eh ? silap pulak... Nurul Suhana binti Ahmad Tarmizi... ni kawan aku... sebab aku baru kenal dia dalam 6 bulan dan ke atas... kira kami kawan jugak la... kami ni sekepala jugak... kalau pergi merendek kat mana2... cukuplah hanya kami berdua saja... gamat tempat tu kami lakukan... hahahaha.... aku update entry ni bukan pasal aku nak cerita sape kawan aku kat UPSI ni... tapi aku nak cerita pasal hubungan Suhana & family dia... (^_^)

     Seriously, aku sangat2 kagum dengan Su ni... dia punya relationship dengan family sangat2 kuat... kadang2 timbul rasa jeles... sebab aku tak serapat camne Su rapat ngan family dia... dia ni anak 1st dalam adik beradik... family kerja sendiri... aku suka bila dia cerita pasal family, adik beradik... takde nak mengata adik sendiri... ! tu yg aku solute kat Su... kalau aku ??? jangan haraplah... hahaha... segala adik, kakak aku kutuk... hahaha... 

        Lagi satu, aku selalu perhatikan dia lebih utamakan family dari diri dia sendiri... contohnya, kami pernah g pasar malam kat tg malim tu... aku perhatikan dia kat gerai jual tudung... dia g kat selendang... belek2 selendang tu... aku pelik ??? dia ni bukan selalu pakai selendang... rupa-rupanya dia belikan untuk adik-adik dia yg 2 orang tu... hahaha... siap suoh aku pilih lagi mana yg cantik... aku dalam ati ??? "ko tanya aku ??? semua aku cakap cantik !" hahaha... 

        Lagi satu yg aku perhati, dia always contact parent... everyday kot ?? sebab aku tak amek port sangat... hahaha... kalo aku ??? seminggu sekali je... tu pun cakap kat mak or abah... "nak topup" "duit habis" hahahaha... tu le yg aku tau... kalau Su ??? panjang lebar dia cakap ngan parent dia... suka jugak aku dengar dia beborak ngan family dia... ada 1 ari ni, aku tepon dia bape kali ntah ??? aku pun tak ingat... sekali tengok kat tepon aku "waiting". pastu dia called balik and cakap kat aku... "sorry tadi called adik" hahahaha...  
           
          Mungkin kami berlainan latarbelakang... tapi aku senang dengan gaya dia... lebih2 lagi sikap dia yg pentingkan family dari diri sendiri... suka tolong adik dia buat tu... bagi nasihat kat adik2 dia... seyes ! dia memang seorang kakak yg caring... as fren, takkan aku nak amek kesempatan atas kebaikkan dia pulakkan ??? jadi, aku perhatikan dia... dan aku seorang kawan kagum dengan sikap dia... bukan senang nak tengok relationship family yg camni... yg always mesej, called adik beradik or family setiap hari... ada pun ada tapi tak banyak... sebab sepanjang aku hidup... spanjang aku jumpa macam2 orang... orang kat sekeliling aku akan cari kawan dan jarang story about family... 

         Tapi, kali ni aku jumpa orang yg camni... dalam diam sebenarnya Su dah ubah diri aku untuk aku always ingat kat parent aku... untuk aku jadikan parent aku as kawan... kalau korang bkawan ngan Su ni... korang tau la kenapa aku update entry camni... sebab hubungan dia dan family sangat2 akrab... 

          Okaylah, ini je yg aku dapat share... harap pas Su baca entry ni... janganlah dia marah aku... hahahaha.....

Friday, February 8, 2013

..:: SemesTer Dua ::..









Assalamualaikum.... hai2 korang... ha... 

Bagi yg belajar kat UPSI, ada lagi lebih kurang seminggu aje untuk korang cuti puas2 kat umah kan ?? ari ni pulak jadual dah keluar... kat fb tadi aku siap tengok ramai yg update pasal jadual... jadual tak teratur la... jadual tu la... jadual ni la... act, cian pada mereka yg arrange jadual korang... jadual aku pun takde la bape teratur sangat... bersyukur gak tengok jadual ni... 

Walaupun pada hari Selasa terlalu padat, namun aku yakin aku mampu laluinya... harap2 camtu la...






ni lah jadual aku yg tak berapa padat... aku dah edit kasi lawa cket... hahaha... hope sem ni dapat wat aku happy lagi... ok la... sampai sini aje entry aku kali ni.... da... :)

Add by adverlets