KAWAN-KAWAN CIK AIN

Thursday, August 25, 2011

..:: SaLam AidilfiTri ::..

Honda V-Tec angkuh bergaya..
Mitsubishi mivec saingan utama..
Bukan nk cerita pasal kereta..
Saje nk ucap selamat Hari Raya..

Walau dosa sehalus kancil L2..
Ampun dan maaf dipinta dariku..

Saga Wira style rally..
Tak ada duit nk beli evo 3..
Jemput ke rumah di aidilfitri..
Tak kan nk bg evo baru nk mari..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin..

Tuesday, August 23, 2011

..:: Ku PerLukanmu ::..

hai...
assalamualaikum... firstly, thanx kpd insan yg sudi menjengah masuk kat blog aku... dari negeri sembilan, melaka, jakarta pun ade ! hahahehe (nickname ahli apc)
kali ni entry aku nak story cket about perkembangan aku...
tajuk kat atas ni pun macam pelik ?
pelik ke ?? hahahehe
haha !

ok la...
actually, aku ngah menjinak-jinakkan diri dalam bidang penulisan novel...
b4 ni aku ade gak try... tp sekerat jalan je...
but, now...
aku rasa macam bersemangat cket ar...
sbb dpt semangat from my fren adilla
and my beloved boyfriend ; hafizzul ayub
thanx korg coz appriciate aku punya idea nak wat novel...
setakat ni baru belas2....
tak sampai suku lagi... hahahehe

ok la....
let's i explain about the sinopsis...
Qaseh Altrisya... seorang guru tadika yg sangat comel dan petah berkata di hadapan kanak-kanak yang berusia 4 until 6 years... dia bercinta dengan lelaki idamannya, Raif Danial juga seorang guru tadika di kuala lumpur. mereka menganyam percintaan dari zaman universiti lagi...
namun, percintaan mereka dilanda badai seketika apabila Raif Danial memberitahu yang dia mempunyai penyakit sejak dari lahir.
penyakit itu langsung tidak memberi impak pada hubungan mereka, malah lebih menguatkan lagi hubungan percintaan mereka....
mereka mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang mereka tanpa meberitahu kedua orang tua Qaseh tentang penyakit Raif Danial...
disangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari...
Qaseh sedang mengandung anak Raif Danial... setelah 5 bulan mengandung, Raif Danial pergi menghadap ILAHI untuk selam-lamanya...
kehadiran abang Maria, Airiel Ezriey seorang Duda anak satu dan juga bekas pensyarah Qaseh di universiti untuk membantunya keluar dari kancah penderitaan akibat kehilangan suami untuk selama-lamanya...
dapatkah Qaseh melupakan arwah Raif Danial setelah bertemu dengan Airiel Ezriey ?
bagaimana pula dengan anak dari benih arwah Raif Danial ?
hanya kasih yang mampu memberikan jawapan kerana dirinya memerlukan seseorang untuk dia bahagia.....

ni ajelah sinopsis yg dapat aku share...
hope ok la... tp xtau la tajuknya sesuai or tak... hehe.... :p

Thursday, August 18, 2011

..:: SaLam TakZiah ::..

Assalamualaikum wbt
kali ni entry aku agak berlainan cket... lain ke ??
aku nak ucapkan Takziah kepada keluarga bekas pengetua aku
Allahyarham Ruslan bin Bustani
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun, Tg Karang, Selangor.
meninggal kerana gastrik pada 31hb Julai 2011 (sehari sebelum puasa)

Berita yg aku dapat tau tadi dr mber lama (Shamiera) agak membuat aku sedikit terkejut & terke

du seketika...
yela... org lain sibuk wat persiapan utk Ramadhan tetapi keluarga arwah pula kehilangan seorang ketua keluarga yang paling mereka sayangi.

Aku akui aku takde la rapat dengan arwah tapi dari mata aku, aku dah nampak yg arwah ni seorang yg tegas, suka tersenyum...
dulu, time aku sekolah kat SDH arwah selalu bagi kata2 hikmah time perhimpunan...
bukan tiap bulan... bukan sekali sekala... tetapi setiap minggu !

aku ingat lagi sampai sekarang arwah pernah berkongsi cerita beliau masa perhimpunan dulu... dia pernah cerita pasal dia selalu makan Maggi masa
dia belajar dulu... memang keluarga arwah dulu orang susah...

Aku still terkejut... tapi nak wat camne ?? kita kenalah redha dengan pemergian dia... dengan ini aku sedekahkan al-fatihah kepada arwah Cikgu Roslan Bustani...
AL-FATIHAH...



Tuesday, August 9, 2011

..:: HappY anniverSary ke 3 ::..



9hb Ogos 2011
merupakan tarikh keramat aku dengan si dia (nama di atas) selama 3 tahun... alhamdulillah... macam-macam kami tempuh... ok la... bagi aku takdela macam pasangan kapel lain yg sentiasa loving kapel... ape2 pun aku tetap bersyukur sebab dah keramat 3 tahun aku dengan dia !


yang kat atas ni aku...ni serba sikit pasal aku...
NAMA : NUR AIN HIDAYAH BT MOHAMAD SHAMSUDIN
TARIKH LAHIR : 20 JANUARI 1990
ASAL : SG. BESAR






yang kat atas ni pulak si dia... aku pun boleh explain cket2 pasal die ni...
NAMA : MOHAMAD HAFIZZUL BIN AYUB
TRIKH LAHIR : 9 APRIL 1990
ASAL : KUALA KUBU BHARU


aku & dia ni nama dah 3 tahun bersama... nak kata serius tu... ntah la ?? sebab dia pun takde bagi harapan kat aku sangat... jadi aku takde la mengharap sangat kat dia... memang la apa yg org nampak mcm aku ni awek ntah ape2 ar... tol x ?? tp ni ar lumrah bercinta... tak boleh nak terlalu sayang org... sbb kita tak tau dia tu jadi milik kita sepenuhnya atau pun tak.... kan2 ??

lagi pun dia cakap kat aku nak habiskan degree dulu baru serius fikir ke arah 'tu'.... means alam perkahwinan la... so, kesimpulannya aku takde la nak berharap sangat pada si dia... tapi aku memerlukan dia... sebab aku sayang kat dia... (^_^)

APA2 PUN AKU TETAP BERSYUKUR KERANA DAPAT BERJUMPA DENGAN INSAN YG BERNAMA HAFIZZUL AYUB.... terima kasih Tuhan kerana menemukan kami... :)

HAPPY ANNIVERSARY MY 'ADEQ' !!

Sunday, July 17, 2011

..:: Harga Sebuah Cinta ::..


TAJUK : HARGA SEBUAH CINTA
HARGA : RM18.00 (SM)/RM21.00 (SS)
HALAMAN : 405 ms
PENULIS : HANI FAZUHA

SINOPSIS RINGKAS :
KENAPA setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata? Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.

Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman. Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dia terhenyak duduk tidak berdaya.

Dalam kekalutan, Zhafi r tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafi r, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin sematamata untuk mendapatkan haknya sebagai suami? Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka?

REFLEKSI AKU :
first skali, aku beli buku ni sebab aku tertarik dengan cover die yg menarik... ade lebah woo !!! haha ! tu yg menarik aku untuk beli & baca novel ni... hmm... mmg sedihla... tp novel ni tak same dgn novel yg pnh aku bace sebelum ni... nak tau kenapa ? ok la... ni bukan mengutuk... aku cuma nak bg pndpt dr pe yg aku bace novel ni selama 2 mggu... aku start last week then, aku baru hbs bace novel tu pg td... hahahaha... sebelum ni aku bace novel2 yg len... akn nsb org len... kire kite tau la nasib musuhnya... nsb org2 len... tp lam novel ni... aku takde pun bace nasib Jessica ex gf Zhafir... apa kesudahan dia ?? aku terfikir2 jugak... kesudahan bagi Arman & Zura pulak camne ??tp mungkin cara penyampaian penulis ni lain... nak bagi pembaca berfikir sendiri... hahaha...
ape2 pun... gud job utk sis hani fazuha... sbb die berjaya mencipta novel... aku ?? entah la ?? sebaai pembaca kita nakkan terbaik... rite ??
ok la... samai sini aje.... wassalam...

Add by adverlets