Seperti yang aku janjikan, aku nak post pasal resepi ikan siakap masam manis. Resepi ni aku tak tengok langsung kat google atau mana2 blogger sebab ini aku buat based on kata hati aku. Asalnya, aku pernah makan ikan ni kat 1 restoran kat sg besar. Nama restoran ni Mutiara Seafood. Jadi, aku ingat semula setiap rasa masakan ikan ni dalam mulut aku & aku modified semula dalam masakan aku... hehehe... terhasillah resepi siakap masam manis aku ni...
SIAKAP
MASAM MANIS
|
|
BAHAN A:
|
|
1
|
Ekor ikan siakap
|
5
|
Sudu makan tepung ayam BESTARI (bawang putih)
|
10
|
Sudu makan tepung ayam BESTARI (original)
|
3
|
Sudu makan tepung beras
|
2
|
Biji telur ayam
|
|
Minyak masak untuk digoreng
|
|
Tepung gandum untuk merendam ikan
|
|
|
|
|
BAHAN B :
|
|
5
|
Biji bawang merah / 3 biji bawang besar
|
3
|
Ulas bawang putih
|
2
|
Helai daun limau purut
|
1
|
Batang serai
|
10
|
Sudu makan minyak masak
|
|
|
|
|
BAHAN C :
|
|
2
|
Batang serai (titik)
|
5
|
Sudu besar sos Thailand /mae
pranom thai sos
|
1
|
Sudu besar sos tiram
|
1
|
Sudu besar sos ikan
|
1
|
Sudu besar air nanas (tin) *kalau takde tukar gula
|
2
|
Keping asam keping *kalau tak suka boleh letak jus limau
kasturi/purut/nipis
|
|
Sedikit air
|
1
|
Tin nanas
|
2
|
Biji tomato
|
5
|
Biji cili padi (tumbuk)
|
|
Sedikit garam
|
|
Daun sup & daun bawang sebagai hiasan
|
|
|
|
|
CARA-CARA MEMASAK:
|
|
1
|
Mula-mula sekali, saya akan ajar menggunakan
bahan A.
|
2
|
Siang dan rendamkan ikan siakap dengan tepung
gandum dalam masa 5 minit. Sementara itu panaskan minyak dengan api yang
paling kecil.
*Saya suka panaskan minyak masa ikan tengah
direndam sebab nanti akan dapat hasil yang ummpphhh !!! Tapi kalau tak yakin
boleh panaskan minyak waktu tengah gaulkan ikan dengan tepung ya.
|
3
|
Kemudian, ambil 5 sudu makan tepung ayam BESTARI
perisa bawang putih & 2 biji telur. Gaulkan hingga sebati.
*Yang ini option kalau nak guna tepung lain pun
boleh tapi saya lebih suka guna tepung BESTARI.
|
4
|
Gaulkan bersama ikan siakap tadi.
*Kalau tepung masih tak sebati boleh tambah
sedikit sahaja air.
|
5
|
Kemudian, ambil pula 10 sudu makan tepung ayam
BESTARI perisa original. Yang ini tak perlu bancuh dengan air, cuma perlu
gaulkan bersama ikan yang telah digaul dengan tepung & telur tadi.
*Tepung ini juga option nak guna tepung lain pun
boleh.
*Kenapa saya salut 2x tepung? Sebab masa kita goring
nanti akan dapat rangupnya itu dari ikan & tiada rasa hanyir pun dari
ikan tu.
|
6
|
Goreng ikan siakap dalam minyak yang dah
dipanaskan tadi.
*Cara saya nak tau minyak tu dah betul2 panas,
saya campakkan sedikit tepung ikan tadi. Kalau dia kat permukaan minyak
maknanya dah panas la tu.
|
7
|
Semasa ikan tengah digoreng, bolehlah sediakan
Bahan B.
|
8
|
Hiris semua bahan B kecuali minyak masak.
|
9
|
Masukkan bahan B kat dalam blender.
|
10
|
Masukkan 10 sudu makan minyak masak dalam
blender.
*Yang ini kalau nak sihat tak perlu banyak2
minyak masak tu.
*Kenapa saya tak guna air? Sebab nanti tak rasa
jus dari bawang, serai, bawang putih tu.
|
11
|
Blender bahan B. Blender ala kadar, jangan bagi
bahan hancur sangat sebab nanti jus dia tak rasa masa makan.
|
12
|
Semasa menunggu ikan masak / dibalik-balikkan,
bolehlah tumis bahan B tadi.
|
13
|
Masukkan bahan B kat dalam kuali yang sedang
panas. Tak perlu guna minyak sebab tadi masa blender dah pakai minyak.
|
14
|
Tumis bahan B hingga naik bau &
kekuning-kuningan. Masukkan serai yang dah dititik.
|
15
|
Apabila dah kering, masukkan sedikit air ke dalam
bahan tumis.
|
16
|
Masukkan asam keping.
*Kalau anda guna jus limau, anda perlu masukkan
jus masa akhir nanti.
|
17
|
Masukkan sos Thailand yang mae pranom thai sos
tu, sos ikan, sos tiram. Kacau.
|
18
|
Masukkan sedikit air nanas.
*Yang ini kena rasa. Ikut kemanisan yang korang nak
sbb ada orang suka manis ada yg tak suka sangat.
|
19
|
Masukkan cili padi yang dah ditumbuk. Kalau nak
pedas letaklah kalau tak nak tak perlu letak.
|
20
|
Masukkan tomato. Gaulkan seminit & tutup api.
|
21
|
Masukkan sedikit garam & gaul semula tanpa
api. Dah siap sos.
*Kenapa saya masukkan garam last? Sebab garam
akan jadi racun kalau masukkan awal2.
|
22
|
Ikan yang dah siap masak tadi masukkan dalam
pinggan yang bersesuaian.
|
23
|
Siram sos kat atas ikan. Jangan tinggal sedikit
pun.
|
24
|
Letak nanas, daun sup & daun limau purut
sebagai hiasan.
|
25
|
Siap!
|
Ini bahagian badan ikan. Adik aku punya bahagian. Kepala & ekor tak sempat nak snap sbb mak abah aku dah makan dulu... |